KINI KEPULAUAN SULU TELAH DI 'TALKIN' KAN OLEH RAKYAT MALAYSIA.TIADA LAGI KERJASAMA AKAN TERJALIN ANTARA MALAYSIA DAN RAKYAT MORO. "MALAYSIA BERPATAH ARANG " |
PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG UNTUK BANGSA MORO KINI GAJAH PUTIH
Assalammualaikum.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Susu yang diberi tuba pula yang diganti. Itulah dua perumpamaan yang 'tercetus' dihati apabila mengenangkan 'trajadi' yang melanda negara angkara 'pencerobohan' yang digerakkan oleh ' Kiram' serta campurtangan segelintir 'manusia' yang 'berkepentingan' atau berajenda.
Didalam menghadapi situasi yang agak 'kabur' ini, sememangnya ATM serta PDRM dikerahkan untuk menghapuskan saki baki 'penceroboh' yang masih berada dan bercampur dikalangan rakyat tempatan serta kaum pendatang tidak sah taraf ini. Kehadiran 'penceroboh' ini berkeliaran didalam masyarakat tempatan ini amat membimbangkan dan menakutkan terutama masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun 'kecekapan' dan 'kebolehan' kedua-dua cabang utama pertahanan ini perlu diberikan ucapan tahniah walaupun terdapat 'kemalangan' atau ' kecerderaan' dipihak kita.
Sebenarnya, Malaysia telah banyak memainkan peranan didalam pemulihan semangat Bangsa Moro serta kaum Tausug ini. Ketika puak ini berperang dan bertindak sebagai 'pejuang' menentang kezaliman Kerajaan Filipina seperti yang mereka 'dakwa', namun, rakyat Malaysia banyak menyalurkan berbagai bantuan kepada puak ini atas dasar 'sesama Islam' dan ;kemanusiaan'. Kerajaan Malaysia bertahun-tahun mencuba untuk mendamaikan 'kedua-dua' entiti ini, iaitu Kerajaan Filipina dan Penduduk Islam agar dapat duduk semeja bagi menjernihkan 'hubungan' diantara penduduk Islam dengan Kerajaan Filipina. Kejayaan yang terbaru adalah temeterinya perjanjian diantara Puak Islam dengan Kerajaan Filipina yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia bagi membangunkan 'ekonomi' si bahagian Selatan Filipina terutama di wilayah-wilayah atau kepulauan yang rata-rata dihuni oleh masyarakat Islam keseluruhannya..
Namun tidak semua kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap orang Islam di Selatan Filipina disukai oleh 'Ketua-Ketua" masyarakat Bangsa Moro ini. Perasaan iri-hati serta prejudis 'timbul' dihati kalangan Pemimpin mereka. Kegusaran kehilangan 'pengaruh' serta terpinggir yang takut akan 'ditinggalkan' oleh masyarakat setempat membuatkan pemimpin ini 'bengkak' hati'. Kekurangan mendapat 'publisiti' atau 'kurang mendapat perhatian' dari masyarakat, telah membuatkan hidup mereka gundah gulana.
Disebabkan penghebahan oleh Kerajaan Filipina serta Kerajaan Malaysia serta diiktiraf oleh Anggota Asean yang lain didalam membangunkan wilayah-wilayah Islam yang berpotensi untuk dimajukan akan mencapai 'maksud' dan 'menuju' kearah perlaksanaan' maka perasaan 'ketidak puasan hati' menyelubungi 'diri' sesetengah pemimpin ini maka satu gerakan 'perlu' diwujudkan bagai mengagalkan 'perancangan' murni ini. Bersandarkan kepada 'seruan' yang dibuat oleh 'pemimpin' yang merasakan diri mereka akan tertinggal didalam araus kemodenan serta pembangunan bersepadu ini, maka, sesuatu 'perancangan perlu digerakkan'. Bermodalkan 'Tanah nenek moyang serta Pemuda Panji Panji Hitam dari Timur dan ideologi Kebangkitan Islam dari Timur yang telah lama 'ditanamkan' dan disemai diotak mereka maka , keberhasilan ;membakar api dalam diri ini amat mudah dimainkan oleh ' Pemimpin mereka.
BEGINILAH HIDUP YANG DIINGINKAN OLEH PEMIMPIN ISLAM MEREKA UNTUK 50 TAHUN AKAN DATANG. SAMPAI BILA BILA PUN BANGSA INI AKAN DI COP SEBAGAI ' MANUSIA TAK BERTEMADDUN DI ERA MODEN' |
Dengan kehilangan nyawa sebanyak 9 orang setakat ini di pihak Malaysia, telah menjadikan 'hati rakyat' Malaysia amat tergurius dan kini merelakan agar 'penghapusan' semua penceroboh' perlu dilakukan demi Negara dan nyawa Rakyat. Perasaan belas dan ihsan terhadap 'penceroboh' atau 'pengganas' ini sudah lucut dari diri rakyat Malaysia. Kini seluruh masyarakat Malaysia menyokong penuh keputusan Najib didalam 'menghapuskan' semua pencerobon.
Dalam sekelip mata, hubungan diantara Malaysia dan Sulu atau bangsa Moro ini menjadi 'suram' . Tiada lagi perasaan belas , ehsan atau pun kasih yang 'terdetik' dihati rakyat Malaysia lagi. Semua laluan untuk perdagangan laut yang menyalurkan 'makanan' atau 'bahan mentah' ke kepulauan Selatan Filipina terbantut dan dikawal. Tiada lagi 'sea trade' yang bakal 'diurusniagakan' ditengah laut. Dengan terputusnya 'tali perhubungan' perdagangan 'sesama insan', ini bakal menyulitkan lagi penghidupan puak ini dimasa hadapan. Segala perancangan yang dicadangkan untuk dibangunkan bagi memajukan ' Puak' ini akan terbengkali untuk jangka waktu yang lama. Segala perancangan yang diinginkan diantara kedua negara Filipina dan Malaysia untuk menaikkan taraf hidup serta ekonomi Kepulauan ini hanya tinggal kenangan. Walaupun Najib berkeinginan untuk meneruskan 'ajenda' ini, pasti cadangan ini bakal ditentang habis-habisan oleh Rakyat Malaysia khasnya.
Kalau dahulu ramai warga Filipina akan keluar masuk secara bebas di Sabah tetapi akibat 'tersalahlangkah, maka keadaan ini pasti berubah. Kalau dahulu Sabah disogok'kan dengan bangsa Filipina namun semua itu akan menjadi 'sejarah'. Tiada lagi kemudahan keluar masuk' warga Filipina ke Sabah. Dengan 'pencerobohan' yang dilakukan ini akan berakhirnya 'penempatan warga Filipina" dan bermulalah ' pengusiran warga Filipina tidak sah taraf' ini kenegara asal mereka. Kini bermula kembali kisah 'kesusahan' dan ' kedaifan' penduduk Islam di Selatan Filipina.
TANYA SI ANAK KEPADA BAPA : HARI INI KITA NAK MAKAN APA, PA? JAWAP BAPANYA : TANGKAPAN TIDAK ADA HARI INI, OLEH ITU KITA MASAK 'SENAPANG' SWEET T n SOUR BERULAMKAN 'PELURU' M16 ' . SIANAK PUN MENGANGGUK 'KEPALANYA' SEOLAH OLAH FAHAM MAKSUD AYAH NYA. |
Terlalu panjang untuk diolah, oleh itu tunggulah.......Melayu pernah berkata "Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri.. maka tunggulah batu itu menghempap kepala mereka semua.
Jangan diratapi nasib kerena anda diberi peluang membuat pilihan.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment