Friday 28 July 2017

THE PROMISED LAND : KENAPA PERGOLAKAN BERTERUSAN

Bismillahirrahmanirrahim.

    SELAMATKAH MUSIM HAJI KALI NI???
         

Musim Haji bakal menjengah.  Seluruh umat Muhammad saw dari seluruh dunia yang di beri berkesempatan olih Yang Maha Esa untuk melunaskan rukun Islam itu dari dana kewangan yang halal bakal memenuhi setiap inci tanah haram itu.

Janji Allah SWT kepada Nabi Allah Ibrahim untuk membangunkan Mekah dari bumi tandus dan gersang  dan menjanjikan kemakmuran dan bakal didatangi berduyun duyunya umat manusia kebumi Mekah adalah benar.

Sehingga kini, bumi Mekah sentiasa didatangi olih segenap lapisan masyarakat dunia. Samaada yang beragama Islam mahupun sebaliknya. Itu lah perancangan yang Maha Esa kepada Nabi Ibrahim a.s.

Walaupun Kaabah di Mekah Al Mukarramah telah diangkat dan dinobatkan olih Yang Maha Esa sebagai Rumah Allah , namun, apabila kedua dua putera.Nabi Ibrahim iaitu Nabi Allah Ismail dan Nabi Ishak dilahirkan dari dua ibu yang berbeza ini dan apabila mereka dewasa maka perancangan perjalanan menjadi sebaliknya.

Kisah perjalanan Nabi Ismail tidak banyak diketahui melainkan setelah Allah SWT mewahyukan kepada Ibrahim agar Nabi Ismail disembelih. Dan dari kejadian itu maka " perkara" korban' adalah dituntut. Dan dari peristiwa itu maka setiap kali musim Haji , pasti ramai umat Islam akan melunaskan " upacara korban ini bagi melunaskan sunnah yang di contohkan melalui peristiwa korban Nabi Ibrahim terhadap Nabi Ismail.

Berbeza dengan Nabi Ishak.. beliau mempunyai ramai anak. Nabi Yaakob adalah anaknya dan dari keturunan ini maka lahirlah keturunan Nabi Nabi yang bernasabkan Yaakob yang digelar Bangsa Israel.

Antara yang terhebat dan yang diberikan kitab adalah Musa a.s dan Isa Putra Mariam. Melalui Musa a.s maka wujudlah Taurat dan sewaktu Isa Al Masih diberikan Injil. Namun untuk kedua dua kitab ini ia adalah untuk pengikut dan.bangsa mereka sahaja dan bukan untuk semua umat. Itu yang membezakan diantara kitab terdahulu dengan Al Quran.

Jadi kenapa umat Islam perlu berebutkan Baitul Muakaddis?

Umat Islam menanamkan rasa bahawa Baitul Muakaddis adalah  salah satu dari tempat suci dimana dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasullulah dibawa ke Sidratul Muntaha melalui tempat ini. Selain itu, tiada apa lagi kelebihannya.

Benar bumi Israel itu sememangnya hak mereka. Kerana rata rata Nabi yang dilahirkan selepas Nabi Ismail dan Nabi Isyak, semua anak anak Nabi Yaakob yang dipilih dan diangkat  sebagai Nabi kebanyakkan tertumpu dibumi Israel ini. Olih itu tiada keperluan untuk umat Islam memeranginya.

Mungkin ramai yang tidak bersependapat dengan pandangan dan pegangan saya. Namun itu lah.hakikat yang perlu.kita terima.

Ada yang berpendapat bahawa dibumi Palestine @ Bumi Baitul Muakaddis ini akan menyebabkan perang atau perselisihan bangsa diantara umat Islam Kristien dan Yahudi .

Ketiga tiga kelompok agama ini mahu mendemonasi 'tanah' ataupun ' tapak" ini. Tetapi kita sebagai umat Islam perlu sedar dan perlu mengingati, bahawa," kiblat " yang dikata dahulu nya menjadi kiblat ini telah difirmankan Allah SWT untuk Muhammad saw beralih ke Mekah atau Kaabah. Sekali gus Allah SWT menafikan keberadaanb dan keperluan untuk mempertahankanya.

Tidak kah kita sedari bahawa Allah SWT telah melaknati bangsa ini. Kerana apa? Bongkak, riak , sombong dan lupa diri serta lupa terhadap nikmat Allah SWT yang mereka nikmati.. Olih itu apa perlunya kita berebut dan sanggup berbunuhan demi kelangsungan bumi ini.

Kita kena selalu ingat bahawa apa yang terjadi dahulu adalah sejarah atau kenangan. Dan semua ini terjadi kerana kelalaian dan kesombongan pemerintahan umat Islam terdahulu.

Apa yang kita kesali kini adalah perbuatan kejam rejim Yahudi terhadap umat Islam dan perkara ini perlu ditentang sekeras kerasnya. Pembunuhan serta merampas tanah dan harta umat Islam perlu diadili di mahkamah dunia dan dipertahankan hak .

Kerana rasa kerdil dan rasa rendah diri dikalangan pemimpin dan Kerajaan Islam yang berjiran ditambah pula sifat berpuak dan curiga mencurigai sesama mereka amat tinggi dikalangan bangsa Arab, keadaan ini merumitkan lagi persefahaman sesama mereka.

Perlu kita ingat tiada apa lagi keperluan bagi umat Islam berebut rebut untuk menawan atau berperang kerana "tanah" ini. Sedang kan Tuhan pun mereka mahu laknati inikan kita, manusia. Tiada harga buat mereka pun .

Sebenarnya apa yang perlu kita umat Islam takutkan ialah kuasa Barat atau kuasa yang mahu menjatuhkan martabat dan maruah umat Islam.

Bangsa Yahudi atau Bani Israel ini sedar bahawa mereka tidak bolih menguasai dan mengalahkan keimanan umat Islam berbanding umat Kristian. Olih itu memerangi umat Islam bukanlah ajenda mereka. Apa yang mereka lakukan dan keutamaan mereka adalah untuk memastikan " ilmu dari kitab Daud" dan ' sihir dari Kitab Sulaiman" dapat diterjemahkan secara nyata.

Untuk mereka berperang secara nyata menggunakan senjata terhadap amat Islam dirasakan amat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan populasi umat Islam didunia ketika ini.

Tetapi berkomplot dengan umat Kristian dan seteru Islam dalam melemahkan iman dan jatidiri umat Islam bagi menobatkan kaum Israel sebagai bangsa pilihan adalah ajenda utama mereka.

Tetapi apa yang paling mereka takuti adalah kebangkitan " bangsa Meem".

Kefasihan hadith serta kebenaran hadith sememangnya telah buat kajian olih mereka ini.

Tetapi tentang KEBENARAN hadith dan kepercayaam mereka tentang" peristiwa yang pasti terjadi"TERHADAP mereka", membuatkan mereka berfikir 2 kali untuk bertindak secara sendirian.

Apa.yang mereka lakukan adalah bersubahat samaada dengan Amerika, Britain mahupun Perancis tetapi yang paling disukai adalah negara negara Arab yang berkiblatkan negara Barat.

               ......bersambung.....
                  Cahaya Al Majid








5 comments:

  1. Salam Tuan,


    "Apa yang mereka lakukan dan keutamaan mereka adalah untuk memastikan " ilmu dari kitab Daud" dan "sihir dari Kitab Sulaiman" dapat diterjemahkan secara nyata"

    Bangsa Meem - kita sedang dilemahkan dgn cara yg sangat halus melalui dadah yg mereputkan segala fungsi fizikal dan roh insan serta ideologi demokrasi yg sgt memecahbelahkan ummat


    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Akan dikongsi selanjutnya kenapa kitab Daud dan Sulaiman penting buat mereka.

      Delete
  2. @@@.... Saturday, 29 July 2017
    THE PROMISED LAND:
    APA YANG TINGGAL...???
    SELAMATKAH MUSIM HAJI....???

    @@@@.... Bumi Mekah dan Madinah sememangnya bumi yang dirahmati Allah SWT. Itu kesah dulu2 tatakala kesucian Mekah Madinah dlm peliharaan Allah SWT. Terkini Mekah Madinah seluruh Arab AlJazeera telah dirampok dijajah oleh Regim Saud Wahabbi Yahudi & The Gangs - maka terbatallah siapa yg bilang bumi Bumi Mekah Madinah ngak bisa dimasuki oleh Zionis Yahudi....


    @@@@.... Friday, 28 July 2017
    THE PROMISED LAND :
    KENAPA PERGOLAKAN BERTERUSAN...???
    SELAMATKAH MUSIM HAJI KALI NI...???

    Ada diramalkan : Kemunculan IM diMekah berlaku pada mana2 satu Musim Haji Akbar. Tetapi kemunculannya itu akan didahului oleh kedatangan Pasukan Kecil Pemuda2 Bani Tamim sebagai perintis jalan menyediakan tapak asas utk kebangkitan IM. Kemuncak kemunculan IM tatakala itu berada depan Kaabah diMekah berdepan dgn jutaan Jemaah Haji yg sedang mengerjakan Ibadah Haji diMekah....

    Ada diramalkan juga sebelum / selepas itu, IM beserta Pasukan Kecil Pemuda2 Bani Tamim itu akan diburu. Hingga disatu lokasi tertentu, Mukjizat IM The War Lord berlaku, Pasukan besar tentera2 Dajjal akan kojol tenggelam ditelan bumi....

    Berbalik kesah tatakala itu IM "With His Young Light Magicians" depan Kaabah diMekah : Apakah misi utama IM diketika itu..?? Apakah tindakan IM selaku Penyelamat Ummah dikala itu..?? Ngak tahu.. Allah Rabbul Jalal AlHakamu Yg Maha Penentu lagi Maha Penghukum dikala itu....

    Allahu'Aklam.... Wassalamu.... Sabarlah menunggu....

    ..i..

    ReplyDelete
  3. ..i..

    Anonymous10 September 2016 at 11:44

    @@@@ .... SEJARAH TANAH SUCI MEKAH & BANGUNAN KAABAH ....
    .... DARI AJARAN IMAM MAHDI SEJATI KHALIFAH ALLAH PENYELAMAT UMMAH ....

    .... HINGGA TIBA PULA GILIRAN NABI IBRAHIM AS SEBAGEI BAPAK MANUSIA DIBUMI MEKAH. DIATAS TANAH MEKAH SEKITAR LK 13 EKAR, DISITULAH NABI IBRAHIM AS DGN ISTERINYA SITI HAJAR & PUTRANYA PEWARIS PERTAMANYA NABI ISMAIL AS, HIDUP BERKELUARGA DLM SEBUAH **RUMAH** MEMULAKAN SEJARAH...

    SETELAH NABI IBRAHIM AS WAFAT, MAKA HARTA2 PUSAKA BAGINDA DIMEKAH BERUPA 13 EKAR TANAH YG DIDLMNYA ADA SEBUAH RUMAH, TELAH MENJADI HAK MILIK NABI ISMAIL AS SEBAGEI PEWARIS MUTLAK KPD AYAHANDA & BONDANYA. MASA DAN ZAMAN SILEH BERGANTI BERUBAH. MAKA BEGITU JUGA PEMILIKAN TANAH DAN RUMAH PUSAKA NABI IBRAHIM AS JUGA TELAH BERKALI2 BERTUKAR GANTI BERUBAH2.

    HINGGA DIZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, HARTA PUSAKA NABI IBRAHIM AS ITU DIMILIKI PULA OLEH NASAB PEWARISNYA BANI ISRAEL - DIALAH BONDA SITI KHODIJAH - NASAB NABI IBRAHIM KE55. MAKA TIDAK HERAN BONDA SITI KHODIJAH SERING DISEBUT2 AKAN KEKAYAANNYA, KEJELITAANNYA, KESUCIANNYA, HINGGAKAN BELIAU SERING JADI REBUTAN KEGILAAN PEMBESAR2 PUAK 28 KAPIR KURAISY & THE 3 GANGS... YG BERJAYA BERNIKAH DGNNYA HANYA SEPUPU ABU BAKAR, TETAPI DIA TETAP *PERAWAN SUCI* KARNA SEPUPU ABU BAKAR GAGAL MENGHAMPIRINYA.. SETELAH SUAMINYA MATI SITI KHODIJAH MENJANDA SEKETIKA. KESEMPATAN INI ABU BAKAR TELAH 2 KALI MASUK MEMINANG, TETAPI GAGAL KACEWA LAMARANNYA DITOLAK..

    ALLAH JUA YG MAHA MENGATUR JODOH PERTEMUAN UTK RASULNYA. RASULULLAH SEBAGEI CALON SUAMI YG MASEH TERUNA PASTI ALLAH DITEMUKAN JODOHNYA DGN ISTERI YG MASEH PERAWAN. KEDUANYA DARI TITIAN NASAB YG SAMA DARI NABI IBRAHIM AS. NASAB YG BAIK HANYA UTK NASAB YG SAMA BAIK. DARI KACEWA CEMBURU BESAR ABU BAKAR TERHADAP RASULULLAH SAW PEMUDA MISKIN TELAH BERJAYA PERISTERIKAN OPAH KHODIJAH, KEBENCIAN ABU BAKAR TERHADAP NABI SAW SEMAKIN MEMUNCAK....

    SETELAH RASULULLAH SAW DGN BONDA SITI KHODIJAH BERNIKAH, BERMAKNA HARTA PUSAKA NABI IBRAHIM AS TELAH MENJADI HAK MILIK BERSAMA RASULULLAH SITI KHODIJAH SERTA AHLULBAIT2 NYA. MAKA BERMULALAH PERTARUNGAN PEREBUTAN TAHTA & HARTA TANAH MEKAH & KAABAH DLM "GAMES OF THRONE" ANTARA RASULULLAH SAW DGN PUAK 28 KAPIR KURAISY MEKAH & THE 3 GANGS... MAKA DARI SINILAH BERMULANYA PERANAN & PENGORBANAN BONDA SITI KHODIJAH BERJUANG BERSAMA RASULULLAH SAW DLM KEBANGKITAN AGAMA ALLAH YAITU AL ISLAM....

    DEMIKIAN SEDIKIT APA YG TERSIRAT DLM KEHIDUPAN NABI, APA YG TELAH DIAJAR DIKHABARKAN OLEH PEWARIS TERKININYA PENYELAMAT UMMAH IMAM MAHDI. SIAPA KETURUNAN SITI KHODIJAH..?? SIAPA KETURUNAN SITI FATIMAH ZAHARAH..?? KEMANA PERGINYA HILANGNYA RUMAH PUSAKA NABI IBRAHIM AS DIBUMI MEKAH..??


    **** KAABAH DIBINA ATAS TAPAK RUMAH NABI IBRAHIM AS
    / PUSAKA NABI ISMAIL AS / PUSAKA BONDA SITI KHODIJAH
    / PUSAKA BERSAMA RASULULAH SAW SERTA AHLULBAIT2NYA ****

    TAPAK BINAAN KAABAH SEDIADA HINGGA SEKARANG INI.. ITULAH ASAL TAPAK RUMAH PUSAKA NABI IBRAHIM AS. BERMAKNA KAABAH ITU TELAH DIBINA BETUL2 ATAS TAPAK RUMAH PUSAKA NABI ISMAIL AS / PEMILIK TERAKHIR BONDA SITI KHODIJAH.. SETELAH RASULULLAH SAW SERTA AHLULBAITNYA DIGULINGKAN DIUSIR KELUAR DARI MEKAH PERPINDAH KEMADINAH, RUMAH PUSAKA ISMAEL TELAH BERUBAH WAJAH...

    MAKA TELAH DIUBAHSUAI DIBINA OLEH PUAK 28 KAPIR KURAISY & THE GANGS - MAKA TERBINALAH MAQTANPA AM IBRAHIM, HAJAR ASWAD, HIJIR ISMAIL DSBNYA LAGI.. APAKAH YG ADA TERTANAM TERSEMBUNYI DISEKELILING BAWAH KAABAH ITU....???? TANPA DISEDARI AMALAN2 HAJI & UMRAH MASEH TERSELIT AMALAN2 RITUAL2 PAGAN SILAM. HANYA SANG PENYELAMAT UMMAH IM ITU YG DIBERI PETUNJUK ILAHI YG BISA TAHU....

    **** PERSOALANNYA :

    WAJARKAH RUMAH PUSAKA KAMI PARA AHLULBAIT ITU DIBILANGKAN IA "RUMAH ALLAH..??" TANAH PUSAKA KAMI YG TIADA NILAINYA LELUAS LK 13 EKAR TELAH HILANG DIRAMPOK OLEH BANI SAUD WAHABBI YAHUDI.. SELAMATKAH MUSIM HAJI DITAHUN2 MENDATANG NANTI..?? WALLAHU'AKLAM....

    .v.

    ReplyDelete
  4. TANAH BORNEO THE PROMISED LAND..
    tanah borneo sangat terkenal dengan hutan paling tertua di dunia dgn keunikan specirs di dalamnya yg tidak terdapat pada mana2 negara. apa yg ada di luar negara, semuanya ada di tanah ini. ia tempat ini juga di kenali negeri matahari terbit dan pertemuan 3 lautan iaitu
    laut china selatan
    laut sulu
    laut celebes
    manakala tempat tenggelamnya matahari pula di lavelkan dgn hutan kedua tertua di dunia iaitu amazon brazil di barat. di sini sudah jelas kita lihat bukti posisi matahari terbit dan terbenam.

    ReplyDelete