APA YANG DITANAMKAN SUDAH DIUBAH. HANYA KEKAYAAN MENJAMIN KESINAMBUNGAN LEGASI PEMIMPIN. DATUK,ANAK,CUCU DAN SELURUHNYA HIDUP DALAM GELUMANG DUIT HARAM. PEMIKIRAN 'HARAM' ADALAH KEBIASAAN. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Kini telah menjadi trend setiap menteri yang telah meninggal dunia atau yang meninggalkan saf kepimpinan kabinet atau dibahagian akan diganti olih anak-anak mereka sebagai pelapis atau sebagai penyambung legasi bagi 'mengayakan' keluarga sendiri.
Kalau Perdana Menteri Tunku Abd Rahman tidak mempunyai waris untuk diketengahkan tetapi penggantinya Tun Abd Razak selepas kematian beliau sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia, warisan beliau dalam UMNO telah diberikan kepada puteranya iaitu Najib Abd Razak .
Kita ingatkan hanya setakat itu tetapi berlarutan pula . Selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan digalaskan kepada Dr Mahathir Mohammad. legasi Hussein Onn disambung lagi olih puteranya iaitu Hishamuddin Tun Hussein. Sewaktu era Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya berkecimpung didalam politik tetapi entah bagaimana apabila Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, alih-alih timbul pula Mukhriz Mahathir.
Walaupun diera Tun nama anak-anaknya hanya dikenali dikalangan 'usahawan' namun , Mukhriz Mahathir tetap terarah kepersada politik jua. Memandangkan pengganti Tun Dr Mahathir adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi, giliran jawatan telah diberikan sepenuh hati dan tanggungjawap olih Tun Dr Mahathir sebagai penggantinya maka bersinarlah bintang Pak Lah untuk waktu itu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.
Namun keluarga Pak Lah tidak ramai, beliau hanya mempunyai 2 orang anak iaitu Kamaluddin dan Nori. Didalam keluarga yang terhad ini nampaknya Kamaluddin tidak berminat didalam politik tetapi lebih menjurus kepada bidang perniagaan, kemungkinan legasi Pak Lah tidak akan bersambung lagi dipersada politik, tetapi lainhal pula yang terjadi. Satu-satunya puteri Pak Lah iaitu Nuri telah bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya yang sememangnya mengidam kedudukan didalam tangga UMNO..
Walaupun menentunya bukanlah terdiri dari keluarga orang politik, namun setelah menjadi menantu kepada Pak Lah, menantunya,KJ, telah berupaya merubah senerio dirinya, daripada seorang pegawai yang di'lantik atau dipilih' Pak Lah untuk berkhidmat dibawahnya, maka, nama KJ meletup dipersada politik tanah air.
Beliau telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan bertanding pula di Parlimen Rembau, sekali gus menjadi Ahli Politik. Begitulah kesinambungan Pak Lah, legasinya melalui 'menantu". Setelah Pak Lah di'gesa' olih pemimpin UMNO agar berundur disebabkan 'kelemahan' yang didakwa, lalu Pak Lah memilih Najib Tun Razak sebagai penggantinya dan Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri selepas itu.
Nampaknya setiap Perdan Menteri Malaysia kecuali Tunku Abd Rahman mempunyai anak untuk disambung perkhidmatanya didalam UMNO dan sekali gus dipilih atau dilantik sebagai Perdana Menteri. Sejauh mana kebenaran kitaran ini masih jauh lagi untuk ditentukan tetapi legasi Perdana Menteri Malaysia ke 2 iaitu Tun Abd Razak nampaknya sudah 'menjadi' dan hanya menunggu giliran anak kepada Tun Hussein Onn iaitu Perdana Menteri ke 3 pula mengikut tradisinya, samaada beliau dapat menaikki 'takhta' tersebut hanya waktu yang menentukanya.
Kini hanya tinggal anak kepada Tun Husssein Onn iaitu Hishamuddin dan anak Tun Dr Mahathir iaitu Mukhriz Mahathir yang didalam perjalanan kepersada 'takhta". Mengikut heiraki UMNO 'peluang untuk Hishamuddin untuk menaiki takhta kepersada 'takhta' sudah semakin dekat. Kini beliau adalah salah seorang daripada Naib Presiden UMNO selain dari Zahid Hamidi dan Shafei Afdal dari Sabah.
Walaupun begitu peluang untuk Mukhriz Mahathir untuk menaiki kepersada 'takhta UMNO" tetap ada tetapi didalam barisan kepimpinan yang generasi selepas merdeka ini Mukhriz Mahathir terpaksa berhadapan dengan menantu Pak Lah iaitu KJ. Walaupun KJ lebih muda dari Mukhriz namun semua kebarangkalian bolih berlaku dimasa hadapan.
Nampaknya kini setiap pemimpin tertinggi UMNO menyiapkan peninggalan masing-masing disaf kepimpinan tertinggi dan 'baka-bakal" YB ini nampaknya semakin hari semakin menyerlah 'publisiti' mereka. Samaada mereka ini benar-benar berkaliber atau sengaja ditanam bagi menjaga kepentingan 'harta' keluarga agar tidak putus atau sebaliknya hanya masyarkat yang dapat menentukannya.
Tetapi dari apa yang dapat dilihat 'trend' dari bapa turun kepada anak nampaknya sudah menjadi kebiasaan. Persoalan yang timbul kini, adakah semua ahli-ahli UMNO termasuk pemimpin tertinggi UMNO hanya berharap agar kepimpinan saf-saf tertinggi dibarisi olih anak-anak bekas menteri atau anak-anak bekas Pemimpin saja??
Dari apa yang dapat diperjelaskan, nampaknya kepimpinan tertinggi UMNO hanya akan diisi olih suku sakat mereka yang ternyata keseluruhan keluarga mereka ini terdiri dari kalangan yang kaya-raya yang bertaraf 'jutawan'.
Kalau satu masa dahulu kebanyakan wakil rakyat atau ahli parlimen tidaklah sekaya dan semewah seperti sekarang tetapi penyatuan serta ajenda untuk bangsa dan agama adalah
Kini kekuasaan untuk kekal berkuasa adalah 'wang ringgit'. Wang ringgit adalah penentu untuk segalanya. Untuk mendapat sokongan dari perwakilan kini, nampaknya memerlukan wang yang banyak. Bagi mereka yang bercita-cita tinggi tetapi tidak mempunyai 'dana' hanya terpaksa menjadi 'macai' atau 'kuda tunggangan' untuk kelompok tertentu. Olih itu untuk mereka yang kekurangan 'dana' tetapi mempunyai 'kehebatan' tidak akan dipandang lagi olih yang ramai. Begitulah senarionya politik UMNO kini.
Diburukkan lagi, terdapat beberapa pemimpin kini telah di'bela' atau 'di'beli' olih bukan melayu untuk tujuan 'projek' Kerajaan. Manambah parah apabila kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam berleluasa , tiada suara 'pemimpin Melayu" berani 'membantah' secara keras.
Tiada lagi laungan 'Hidup Melayu" semuanya sunyi. Begitulah nazaknya pemimpin UMNO masa kini yang dilabelkan sebagai 'dayus' atau 'bacul'. Untuk itu tiada apa yang bolih dibangga dan diharapkan lagi terhadap mereka ini lagi.Semua keberanian mereka sudah pudar disebabkan 'wang ringgit'. Kemungkinan selepas ini 'era' kegemilangan UMNO yang dikatakan memperjuangkan ajenda Melayu hanya akan tinggal kenangan buat selamanya..Kemungkinan ini adalah 'pengakhiran' UMNO, semua akan terjawap sebelum PRU 14. Nantikan....
MELAYU AKAN MENTALKINKAN JUGA AKHIRNYA
IKHLAS DARI :- CAHAYA AL MAJID
No comments:
Post a Comment