Kejadian yang menimpa sahabat Rasullulah yang gugur dimedan perang diperlakukan sama sepertimana 'nasib' pejuang Malaysia yang gugur di Lahad Datu.
Rasulullah dan para sahabatnya bersama-sama memeriksa jasad dan tubuh para syuhada yang gugur. Sejenak beliau berhenti, menyaksikan dan membisu seraya air mata menetes di kedua belah pipinya. Tidak sedikitpun terlintas di benaknya bahwa moral bangsa arab telah merosot sedemikian rupa, hingga dengan teganya berbuat keji dan kejam terhadap jasad Hamzah. Dengan keji mereka telah merusak jasad dan merobek dada Sayyidina Hamzah dan mengambil hatinya.
Kemudian Rasulullah mendekati jasad Hamzah bin Abdul Muthalib, Singa Allah, Seraya berkata, “Tak pernah aku menderita sebagaimana yang kurasakan saat ini. Dan tidak ada suasana apapun yang lebih menyakitkan diriku daripada suasana sekarang ini.”
Allah menurunkan firmannya ,” Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (Qs; an Nahl 126)
Kisah Menyayat Hati di Lahad Datu. A
Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah "HambaAllah " ini . yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikorek mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat "Hamba Allah II)_, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain.
Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.Akhirnya dia diselamatkan.
Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.
MEREKA TAHU KE APA MAKNANYA? ATAU SEKADAR TERIKUT- ATAU MENGIKUT. ATAU SEKADAR MAHU MENGAKU KUMPULAN MEREKA ADALAH PENGIBAR PANJI PANJI HITAM DARI TIMUR. ATAU MAHU MENGAMBIL KESEMPATAN? LAMBANG PUN TIADA PADA KETURUNAN MEREKA. |
Walaupun sudah menghampiri 1500 selepas kewafatan Baginda Rasullulah namun perlakuan Umat Baginda semakin hilang pegangan sehingga sanggup melakukan perkara yang 'terkeji' diatas nama 'sifat manusia' tambahan pula dilakukan oleh orang Islam terhadap 'orang Islam' lain. Pandangan serta celaan terhadap umat Islam makin 'membuku' dan ' membara' dihati musuh Islam terhadap orang Islam.
Jihad yang dilaungkan akan 'mengundang' malapetaka.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Salam..
ReplyDeleteBagaimana mereka mendapat bekalan senjata? Kalau diikutkan sultan sulu ni sultan yang miskin. Adakah mereka mendapat senjata ini dari USS gurdian yg terkandas di terumbu Tubbataha di selatan filipina.?
Perlu diingat, rata rata Puak Sulu atau Tausug ini kehidupan mereka bergelumang dengan senjata dari dahulu. MILF MNLF dan Abu Sayaf adalah pemberontak serta militan yang dilatih dan disogokan dengan ideologi 'Pembentukan Negara Islam" .Pemilikan senjata amat mudah dimiliki ditambah 'sponsor' berada disekeliling ketua-ketua yang 'vokal' menentang Kerajaan.Nur Misuari adalah salah seorang dari mereka. Pernah mendapat perlindungan di Libya serta negara Islam yang lain demi 'perjuangan' atas nama Kebangkitan Islam yang dimomokkan.
ReplyDeleteSalam Tn,
ReplyDeleteMoga Allah menempatkan pejuang negara yg gugur & d perlakukan seperti buah yg busuk d dlm kalangan para shuadah & kematian mmereka allah tarafkan sebagai sayhid. Al Faihah untuk mereka.
Mcm mana untuk berhubung / berjumpa ngan tuan adakah tuan berada d langkawi pada minggu hadapan 22 - 24 mac
Salam. Saya telah berhijrah kebumi yang 'berangka 9'. Hubungi saya melalui e-mail. Inshaallah, Allah akan mempertemukan kita.
Delete