Tuesday, 11 September 2018

THE PROMISED LAND:MAHATHIR DALAM KEBINGUNGAN

Bismillahhirrahmannirrahim.
KEBENARAN YANG PAHIT UNTUK DITELAN.
SEKADAR MENGINGATI!!!

Berbagai jurusan telah dilakukan namun satu persatu cubaan yang dilakukan olih Mahathir dilihat tidak menjadi malahan dilihat seakan akan memakan diri sendiri.

Mungkin kerana kealpaan  diri mahupun "tersasar" dari "landasan pilihan" yang disediakan olih Yang Maha Esa, tindak Mahathir mula menyesakkan laluan negara ini.

Kesilapan mahupun capaian keputusan yang dibuat terhadap campur tangan atau usaha terhadap"pengampunan" Anwar Ibrahim melalui kuasa atau " simpati"  Yang DiPertuan Agong  demi "kelangsungan' kuasa kini memakan diri.

Kerana "bisekan bisikan"syaitan yang "terngiang ngiang" ditelinga Mahathir tanpa terdahulu merujuk kepada Al Quran, maka, keputusan "pengampunan salah laku dan dosa" Anwar Ibrahim dikira "terhapus" atau " suci" walaupun mangsanya "belum lagi mengampunkan" dosa yang dilakukan.

Saiful , walaupun telah dicerca dan dituduh dari segenap penjuru, namun, keberanian beliau "bersumpah  laknat'  atas  nama Tuhannya iaitu  Allah SWT dimesjid, sekali gus telah "meletakkan" kebenaran akan segala tuduhan beliau terhadap Anwar Ibrahim.

Sedarkah anda wahai Umat Islam?
Allah SWT tidak akan sekali kali mengampunkan dosa sipelaku apabila dosa itu dilakukan terhadap orang lain melainkan terang dan nyata apabila sipelaku memohon keampunan dari simangsa mahupun dari keluarganya sekiranya mangsanya telah mati.

Bagaimana Allah SWT "akan" mengampunkan dosa Anwar Ibrahim terhadap Saiful?
Adakah "dosa" Anwar Ibrahim 'terampun" bilamana YDPA  juga " mengampunkan" beliau?
Atau...
Adakah  YDP Agong juga mahu membelakang "tuntutan" Allah SWT ".

Atau pernahkah Anwar Ibrahim diminta " untuk bersumpah laknat" demi "membersihkan diri dari tuduhan Saiful" olih  penguasa Agama mahupun olih  Dr Mahathir mahupun YDP Agong dalam proses " misi pengampunan" ini.?

Kalau agama Islam yang dikata  sebagai Agama Persekutuan mahupun Al Quran sebagai panduan tunggal dan pegangan resmi negara ini,. kenapa "tuntutan" ini diketepikan?

Sedangkan Nabi Lut dijemput olih malaikat untuk meninggalkan negerinya kerana "LGBT" berleluasa, adakah negara ini sanggup  " berperdana Menteri"kan pada "kaum yang sama yang disebut Allah SWT"?

Atau adakah YDP Agong dan Perdana Menteri Mahathir sengaja mahupun menjemput "kemurkaan " dan "Bala" Allah SWT?

Cahaya Al Majid.


9 comments:

  1. Yang mohon pengampunan - keluarga.
    Saiful dirayu bersetuju pengampunan - kenalan rapat.
    Kenapa Anwar sendiri tidak berbuat demikian?
    Apa jaminan sodomi tidak berulang lagi?
    Apa jaminan itu konspirasi?

    Pengampunan Diraja tidak cukup..
    Mesti PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia merancang dan Allah juga merancang.

      Delete
    2. Mohamad Hassan calon BN terbaik..PAS pasti setuju.

      Delete
    3. Barangkali kamu membenci sesuatu sedang ia baik bagi kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk bagi kamu.

      Saya berani katakan Anwar akan menang di PD, dengan komposisi kaum Melayu yang hanya ada 42%, Anwar memang sangat mudah untuk menang. Mat Hassan juga bukan lawan Nawar sekiranya medan tempur mereka adalah PD.

      Malah peluang untuk Anwar menang di PD jauh lebih cerah berbanding sekiranya ia bertanding di Permatang Pauh.

      Walaubagaimanapun sama ada kemenangan itu baik baginya ataupun sebaliknya hanya akan diketahui apabila masanya tiba.

      Delete
  2. Selepas kerajaan kleptokrasi Najib tumbang, tugas TUN dah selesai.. TERIMA KASIH TUN, Bina Semula Negara biarlah takdir ALLAH yg tentukan siapa2 yg layak. Kami sayang TUN,tak sanggup lihat TUN dihina lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr,

      Saya melihat tugas Tun belum selesai. Ia hanya akan selesai apabila zaman ini berubah daripada zaman fitnah ke zaman baru.

      Tun M juga masih punya satu pertempuran klimaks yang ia perlu lalui sebelum ia 'berehat daripada mengetuai apa-apa pertempuran lain'.

      Menjatuhkan Najib dan BN belum lagi klimaksnya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  3. TM telah membuat keputusan yang betul apabila memilih untuk bersekutu dengan DSAI yang merupakan de facto leader kepada PKR demi menjatuhkan BN pimpinan Najib.

    TM juga telah membuat keputusan yang betul apabila menerima syarat kerjasama yang diletakkan oleh PKR/Anwar iaitu supaya mereka membahagikan tempoh premiership kepada dua bahagian dan setiap seorang mengambil separuh. Ini adalah syarat Anwar-PKR dan untuk menjatuhkan Najib TM tidak punya alternatif melainkan untuk bersetuju dengan syarat ini.

    Ya benar DS Anwar adalah seorang bekas banduan yang didapati bersalah kerana meliwat dan dibebaskan melalui pengampunan diraja.

    Walaubagaimanapun kes DS Anwar adalah bersifat peribadi berbanding DS Najib yang ketika itu sedang merosakkan negara dan membuat kejahatan yang bersifat publik.

    "Kepetingan umum mesti didahului berbanding kepentingan peribadi", dan demikian "kejahatan peribadi lebih baik daripada kejahatan umum".

    Maka yang demikian apabila perlu memilih di antara seorang yang melakukan kejahatan peribadi dengan seorang yang melakukan pengkhianatan kepada umum maka pilihlah yang kejahatannya adalah lebih kecil. Tun M telah membuat pilihan yang betul.

    Selebihnya, serahkan kepada Allah sebab Allah juga mempunyai perancanganNya sendiri dan saya sangat-sangat yakin 'menjadikan seorang bekas banduan jenayah liwat sebagai PM Malaysia' bukan sebahagian daripada perancanganNya mahupun 'consentNya'.

    Berlainan dengan Najib, pengkhianatannya berlaku selepas ia menduduki jawatan PM dan ketika menaiki jawatan itu kekotorannya masih tersembunyi.

    Dan ingatlah juga, apa saja persetujuan di antara Tun M dan DS Anwar, ia tidak mengikat rakyat.

    Kalau dikatakan TM mesti berpegang kepada janji, maka DS Anwar juga mesti berpegang pada janji? Mampukah dia?

    Dengan izin dan kehendak Allah, Tun M akan kekal menjadi PM sehinggalah zaman ini berubah daripada zaman fitnah kepada zaman baru, in shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Dengan izin tuan blog,

    PER : MENJAWAB OLOK-OLOKAN KISAH PEMBAWA PANJI HITAM DI AKHIR ZAMAN.

    ---------------

    Kisah Pembawa Panji Hitam atau disebut juga sebagai Pemuda Tamim dengan gelaran Shuaib Bin Soleh bukanlah kisah dongengan sebaliknya ia adalah khabar nubuwwah. Menafikan kebenaran khabar nubuwwah ini adalah ibarat menafikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad saw sendiri. Sama seperti khabar mengenai Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

    Banyak hadith2 yang membicarakan tentangnya. Malah bagi setiap pengkaji hadith2 akhir zaman mereka akan mengetahui tentang khabar wujudnya lelaki ini. Khabar kewujudannya adalah bersifat mutawatir. Mutawatir di dalam ilmu hadith dan penyaksian adalah lebih tinggi darjatnya daripada sahih.

    Izinkan saya berkongsi beberapa hadith yang menceritakan tentang lelaki ini dan juga panji hitam. Harap maklum bahawa saya membuat salinan tetangnya daripada internet sahaja dan bukan dari sumber asal.

    Walaubagaimanapun sejak 17 tahun yang lampau saya telah pun mengetahui tentang lelaki ini melalui pembacaan daripada sumber tulisannya dan juga sumber asal hadithnya, dan hanya pada 2018 sahaja saya menemui jawapannya, iaitu ia adalah Tun Mahathir.

    Bagi mereka yang tidak mahu percaya Tun M adalah orangnya itu tidak mengapa. Walaubagaimanapun bagi mereka yang memperolok-olokkan kisahnya sebagai dongengan maka berhati-hatilah, anda sedang menafikan khabar nubuwwah.

    Berikut adalah di antara hadith-hadith tentangnya:-


    "تجيئ الرايات من قبل المشرق كأن قلوبهم زبر الحديد فمن سمع بهم فليأتهم فليبايعهم ولو حبوا على الثلج "

    "Akan datangnya panji-panji daripada Timur, hati-hati mereka adalah ibarat kepingan besi. Barangsiapa yang mendengar tentang mereka maka hendaklah mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji"


    "يخرج ناس من المشرق فيوطئون للمهدي سلطانه )

    "Akan keluar manusia dari Timur yang akan memberikan kekuasaan kepada Al-Mahdy"


    "عليكم بالفتى التميمي"

    "Ke atas kamu untuk bersama-sama dengan Pemuda Tamim"


    يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ، ثم ذكر شيئا لا أحفظه،  فقال: فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي

    "Akan berperang 3 orang di sisi khazanah (kaabah), kesemua orang adalah putera khalifah dan seorang pun tidak berhasil (menjadi khalifah Baitullah). Kemudian akan muncullah panji-panji hitam dari arah Timur, dan mereka akan membunuh (menewaskan) kamu dengan satu pembunuhan yang tidak pernah dilakukan oleh kaum lain (sebelumnya). Kemudian baginda mengatakan sesuatu yang tidak aku hafal, dan kemudian baginda berkata: apabila kamu melihatnya maka hendaklah kamu berbaiah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah, Al-Mahdi"

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      Ada pula kewujudan orang-orang yang memperolok-olokkan khabar nubuwaah sebagai kisah dongeng mahupun khayalan memang telah diberitakan di dalam AlQuran sendiri.

      Maka saya langsung tidak berputus asa dengan kejahilan mereka kerana apabila khabar itu benar-benar berlaku dan mereka ditimpa 'perintah Allah' (act of God), mereka tidak lagi mampu beralasan dan manusia akan berkata "sesungguhnya Allah tidak menganiayai mereka sedikitpun melainkan mereka itulah yang telah menganiayai diri sendiri."

      Di antara ayat-ayat AlQuran tentang golongan yang gemar menuduh khabar nubuwwah sebagai dongengan:-

      وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

      " Dan mereka berkata: (ini adalah) dongengan orang-orang purbakala, dimintanya supaya dituliskan, maka dibacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang" (Al-Furqan :5)


       إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

      "Dan apabila dibacakan ayat-ayat Kami, ia berkata; dongengan orang-orang pubakala" (Al-qalam : 15)


      وَإِذَا قِيلَ لَهُم مَّاذَا أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۙ قَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

      "Dan apabila dikatakan kepada mereka apakah yang diturunkan oleh Tuhanmu, mereka menjawab dongengan orang-orang purbakala" (An-Nahl : 24)

      Mudah-mudahan jelas bagi orang-orang yang mahu menggunakan akal dan iman.

      Wallahu a'lam.

      Delete