Friday, 20 December 2013

THE PROMISED LAND :-MUHYIDDIN PERLU MENYELAMATKAN UMNO DARI KARAM!!!

TUAH AYAM NAMPAK DIKAKI
TUAH MUHYIDDIN SIAPA YANG TAHU
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Demi menyelamatkan maruah UMNO serta penyokong UMNO yang 'terkedu' dengan 'cai' Najib" yang kini amat 'dibenci' rakyat gara-gara 'kelicikannya' didalam meranapkan 'ekonomi negara' serta 'menghuruharakan' poket rakyat dengan berbagai kenaikan, yang mengakibatkan sokongan terhadap UMNO 'merudum' ditambah pula 'kemeluatan' rakyat terhadap Najib serta perlakuan 'bininya ' yang dilihat 'terlebih sudu dari kuah'  membuatkan rakyat semakin 'meloya' terhadap 'laki-bini' ini.

Kini UMNO dipersimpangan sebenarnya, mana yang perlu diutamakan. Najib atau UMNO. Mengekalkan Najib menyebabkan rakyat akan 'menumpang' Pakatan Pembangkang untuk turun 'berdemo' dijalanraya atau UMNO terpaksa di'talkinkan' lebih awal sebelum PRU 14 atau UMNO perlu membuat pilihan yang bukan 'pilihan'. .

Tiada jalan lain yang lebih selamat bagi menjaga maruah UMNO melainkan  terpaksa "mengorbankan' Najib' demi mengekalkan UMNO dipersada kekuasaan. Walaupun 'sadis' bunyinya, namun 'ketentuan' masa hadapan UMNO perlu diutamakan. Kita bukan bercakap mengenai 'menjaga' individu tetapi kita bercakap tentang masahadapan UMNO dan Melayu dimana Najib dilihat 'amat tidak relevan' lagi bagi mengetuai UMNO dan Kerajaan .

Tindak tanduknya dilihat banyak 'mencela'kan pertubuhan UMNO. Lebih-lebih lagi Najib dilihat 'terlalu' bergantung kepada 'konsultan'nya didalam 'menentukan' hala tuju dan ekonomi negara ini. Kebergantungan yang terlampau serta perlantikan 'Menteri Menteri' yang Najib 'rasa' berkebolihan ternyata 'tidak berguna' dimata rakyat. Banyak 'perubahan' yang cuba dilakukan 'diatas pandangan' 'konsultan' ini telah 'menyusahkan' rakyat dan negara akhirnya.

Untuk tidak merusakan UMNO dan pertubuhannya, eloklah di'tukarganti' Presiden itu. Suka atau tidak suka Muhyiddin terpaksa menjadi 'galang ganti' atau  'Pak Sanggup' untuk mengisi 'jawatan ini' bagi tempoh 4 tahun . Walaupun ramai  yang tidak berkeyakinan dengan Muhyiddin diatas dasar masa-masa silam, namun UMNO tiada pilihan lagi kecuali 'mengangkat' Muhyiddin sebagai Ketua bagi 'menyejukan' keadaan yang 'panas' ketika ini. .

Untuk seketika ini, Majlis Tertinggi UMNO serta Tokoh Cendiakiawan Negara perlu dikumpulkan bagi mendapatkan 'khidmat' nasihat berhubung 'transformasi' ini.  Pandangan mantan perdana menteri iaitu Tun Mahathir serta beberapa tokoh politik ternama yang berpengalaman perlu diberikan perhatian.
\
Sekiranya ini dapat dilakukan olih UMNO, inshaallah, kemeluapan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan pimpinan UMNO dan Kerajaan akan berkurangan .Bagi rakyat Najib adalah 'malapetaka' kepada orang Melayu.

                                            Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


.


6 comments:

  1. Rasionalisasi subsidi telah di umumkan secara berperingkat2.Menteri kewangan dah umum utk mencari ganti perkakas rasionalisasi subsidi.Rakyat umumnya dah pedih2 dan menanti penuh debaran sambut tahun kenaikan harga barang.Penerangan tentang matlamat rasionalisasi subsidi tidak jelas.Rakyat kian terpinga2.Nak memberi pemahaman pada wak labu,wak karto dan serumpun bangsa dan rakyat malaysia bukan senang.Nanti di bukanya silat jawa.Nak cuci rasionalisasi subsidi bukan senang.Ini dasar kerajaan.Lagi satu,takut ada clash di peringkat kepimpinan atasan.Nanti wujud pulak laungan macam "reformasi",di perbaharui menjadi "tranformasi".Kalau dua2 di khwinkan,gawat politik malaysia.

    ReplyDelete
  2. bukan ke mamat nie yg tukarkan cuti dijohor menjadi sabtu ahad suatu waktu dahulu?

    http://www.malaysiakini.com/news/247673
    Hari ahad adalah hari kaum selain islam beribadat....

    ReplyDelete
  3. Komen ug baik pasal kemelut kenaikan harga brg. Minyak dll https://m.facebook.com/tok.belagak.1?refid=52

    ReplyDelete
  4. https://m.facebook.com/tok.belagak.1?refid=52

    ReplyDelete
  5. abg hari 2 saya ada dapat petanda baik yg ada kait dgn CIMB BANK tapi sy agak kabur skit, ada apa bang dgn CIMB??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti nak kena melabor dengan cimb la hehe :)

      Delete