Bismillahhirrahmannirrahim.
INSHAALLAH.
ALLAH SWT BERSAMA MEREKA YANG YAKIN DAN IKHLAS DIJALAN NYA.
Alhamdulillah semestinya saya adalah anak kelahiran Negeri 9, iaitu Rembau.
Segala sesuatu yang berlaku adalah diatas ketentuan Allah SWT.
Dia yang mengerakkan dan Dia juga yang mengilhamkan.
Alhamdullilah kerusi Parlimen Port Dickson telah dikosongkan.
Dan benar Anwar Ibrahim mahu bertanding diatas bendera N Sembilan untuk dirinya agar diangkat sebagai Perdana Menteri.
Itulah perancangan beliau berserta "kengkawan"nya.
Hanya kerana keinginan "hati" beliau serta kelompok beliau yang amat berkobar kobar yang tanpa dapat dibendung lagi olih sesiapa pun waima "rakan sepakatan"nya, dan merasakan bahawa lubuk Parlimen Port Dickson amat selamat untuk beliau bertanding maka tanpa rasa malu dan segan dan tidak ada "salam" terhadap " TUAN RUMAH" beliau " suka suka" memilih Port Dickson sebagai "tangga' untuk beliau kepersada kuasa.
Inilah sifat "kurang ajar" yang ditunjukkan olih kelompok yang mengejar kuasa.
Kerana merasakan kepedudukan orang bukan Melayu melebihi orang Melayu diParlimen tersebut dan merasakan orang bukan Melayu akan menyokong sesiapa saja tambah lagi Anwar Ibrahim yang akan bertanding atas ticket PKR mahupun Pakatan Harapan, maka, keselesaan, beliau rasakan berpihak kepadanya.
Tiada keinginan langsung hati ini mahupun diri ini untuk berjuang dijalan Allah SWT atas ticket" politik' tetapi kerana "watak" yang dihantar dinegeri ini bukanlah watak yang "sepatutnya" diangkat sebagai pengganti sebuah Ketua Kerajaan yang 'terpalit" keatasnya berbagai 'tuduhan" dan "skandal' yang beliau sendiri tidak berani "bersumpah laknat' demi membersihkan tuduhan tersebut maka terpanggil diri ini berusaha untuk 'menafikan" kemenangan tersebut.
Memandangkan Barisan Nasional dan UMNO mahupun PAS telah terpalit dengan berbagai kesalahan salah laku serta skandal' dan meyakini bahawa keberadaan parti mereka akan ditolak olih rakyat mahupun diPort Dickson maka saya.mengambil keputusan untuk "mencalonkan diri' atas platform "CALON BEBAS".
Tiada kemenangan melainkan atas kehendak Allah SWT Dan tiada istilah kekalahan melainkan setelah "bertempur".
Tanpa ragu. Inshaallah, saya akan memulakan langkah pertama dengan "mencalonkan diri" untuk bertanding dengan "watak" pilihan 'bakal Perdana "Menteri Malaysia ,iaitu Anwar Ibrahim".
Inshaallah, saya mohon kepada para sahabat mahupun kepada mereka yang mengikuti perjalanan blog ini samaada dalam negara mahupun diluar negara agar sudi untuk sama sama mengumpul dana bagi saya menyertai pilihanraya kecil Parlimen Port Dickson ini.
Jumlah pasti adalah :
Deposit calon Parlimen RM10,000
Deposit bahan kempen RM5,000
Kepada para para sahabat seperjuangan marilah untuk berserta dan bersama sama saya dalam mengharungi perjuangan ini.
Hanya dengan izin Allah SWT serta bantuan kengkawan dan para para sahabat saja yang mampu merubah segalanya. Yakinlah bahawa apa yang berlaku ini adalah perancangan' dan ketentuan Dari Nya.
Manusia berusaha Allah SWT menentukan.
Dan saya juga berharap agar UMNO mahupun PAS akan memberi laluan kepada saya dan berharap mereka tidak menghantar calon.
Bagi mereka yang belum mengenali saya silalah layari "Kisah kisah benar Cahaya Al Majid'.
Itulah diri saya dan itu lah perjalanan saya sebenarnya.
Inshaallah, untuk akaun pengumpulan dana bagi tujuan ini akan saya usahakan dalam waktu terdekat .
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid.
Assalam. .
ReplyDeleteSyabas dan tahniah
Hasrat tuan telah saya nyatakan dalam posting terbaru saya, semoga bertambah sokongan, viralkan.
Mungkin saya tidak mengenali Tuan secara dekat, tetapi saya yakin Tuan lebih baik dari orang yg bakal Tuan tandingi.
DeleteWsalam . Alhamdulillah. Semoga Allah SWt merahmati perjuangan INI.
ReplyDeleteIn shaa Allah. Aamiin.
DeleteSemoga Allah merahmatimu wahai sahabatku.
Tuan. syabas tuan. Walaupun sy bukan pengundi di situ, Saya akan sokong sekiranya sesiapa pun yg bertanding menentang si dia itu
ReplyDeleteSalam. Alhamdulillah.
ReplyDeleteKepala Butih kau Blogger bodoh.
ReplyDeleteKau tak layak gelar cahaya al majid kerana kau makhluk..yg bernafsu seperti syaitan.
Dah banyak kau rosakkan minda orang melayu dgn tulisan agama kau.
Semiga pembalasan drp Allah disegerakan ke atas makhluk durjana spt kau, jika tiada lagi pintu taubat dibuka utk menyedarkan hati kamu yg hitam pekat.
Lihatlah sahabat kamu Din Turtle..mampus kena heart attack...betapa banyak fitnaj yg dia keluarkan..
TUNGGU PEMBALASAN ALLAH AZZAWAJALLA KE ATAS KAMU...insyaAllah.
Salam. Semoga Allah SWT merahmati diri.tuan. Amin
DeleteDah Sememangnya Nama Saya bermula Dengan Norr Dan berbinkan Majid. Adakah itu menjadi kesalahan buat tuan?
DeleteUntuk anon yang mencerca: muutuu bighaizikum.
DeleteSaya pengundi di Pulau Pinang tetapi saya akan mendoakan kejayaan Tuan. Saya tak rela DSAI menjadi PM bumi Malaysia. Saya amat yakin, dalam 30 juta orang rakyat Malaysia, masih ramai yang jauh lebih baik, lebih wajar diangkat sebagai PM Malaysia.
DeleteKita berusaha, dia berusaha dan berangan-angan namun hakikat yg pasti Allah jua yang menentukan. Semoga Allah melindungi kita daripada ditadbir oleh DSAI dan orang-orang yang sehati dengan dia.... Amiiin...
Kepada pengundi PD, anda penentu masa depan negara. Pilih lah dengan sebaiknya... demi agama, bangsa dan negara.
Bagaimana saya boleh menyalurkan sumbangan?
ReplyDeleteSyabas sdr kerengge. Semoga dirahmati Allah.
DeleteSalam. Akaun pengumpulan dana Akan dilancarkan Dalam sedikit masa lagi Dan akan dipaparkan sibling ini. Inshaallah.
ReplyDeleteDiblog ini
DeleteSalam Jumaat sdr Al-Majid,
ReplyDeleteSemoga Allah memberkati niat ikhlas dan usaha saudara.
In shaa Allah saya akan menyumbang pada bab pungutan tersebut.
Salute dari saya, anak jati Pulau Mutiara.
Wsalam. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT merahmati perjuangan kita ini dan semoga kita diizinkan untuk kesatu lagi Prasa yg tidak kita jangka. Amin.
DeleteIn shaa Allah. Aamiin ya robbal-a'lamiin.
ReplyDeleteSalam tuan.semoga urusan tuan dipermudahkan.tahniah atas keberanian tuan.
ReplyDeleteWsalam. Inshaallah.Semoga doa saudara akan mengukuhkan lagi kekuatan diri ini. Alhamdulillah.
DeleteSaya juga akan menyumbang.
ReplyDeleteSemoga usaha tuan dirahmati Allah
Alhamdulillah. Semoga Allah SWT jua yang membalas segala kebaikkan puan. Amin.
ReplyDeleteSetan yg nak rebut bertanding, yg musohnya iblis. Eloklah anda kehadapan melawan setan n iblis. Insyaallah, sya sokong sekadar yg sy mampu.
ReplyDeleteInshaallah. Terima kasih atas sokongan.
DeleteKepado Anon 09.47 ,13 Sept. Ciri2 org munafik ado pado tuan. Org mcm tuan cenderung utk jadi pengkhianat pado Agamo dan Bangso. Tapi xpola, dunia ni jadi meriah dengan adonyo org macam tuan. Tahniah yo.
ReplyDeleteSalam. Tak mengapa din. Dia melakonkan watak yang disandangkan olih Sang Pencipta. Dia tiada pilihan.
ReplyDeleteKomen sdr Al-Majid amat tepat sekali walaupun ringkas. Mohon untuk menambah:-
DeleteBarangsiapa yang dikehendaki Allah fitnah ke atasnya, maka ia tidak memiliki apa-apa pun daripada Allah. Mereka itulah orang-orang yang tiada dikehendaki Allah untuk disucikan hatinya. Untuk mereka itu ketetapan apa-apa yang sesuai bagi mereka di dunia dan akhirat. Maka janganlah kita berdukacita di atas cercaan mereka dan jangan pula berputus asa. Pada akhirnya orang-orang yang berada di atas petunjuk akan muncul sebagai pemenang sedang kebathilan itu akan dilenyapkan.
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
Wallahu a'lam.
Terima kasih John Doe.
DeleteTahniah Sdr. Insya Allah saya Dan kawan2 akan sedia membantu dan menyumbang setakat termampu. Ameen ya rabbal alamin.
ReplyDeleteSalam. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT merahmati para sahabat sekalian. Amin
ReplyDeleteTruskan perjuangan tuan yo. Semoga tuan sentiasa dirahmati Allah. Salam dari Labu, N9.
ReplyDeleteInshaallah sahabat. Doa sahabat diperlukan.
DeleteAllah permudahkan segala urusan tuan..insyaallah..
ReplyDeleteSalam. Inshaallah.
Delete