Bismillahhirrahmannirrahim.
Kalah jadi abu menang jadi arang, itu lah pepatah Melayu yang sedang mengulit langit dibumi pusaka orang Melayu ketika ini.
Orang Melayu berantakan sesama sendiri demi kuasa. Apa yang dilakukan puak puak ini adalah demi menyelamatkan diri masing masing dari ancaman tergolong sebagai kluster mahkamah.
Asal.usul mereka adalah dari perut UMNO. Samaada Mahathir, Mahiaddin mahupun Anwar Ibrahim semuanya berbintikan UMNO.
Namun demi kuasa, mereka sanggup menggadaikan.prinsip diri kepada kaum minoriti yang bukan Melayu demi kelangsungan politik dalam mencapai klimax nafsu masing masing.
Katahuilah bahawa sesiapa saja yang bakal memenangi PRN 6 buah ini, ianya tidak akan merubah nasib dan masa depan bangsa Melayu itu sendiri .
Yang tetap dapat meneafaat dan laba lebih akibat dari kecelaruan politik orang Melayu ini adalah orang bukan Melayu terutama bangsa Cina dan India.
Sifat dua.bangsa ini adalah makan kiri dan kanan. Apa pun keputusan dari PRN.ini mereka tetapi akan untung tetapi kerugian tetapi kepada Bangsa Melayu.
Apa.yang nyata selepas keputusan PRU 15 lalu, tidak banyak perubahan dilàkukan olih kerajaan pemerintah. Tetapi apa yang pasti nilai.matawang negara merudum setiap hari. Kini matawang negara semakim melemah dan berada pada 4.50 - 4.65 berbanding 1USD.
Tetapi ada juga Ahli Parliamen Kerajaan mengatakan ini adalah sesuatu yang positif atau baik.buat negara. Hahahah 🤣🤣🤣.adalah ini lawak terhebat kurun ini?
Apa yang terlihat kini ,tiada.satupun watak yang berada dipersada kuasa dapat memulihkan ekonomi negara yang sedang"sakit tenat' ketika ini.
Waima Mahathir mahupun Mahiaddin dan Ismail Sabri, kesemuanya.gagal mencari kekunci mahupun 'lampu Aladdin'.ketika berkuasa untuk.mencorak dan merancak kembali kegemilangan ekonomi negara. Semuanya gagal.
Kini Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga dilihat terkial.kial.dalam mentadbir negara. Yang paling sedih,.Anwar Ibrahim telah menjadikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan PM. Ini adalah kesilapan terbesar Anwar Ibrahim.
Yakinlah ..pemilihan Zahid Hamidi adalah semata mata demi.kelansungan nyawa politik Anwar Ibrahim dalam pakatan Kerajaan Anwar Ibrahim dan bukan untuk pemulihan ekonomi negara.
Yang sedih buat Bangsa Melayu,.kedai dua watak ini , iaitu Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi tidak mempunyai pengalaman langsung dalam mentadbir Kerajaan negeri. Itulah ketempangan terbesar Kerajaan Madani ketika.ini.
Anwar Ibrahim tidak mempunyai banyak masa lagi sekiranya mahu bertahan sehingga habis penggal PRU 15.
Suka atau tidak suka Anwar Ibrahim perlu menggantikan Timbalan Perdana Menterinya selepas PRN 6 buah negeri ini.
Pertama ,Mat Hassan adalah calon terbaik untuk menggantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Mat Hassan berpengalaman luas dalam mengurus pentadbiran negeri iaitu Negeri Sembilan.
Keduanya.Najib perlu dilepaskan segera agar dapat membantu negara dalam merencanakan dan mengerakkan semula pengekonomian yang tertangguh.
Apa.yang pasti.. sekiranya tiada perubahan dilàkukan selepas PRN ini, nilai matawang bakal mencecah RM5.00.berbanding 1USD dan bursa saham juga pasti merudum sekali lagi keparas 1200 mata dalam masa 60 hari.
Kecelakaan dan.bencana ekonomi bakal melanda.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment