Saturday, 21 December 2013

THE PROMISED LAND :- UMNO NAZAK AKIBAT NAJIB

UMNO DAN KEPIMPINANYA  MEMERLUKAN
'CONSULTAN UNTUK PEMULIHAN'
TETAPI MALAIKAT MAUT  TELAH MENGHAMPI

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Enam puluh tujuh tahun adalah satu jangka waktu yang lama. Jika dibandingkan dengan umur manusia kemungkinan sesetengahnya telahpun 'ditalkin'kan. Begitulah umurnya UMNO jika dibandingkan dengan usia manusia. Sepatutnya didalam jangkahayat yang dikategorikan sebagai rumah kata pergi dan kubur kata mari, UMNO kini dilihat semakin 'nyanyuk' dan ' tidak berdaya' didalam perjalannya yang semakin meningkat umurnya.

Walaupun kini teraju utama UMNO merupakan generasi kedua dari legasi Tun Razak yang dilingkungi umur belum mencecah 60 tahun iaitu Najib Razak, tindak tanduknya dilihatkan seperti orang yang 'berpenyakit'. Penyakit bawaan beliau kini telah menjangkiti keseluruh komponen kepimpinanya samaada dalam UMNO begitu juga terhadap kengkawan sekatilnya iaitu MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain.

Rata-rata didalam usia manusia  yang  meningkat ini kebanyakannya 'berpenyakit', samada paras gula yang tinggi, tekanan darah yang tidak setabil atau ginjal tidak berfungsi dengan sempurna atau jantung tersumbat semuanya berada  diparas 'bahaya' . Kencing manis, penyakit buah pinggang dan jantung kebanyakannya adalah 'rakan' sekutu' bagi sesetengah manusia. Kemungkinan berasaskan 'genetik' atau 'permakanan' tidak seimbang atau 'disebabkan 'dosa' sendiri, hanya Allah SWT yang mengadili

Begitu juga dengan UMNO, pada usia begini bermacam-macam penyakit sedang 'melanda' pertubuhan tersebut. Penyakit 'gila kuasa' penyakit 'gila pangkat' penyakit 'tidak mahu berundur' penyakit 'tidak puas hati' penyakit aku saja yang betul, penyakit 'mesti dengar kata aku' penyakit mesti ikut'' penyakit takut bini pemimpin' dan yang amat ditakuti ialah penyakit tidak mahu dengar kata orang lain', INilah diantara beberapa penyakit yang 'menular; didalam UMNO ketika ini.

Sindrom 'aku peduli apa' atau 'ada aku kesah' terhadap kesusahan orang ramai bukan lagi keutamaan kepada pemimpin tertinggi UMNO, apa yang perlu dilakukan pemimpin hanyalah untuk ''membodek' dan 'membenarkan' salahlaku dikalangan mereka dan 'membela' pemimpin secara 'pukal' asalkan 'kedudukan' sendiri tidak 'terjejas'.

Kini orang ramai bukan lagi 'tolol' atau ' bodoh' seperti yang disangka UMNO. Orang ramai sudah berpendidikan dan bukan lagi berdiri sekadar 'melihat' segala kecurangan yang dilakukan pemimpin. Kalau dahulu hanya ruang akhbar saja menjadi rujukan tetapi kini alam siber menjadi medan rakyat untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan dan juga Parti Pemerintah. Segala salah laku kepimpinan dan kebodohonnya pemimpin dapat disaksikan secara 'online' tanpa berselindung.

Memandangkan orang Melayu kini sudah semakin terhimpit kehidupannya akibat dari dasar UMNO dan idea Najib, maka,bermacam-macam 'salakan' dari setiap penjuru negara sudah berbunyi. Kebanyakannya merasakan UMNO sudah 'kurang relevan' untuk memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu. Kalau sudah 67 tahun memerintah dan paras ekonomi orang Melayu masih lagi dibawah paras 'hidung' pada setiap bulan, kini, dengan pendekatan terbaru kepimpinan Najib yang mengenakan bermacam-macam kenaikan telah membuatkan ramai orang Melayu sudah mula merasai 'kelemasan' akibat salah takbir ekonomi olih Najib dan gerombolannya.

Suka atau tidak rakyat terpaksa 'berhadapan' dengan 'malapetaka' yang dicipta olih 'anak bangsawan' ini. UMNO tidak salah tetapi 'peneraju UMNO' dan 'rakan sekutu' dalam UMNO itu yang bersalah. Olih itu untuk merungkaikan 'kesalahan' yang mereka tidak mahu mengaku' ini, rakyat perlu membuat satu penilaian baru untuk meneruskan hala tuju untuk masa hadapan. Samaada Melayu bergabung dibawah PERKASA dan mencari satu titek pertemuan yang baru atau terus berada didalam UMNO yang tidak mahu berubah ini.

Kalau PERKASA sanggup menggalas bebanan bagi 'memperkasa orang Melayu serta Islam' eloklah orang Melayu dinegara ini berikankan sedikit 'pengharapan' dengan 'menyertai' Pertubuhan ini, orang Melayu perlukan pertubuhan yang 'lantang suara' untuk mengkritik 'segala salah laku UMNO dan BN demi orang-orang Melayu.

Apa yang dapat saya nyatakan, UMNO semakin 'nazak' dan kini 'sedang melalui proses' ICU atau 'bantuan mesin  jangka hayat" yang bila-bila bolih terhenti atau dihentikan.

                                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
                                                                   

2 comments:

  1. salam..

    PAS tak nyanyuk jugak ke..

    ReplyDelete
  2. ekeke dlu bila saya ckp suma kata sya gila hehehe
    sya ckp yg jadi pemimpin dgn ulama' skunk ni la orang yg paling jahat sekali tapi ta mau dgr

    ReplyDelete