Thursday, 16 May 2013

PERJALANAN MALAYSIA YANG MENGIKUT "KETENTUAN" : SAHABAT DARI NUSANTARA AKAN 'SETIABERSAMA'

KEBENARAN PERJALANAN SEMAKIN NYATA. WATAK "DINAMAKAN "  MENGIKUT SCRIP ALLAH
                                       PERMULAAN MEEM NUSANTARA BER'BAIAH' 
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi yang membenarkan "kebenaran" post yang terdahulu berhubung apa yang bakal berlaku dan akan terjadi didalam perjalanan Malaysia menuju Kebangkitan Ke Dua dan Perjalanan Bangsa  "Bani Meem". Perjalanan 'kebenaran' ini menuju destinasi yang lebih 'nyata ' mengikut 'ajenda" Nya

              "KEBENARAN YANG DINYATAKAN MENGIKUT PERANCANGAN"

i. KJ akan diangkat sebagai Menteri - (Post bertarikh 25hb April 2013).

ii. SEBAB DAP MENCINTAI PKR DAN TERUJA DENGAN PAS( Post bertarikh 26hb April)
   Barisan Nasional Menang PRU13
Walau apa pun perancangan yang dilakukan olih DAP untuk menjerat 'Melayu' melalui 'sahabat' lena mereka PKR dan PAS namun semua itu tidak akan mengubah keputusan PRU 13. Walau pun mereka merasakan 'kebolihan' untuk menang pada PRU 13 ini tetapi pada hakikatnya 'mereka hanya menang didalam" mimpi" dan bukan didalam realiti.  Untuk masa-masa akan datang seluruh anak cucu mereka akan 'menyumpah' dan 'mencela'  nenek moyang mereka kerena 'kebodohan' ,  bersengkokol dengan 'puak ekstremis' serta 'berkawan' dengan pencinta 'LGBT'. Itulah harga yang perlu dibayar olih keturunan ini untuk masa yang akan datang.

iii.NAJIB, ANUAR DAN MASA HADAPAN MALAYSIA (Post 12hb May 2013)

(Belum pun 21hari PRU 13 berlalu kini apa yang "dinyatakan" sudah menampakan kenyataan
berhubung perjalanan Dato Seri Anwar Ibrahim

i. Gelombang penentangan berlaku terhadap tindak tanduk Wan Azizah terhadap perlakuan Anwar akan mengegarkan negara.
ii. Kisah sebenar peribadi Anwar akan 'memecah' Malaysia .
iii. Gelombang perpecahan didalam PKR akan meletus dan terpecah kepada 2 kumpulan.
iv. Perlakuan sikap buruk Anwar akan mengegarkan perpaduan PKR,PAS dan DAP
v. Anwar akan diminta mengundurkan diri dari menerajui PKR dan Pakatan
vi. Anwar akan tersisih dari sahabatnya .
vii. Ketua Pembangkang akan disandang olih DAP
viii. Perpecahan dan perbalahan sekutu  berlaku . Pakatan membawa haluan masing-masing.


             Karpal Singh Buat Laporan Polis Terhadap Konco-Konco Anwar Ibrahim


Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang tadi bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 


"Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan Pakatan Rakyat walaupun saya sendiri dari barisan pembangkang. Negara ada undang-undang. Yang kita berani tentang, kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yang melibatkan manusia sebagai mangsa, saya berundur diri…. saya tidak mahu masuk campur," kata Karpal Singh. 

Menurut Karpal Singh lagi, rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505. Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu. 

Mengenai perjalanan Najib yang baru saja menamakan barisan kabinetnya juga akan mengalami perkara yang serupa.( Post 12hb Mei 2013.)


Serba sedikit Perjalanan Dato' Seri Najib Tun Razak

i. Perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri akan tiba dipenghujung selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2014.
ii. Gerakan bertubi-bertubi didalam UMNO sendiri akan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan.
iii. Punca gerakan ini bersuara adalah disebabkan kegagalan Kabinet yang dilantik beliau yang tidak menepati cita rasa orang Melayu
iv. Kegagalan Najib didalam memertabatkan golongan Melayu serta tuntutan orang Melayu, membuatkan orang Melayu terutama UMNO memboikot program Najib
v. Sikap berlembut serta mengutamakan kaum Cina akan membuat orang Melayu secara terangan membantah Najib.
vi. Ketiada serasian diantara hala tuju  serta  perjuangan Najib dan Muhyiddin menjadi ketara.
vii. Najib akan melepaskan jawatan diatas alasan 'ketidak tentuan kesihatan' dirinya.

                                             Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Nota :- 

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
(Apa yang dilakukan olih Anwar Ibrahim dan bala tentera "DAP" dibulan Rajab ini???
Fikirkan.....



5 comments:

  1. adekah najib dan muhyiddin akan bermusuhan?

    saya ade terbaca pasal tun mahathir. adekah benar beliau terlibat dalam peristiwa 13 mei?

    ReplyDelete
  2. Tidak, cuma 'politik' yang berkehendakan.
    Tidak.

    ReplyDelete
  3. Amin...
    Era kebangkitan sudah bermula...

    ReplyDelete
  4. Apa pandangan saudara tentang KJ dilantik sebagai menteri...ramai yang setuju KJ dilantik sebagai menteri dikhuatiri badi pemerintahan Abdullah Badawi akan terkena pada Najib...bagaimana nasib beliau dalam kabinet??

    http://parpukari.blogspot.com/2013/05/mesej-khas-untuk-khairy-jamaluddin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. *pembetulan
      *ramai yang tak setuju*

      Delete