Walaupun bumi Mesir dirahmatkan dengan kelahiran Nabi Musa, yang pada suatu ketika menerima wahyu dari Tuhan secara 'bersemuka' dan kitabnya yang dipanggil Al Taurat, dan ramai diantara pengikutnya beriman dengannya dan tidak kurang juga yang menoleh menolak kepercayaan Musa. Begitulah sifatnya manusia yang dilahirkan dibumi Mesir yang tidak terputus sehingga kini.
Susur galur dan darah yang mengalir disetiap tubuh dikalangan mereka telah menjadikan darah mereka semakin nipis dan tipis dan begitu jugalah kepercayaan dan keimanan mereka terhadap Al Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad kepada Umat Islam semakin 'melucut' dijiwa dan sanubari mereka.
KALAU MATI MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MENENTANG KEKEJAMAN ISREAL TERHADAP RAKYAT PALESTIN SESUNGGUHNYA SYAHID TETAPI KALAU MATI KERANA MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI MATI KATAK JE LA !!!! |
Sifat buruk pemerintahan yang diterjemahkan olih seluruh kabinet pemerintahan samaada berpaksikan kepada "politik "mahupun " kententeraan.", semuanya berlandaskan kepada 'penindasan' kaum sendiri demi untuk mencapai 'cita-cita' untuk berkuasa. Keadaannya tidak pernah berubah dari dahulu sehingga kini. Jika kegemilangan Mesir disebut tentang kekejaman Firaun maka kini kekejaman kepimpinan tenteranya juga setanding firaun juga. Kemungkinan kekejaman Firaun adalah kerana takut akan kelahiran seorang umat atau anak kecil yang akan mengugat Kerajaannya sehinggakan seluruh anak kecil yang baru dilahirkan diarahkan dibunuh tetapi kekejaman yang berlaku kini mungkin lebih buruk dari kekejaman Firaun.
INILH KEBODOHAN MELAMPAU RAKYAT MESIR
KEMATIAN YANG SIA-SIA
Sifat rasa kasih dan sayang sesama umat atau pun sesama manusia seolah-olah tidak terdapat langsung didalam diri keseluruhan tentera Mesir kini, mereka ini seolah-olah seperti robot atau pun setaraf tentera Nazi atau Hitler yang tiada langsung sifat belas kasihan terhadap manusia dan menganggap setiap penentang semestinya dihapuskan walau dengan apa cara sekali pun. Ini amat bertentangan dengan 'doktrin' atau 'falsafah' kemanusiaan.
Kalau kita mengatakan Yahudi adalah zalim terhadap Palestin kerana merampas tanahair orang Palastin namun didalam keadaan tertentu mereka masih lagi bersifat seperti manusia. Penentang Palastin yang didapati tidak memudaratkan kaum Yahudi, hanya akan ditangkap dan dipenjarakan tetapi ini amat berlainan dengan Kerajaan Tentera Mesir , pemimpin tentera yang dikatakan 'meneruskan kepimpinan Islam' menerusi kepercayaan 'demokrasi' atau 'suara rakyat' , namun sifat rakus untuk mempertahankan kuasa tiada hadnya, semua penentang harus dihapuskan, itulah yang terjadi kini dibumi Mesir.
KEGILAAN RAKYAT MESIR TERHADAP DEMOKRASI CIPTAAN BARAT UKWAH ISLAM DIKETEPIKAN |
Dari apa yang dapat diringkaskan, kedudukan tentera-tentera Mesir bolihlah diterjemahkan atau disamakan seperti tentera-tentera Firaun ataupun Tentera -tentera Nazi ataupun setaraf dengan Tentera Kemboja yang dengan sengaja membunuh Bangsa Rakhine yang beragama Islam. Dan kemungkinan Tentera Yahudi nampaknya 'baik sedikit' dari perlakuan tentera-tentera Mesir. Olih itu Firman-Firman Allah di dalam Al Quran sememangnya layak buat mereka :-
Firman-Firman Allah
Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka menghendaki kamu tersesat dari jalan (yang benar). (QS an-Nisa' [4]: 44).
(Tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), (QS al-Maidah [5]: 13).
Sesungguhnya Kami telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa. Sesudah itu Kami telah mengutus (berturut-turut) para rasul. Kami pun telah memberikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada Isa putra Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruh al-Qudus. Apakah setiap datang kepada kalian seorang rasul dengan membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginan kalian, lalu kalian bersikap angkuh; kemudian beberapa orang (di antara mereka) kalian dustakan dan beberapa yang lainnya kalian bunuh ? (QS al-Baqarah [2]: 87).
Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. (QS al-Baqarah [2]: 61).
Hai Ahli Kitab, mengapa kalian mencampuradukkan yang haq dengan yang batil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kalian mengetahuinya? (QS Ali Imran [3]: 71).
Nota :-
Sepatutnya ayat diatas ditujukan kepada bangsa Yahudi dan Nasrani, tetapi, kini, ayat diatas terpakai kepada seluruh rakyat Mesir dan mereka-mereka yang didalam kegilaan mencari 'syurga dunia'serta memburu kebebasan mengikut cita rasa barat dan bukan berlandaskan kepada Al Quran.
'Tersergamnya Universiti Al Azhar' yang telah melahirkan scolar-scolar Islam terhebat didunia Islam hanya 'indah khabar dari rupa"kerana isi Al Quran telah gagal diterjemahkan kealam realiti yang Allah SWT kehendaki. Kalau sifat Musa a.s sendiri gagal diterjemahkan olih rakyat Mesir sendiri, inikan pula sifat junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Ikhlas dari' Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment