Thursday 27 July 2017

EDISI KHAS : BAHAGIAN II

Bismillahirrahmanirrahim.

     "INILAH PERJALANAN "

Telah bermacam macam perkara berlaku dibumi Arab. Seluruh dunia Arab bergolak. samaada mengenai kepimpinan mereka, Raja Rajanya mahupun terhadap Presidenya, semuanya sedang bergolak dan tidak bersefahaman sesama mereka.

Sifat curiga mencurigai sesama mereka amat tinggi . Pegangan agama dan amalan yang diamalkan dijadikan benteng pemisah.

Siapa besar, siapa kaya dan siapa yang berkawan rapat dengan kuasa kuasa Barat dijadikan senjata untuk mendabik diri. Dan inilah yang membelenggu negara negara Arab ketika ini.

Kenapa dan mengapa saya digerakkan olih Sang Pencipta untuk menyambung perjalanan yang terhenti agak sekian lama tidaklah saya ketahui. Tetapi perjalanan yang akan saya mulakan ini telah saya ketahui sejak dahulu cuma tidak menyangka bahawa tahun 2017 ini adalah tahunnya.

Kalau dahulu pemergian sahabat sahabat saya seperti Hj Kamaruddin, Ronnie, Don Frazier dan Hj Aidid telah saya ketahui perjalanan nya serta mengetahui petunjuk nya sekali sebelum kejadian, namun perjalanan diri saya ini berbeza sekali.

Kalau dahulu  Hj Kamaruddin dan Muhammad Roni digerakkan kepintu Kaabah Mekah untuk mengambil "hadiah" yang berupa senaskah Al-Quran  yang tergaris didalamnya ' tanda surah" petunjuk untuk saya, namun, perjalanan sulung saya kebumi Arab Saudi ini mungkin berbeza.

Tiada kawan tiada sahabat mahupun sesiapa jua yang dibenarkan mengikut saya dalam perjalanan ini. Waima isteri dan anak anak  juga dilarang menemani saya.

Bermusafir adalah istilah yang saya pakai.
Bermusafir dan berkelana selama 40 hari bersendirian dibumi Arab Saudi serta beberapa negara jiran yang berdekatan adalah perjalanan nya.

Tetapi apa yang paling penting adalah mencari keredhaan Allah SWT.

Kepada Simon dan anak anak iaitu  John dan Andrew, begitukah kepada Auntie Lili atau Maryam Abdullah nama Islam nya, juga kepada Amin Calos sekeluarga begitu juga kepada Don Frazier @ Yaakob Abdullah , Ronnie sekeluarga juga kepada Joshua yang semua nya telah memilih Islam sebagai jalan hidup mereka dan Allah SWT sebagai Tuhan mereka dimana saya menjadi "asbab"nya kerana peristiwa itu, syukur dan kerahmatan Allah SWT dipohonkan dilimpahi keatas mereka semua.

Kepada dua orang lagi sahabat yang sempat saya sahadahkan sebagai seorang Islam ketika saya berada di Khazakhstan dan Rusia, dipohonkan agar mereka semua dilindungi Allah SWT dan dilimpahi kerahmatan Yang Maha Esa.

Kepada Hj Kamaruddin, Hafiz, Nini berserta arwah Dato' Hi Aidid dan arwah Pak Hamid( yang berasal dari Singapura) dipohon kerahmatan keatas seluruh keluarga mereka kerana singgah dalam perjalanan saya, kerana, pertemuan dan perpisahan kita ini adalah ketentuan Allah SWT.

Semoga perjalanan yang pernah kita lalui dan kita tempuhi dahulu tetap menjadi kenangan sepanjang hayat.

Ingat lah wahai sahabat....Allah SWT telah meyakinkan anda semua melalui petunjuk petunjuk nya dan kamu adalah sebahagian dari mereka mereka yang telah melalui serta melihat" miracle" Allah SWT.

Olih itu janganlah kamu berlepas dari Al Quran dan peganglah seeratnya sunah sunah Rasul selagi hayat dikandung badan.

                   Cahaya Al Majid









2 comments:

  1. Salam tuan,

    Antara harapan minta hidup menjadi lebih mudah,
    Lebih baiknya minta hati menjadi paling tabah..

    Semoga lebih ramai berhenti dari menzalimi diri sendiri dan masa depannya..

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Cahaya Al Majid,

    Selamat bermusafir
    Semoga perjalanan Tuan dipermudahkan oleh Allah SWT
    Diharap Tuan sudi pula mencoretkan perkongsian disini sebagai inspirasi kepada semua pencari dan pencinta kebenaran

    ReplyDelete