Monday, 10 September 2018

THE PROMISED LAND: 1440 HIJRAH. KITA BUKAN LAGI DIAMBANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

"AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA
TETAPI. TANDA KASIH PADA SEMUA"

Rambut sama hitam,perangai lain lain, darah sama warna kulit lain lain, itulah kejadian Allah SWT.
Walaupun rambut bolih ditukarkan warna namun ''uban" tetap putih.

Hari ini adalah 1Muharram tahun 1440 Hijrah.
Hari ini merupakan hari permulaan kepada segala kebangkitan, samaada kebangkitan kepada  yang baik mahupun mahupun kebangkitan kepada yang buruk.
Dua duanya sama naik, tiada perbezaan lagi.
Yang baik akan bertambah baik dan yang buruk bertambah hodoh.

Saya hanya menyampaikan secara umum saja.

Tahun 1440 ini adalah tahun permulaan "kebangkitan" yang dikenali  atau dipanggil sebagai 'ibu kepada segala ibu"kebangkitan.

Saya harap kepada mereka yang sedang menunggu mahupun  yang sedang mencari maka' perhatikan" hari hari yang ditempuhi dengan rapi.

Pola perubahan dunia pasti dapat dilihat secara nyata. Kiblat perubahan yang perlu diberikan perhatikan adalah dibumi Mekah, Madinah serta Jurusalem ataupun Baitul Mukaddis.

Gelombong haba hati hati Mukmin pasti "terkesan" dengan perubahan ini.
Samaada dapat diterima dengan hukum akal atau sebaliknya, hanya keimanan serta keikhlasan diri saja yang mampu "menilai".

Kejadian anih atau perkara luar biasa bukan lagi luar biasa kepada manusia.
Teka teki terkias akan terjawap.
Siapa menyahut dia terlepas, siapa mengeji pasti tercicir.

Hari hari "besar" bakal mengulangi.
" Aku menulis bukan kerana nama'

CahayaAl Majid.






5 comments:

  1. Dengan izin tuan blog,

    PER : MAHATHIR BIN MOHAMAD, KOD NAMA PALING TEPAT BAGI PEMUDA TAMIM (siri 1/3)

    ---------------

    Selamat menyambut tahun 1440H, tahun di mana mengikut kalendar Masihi, tempoh kemangkatan Sultan Abdul Hamid 2 akan jatuh ke tahun ke-101 (pada Februari 2019) dan Februari 2019 pula jatuh pada 1440H dan demikian dari telahan saya kemunculan mujadid terakhir umat ini sepatutnya berlaku pada tahun 1440H, bersempena tempoh hujung 100 tahun kemangkatan baginda sbg mujaddid terakhir zaman menggigit.

    Saya mohon izin untuk berkongsi penemuan terbaru saya di dalam siri mengenai telahan saya bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam (PPH).

    Bagi mereka yang gemar mencari jawapan peristiwa di akhir zaman melalui hadith2 Nabi saw, mereka sudah tentu tahu bahawa Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa PPH namanya ialah 'Shuaib bin Soleh' dan gelarannya ialah 'At-Tamimi'. Maka nama penuhnya ialah 'Shuaib bin Soleh At-Tamimi'.

    Saya memahami bahawa maksud Shuaib ialah 'bangsa kecil' dan maksud Soleh ialah 'baik'. Walaubagaimanapun ia telah dipersetujui oleh orang-orang yang mengkaji bahawa Shuaib bin Soleh bukanlah nama sebenarnya melainkan nama kodnya, dan saya melihat Mahathir Mohamad adalah nama yang paling tepat di sebalik nama kod ini.

    Saya telah beberapa kali berkongsi telahan saya bahawa Tun M adalah PPH. Saya ingin berkongsi ilham terbaru saya bahawa drpd sudut pandangan hikmah, nama Mahathir bin Mohamad itu adalah nama yang paling tepat bagi PPH yang telah dikhabarkan bahawa kod namanya ialah 'Shuaib Bin Soleh At-Tamimi'.

    Alasannya :-

    1. Semua hadith2 Nabi berkenaan lelaki ini menceritakan ia adalah daripada satu kaum dari Timur dan dari sebuah negara Islam di Timur. Saya melihat kaum yang dimaksudkan ialah 'Melayu' sedang negara yang dimaksudkan ialah 'Malaysia', maka ia adalah seorang 'Melayu Malaysia'. Melayu Malaysia singkatannya adalah MM, sama dengan singkatan nama Mahathir Mohamad. Tukarkannya kepada BI iaitu 'Malaysian Malay' singkatannya tetap MM atau kepada BA iaitu 'Malayu Malizi' singkatannya kekal sebagai mim mim yang sama bentuk dengan MM.

    2. Shuaib bin Soleh apabila dibuat singkatan ejaan rumi ialah SS. Saya masih ingat puluhan atau belasan tahun dahulu Johan Jaafar (pengarang Utusan Malaysia) pernah menulis di dalam ruangan pojok bahawa orang-orang yang memiliki 2 nama dengan pangkal huruf yang sama akan membuat nama mereka berbunyi menarik dan 'Johan Jaafar' adalah di antara yang memiliki kelebihan itu. Contoh lain yang ia berikan ialah Tina Turner dan Penny Parker. P. Ramlee yang punya kehebatan dalam seni dan irama juga telah memilih nama Ahmad Albab yang singkatannya ialah AA dan membuat nama itu kelihatan menarik berbanding 'Muhammad Albab'. Mahathir bin Mohamad dan Shuaib bin Soleh kedua-duanya turut memiliki kelebihan yang sama ini.

    3. Nama Mahathir pangkalnya ialah huruf M dan huruf Arabnya ialah Mim. Pangkatnya sekarang ialah Tun dan sering disebut Tun M. Dalam banyak perbualan saya pada hari ini saya dapati telah ramai orang yang mula memanggilnya sbg TM, singkatan untuk Tun Mahathir. TM apabila ditukar ke huruf Arab akan menjadi 'TA' dan 'MIM' dan bunyinya ialah Tamim.

    Nota : Ustaz Don pernah sebut Tamim ialah Ta dan Mim yang bermaksud Tanah Melayu dan ada yang menyerangnya dgn hebat konon ia tidak bersifat ilmiah. Ya betul, ia memang tidak bersifat ilmiah tetapi dari sudut hikmah ia tidak bertentangan. Apa akan berlaku kepada mereka apabila satu hari kelak Imam Mahdi muncul dan mengesahkan pemuda Tamim ini sememangnya seorang anak Tanah (Ta) Melayu (Mim).

    ReplyDelete
  2. PER : MAHATHIR BIN MOHAMAD, KOD NAMA PALING TEPAT BAGI PEMUDA TAMIM (siri 2/3)

    --------------------

    4. Di dalam AlQuran terdapat satu ayat yang turun menceritakan tentang satu perkara yang belum berlaku pada masa ayat itu diturunkan, iaitulah tentang satu kaum yang akan didatangkan oleh Allah untuk mengambil alih tempat satu kaum yang telah berpaling daripada jalan yang benar. Ini terjemahan ayatnya:-

    "Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang berpaling daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum. Allah mengasihi mereka sedang mereka mengasihi Allah. Mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman sedang mereka keras terhadap orang-orang yang kafir. Mereka berjuang pada jalanNya dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca. Demikianlah kurniaan kelebihan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah amat luas pengetahuanNya." (Al-Maidah :54).

    Sebelum PRU14 saya pernah membuat perbandingan bahawa kaum yang berpaling itu adalah mirip UmNo sedang kaum yang didatangkan itu mirip PPBM dan demikian UmNo akan digantikan oleh PPBM. Hakikatnya ialah selepas PM BN daripada UmNo ditumbangkan, PM PH ialah daripada PPBM. PPBM benar-benar telah menggantikan UmNo di dalam menjadi teraju pentadbiran negara ini.

    Saya juga telah membuat telahan bahawa Tun M memiliki ciri prihatin terhadap orang-orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang kafir pada isu Palestin-Israel iaitu isu yang menjadi puncak pertembungan di antara orang beriman dan orang kafir zionist. Selepas kemenangan PH yang diketuai Tun M, warga Palestin kelihatan gembira dan tanpa segan silu menyatakan sokongan dan malahan kasih sayang mereka kepada Tun M yang telah berjaya menumbangkan NR yang dalam kebanyakan hal dilihat pro-Israel.

    Saya juga telah membuat telahan bahawa segala caci-cerca yang dilemparkan kepada Tun M menunjukkan bahawa ia juga memenuhi ciri kedua iaitu 'mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca'. Di sinilah letaknya ketepatan nama 'Mahathir' kepada PPH kerana di akhir zaman ini tidak ada manusia lain yang menerima cercaan yang lebih daripada apa yang Tun M terima.

    Di dalam Bahasa Melayu, kalimah 'maha' bermaksud paling dan terhebat. Maka babi itu satu makian sedang 'mahababi' adalah makian paling dahsyat. Kutty adalah satu penghinaan sedang 'Mahakutty' adalah penghinaan paling dahsyat. 'Firaun' adalah satu tuduhan sedang 'Mahafiraun' adalah tuduhan paling dahsyat dan begitulah seterusnya. Maka nama 'Mahathir' telah menjadikan Tun M sebagai orang yang paling dahsyat menerima cercaan penghinaan dan tuduhan apatah lagi dalam setiap tuduhan, penghinaan dan cercaan itu ia dikaitkan dengan namanya dan malahan juga keturunannya.

    ReplyDelete
  3. PER : MAHATHIR BIN MOHAMAD, KOD NAMA PALING TEPAT BAGI PEMUDA TAMIM (siri 3/3)

    --------------------

    Biar saya belanja satu lagi info tentang relevensi kalimah 'maha' ini dengan Malaysia iaitu negeri di mana PPH akan muncul sebagai 'tanah yang dijanjikan' (sdr Cahaya Al-Majid menggunakan tema ini pada blognya Perjalanan Kedua iaitu 'The Promised Land').

    Saya pernah ceritakan bahawa khabar Nabi Daniel a.s menceritakan tentang peristiwa besar akhir zaman akan berlaku di sebuah Kingdom yang memilki 10 orang raja yang memakai 10 Mahkota berlainan dan dengan pertabalan Agong ke-15, Malaysia kini memenuhi ciri tersebut.

    Ada satu lagi khabar yang tidak kurang penting disampaikan tentang tanah ini, iaitulah di Kingdom ini akan berlakunya 'blasphemy'. Blasphemy pada pandangan saya ialah perbuatan menghina Tuhan. Ia boleh berlaku apabila Tuhan sebagai pencipta makhluk disamakan dengan makhluknya ataupun apabila ada di antara makhluknya telah disamakan denganNya.

    Di Malaysia Raja-rajanya bergelar Duli Yang Maha Mulia. Walaubagaimanapun kalimah 'Yang Maha Mulia' pada gelaran ini bukanlah blasphemy memandangkan ia menjadi qualified pada kalimah 'Duli' yang merujuk kepada 'raja daripada kalangan manusia'.

    Walaubagaimanapun pada hari ini 'pemangku Sultan' sebuah negeri telah memakai gelaran 'Yang Maha Mulia' tanpa meletakkan kalimah Duli di hadapan. Yang Maha Mulia tanpa kalimah 'Duli' dihadapannya adalah gelaran yang hanya boleh digunakan kepada Allah Yang Maha Esa. Maka demikian sifat 'blasphemous' Kingdom yang bernama Malaysia ini sedang berlaku.

    Seperti yang telah saya katakan, segala rujukan, perbandingan dan ilham saya menunjukkan bahawa khabar-khabar ini merujuk kepada Tun Mahathir, Putrajaya dan Malaya. Sesiapa yang tidak mahu percaya pun tidak mengapa, kerana saya hanya mahu berkongsi apa yang timbul pada ilham saya daripada pengamatan kepada dalil dan keadaan semasa. Memadailah untuk bersaksi bahawa saya telah pun mengatakannya.

    Sama ada telahan saya ini betul atau meleset hanya masa akan menentukan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Sdr Al-Majid,

    Ketika saya menulis siri mengenai 'MAHATHIR MOHAMAD, KOD NAMA PALING TEPAT BAGI PEMUDA TAMIM' saya masih belum membaca entry saudara.

    Apabila saya membacanya maka jelaslah ia sangat-sangat bertepatan dengan pendapat saya bahawa 1440H adalah 'tahun kejadiannya'.

    Selain itu pola dunia yang berlaku juga disebutkan oleh saya berkenaan bagaimana warga Palestin menyambut kemenangan PH yang diketuai oleh Tun M.

    Ya betul perhatikan keadaan dunia baik-baik. Pada tahun inilah, mengikut orang-orang yang mengira dan mencari, ialah tahun akan berlakunya kemangkatan seorang raja yang menjaga Baitullah, dan menyebabkan berlakunya perebutan kuasa 3 orang putera yang menyaksikan tiada siapa yang berhasil mendapat takhta tersebut.

    Pada tahun ini jugalah akan menyaksikan bagaimana Istanbul akan tumbang yang menyebabkan mereka perlu mencari 'penyelamat' baru dan akan menemuinya di 'Putrajaya'. Bagaimana tumbangnya Istanbul hanya akan jelas apabila ia telah berlaku.

    Dan akhirnya pada tahun 1440H inilah mengikut kiraannya akan berlakunya pertempuran klimaks di antara pasukan Panji Hitam dengan pihak lawan yang mana pada telahan saya ia akan berlaku melalui perisytiharan darurat yang menyaksikan karamah bertembung dengan daulat.

    Kita juga telah bersetuju bahawa ia akan berlaku di Putrajaya di mana dua pasukan masing-masing akan mendakwa ketua mereka sebagai yang berhak kepada jawatan PM dan akhir sekali pasukan Panji Hitam inilah yang diberikan kemenangan.

    Pembawa Panji Hitam adalah individu yang akan memasyhurkan khalifah umat sebagaimana MB memasyhurkan sultan masing-masing dan sebagaimana Perdana Menteri akan memasyhurkan Yang DiPertuan Agong. Maka di dalam perebutan itu yang dijanjikan akan memenanginya sudah tentulah pasukan yang diketuai oleh si Pembawa Panji Hitam ini.

    Saya tidak mengenali saudara Al-Majid tetapi saya percaya kita berdua mungkin telah ditakdirkan akan bertemu di medan tempur berkenaan sebagai anggota pasukan berkenaan sebab telahan kita semuanya sama pada perkara pokok dan sebarang perbezaan yang wujud hanyalah pada ranting.

    Saya percaya ada lagi di luar sana yang telah pun menerima ilham kejadian tersebut dan telah pun menerima 'firasat' akan berada di sana.

    Adakah kita berdua sebahagian dari anak kapal? 313/314? In shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Salam. Kalau Sultan Abdul Hamid Abd Majid Dari keturunan Dan berbangsa Arab telah diangkat sebagai "mujadid" seperti yang didakwa , takkan lepas NI pun bangsa Arab juga diangkat kembali. mana nak letak kedudukan dan keturunan Bani Tamim Yang semestinya berketurunan Dari Ibrahim a.s.dari jejalur Melayu Nusantara .

    ReplyDelete