Wednesday, 5 September 2018

THE PROMISED LAND: APA HALANGAN TERBESAR MAHATHIR!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ramai yang beranggapan bahawa kekangan mahupun halangan terbesar Mahathir untuk meneruskan ajendanya adalah dari kalangan orang UMNO mahupun BN .Tetapi semua itu hanyalah khalayan belaka.

Apa yang berlaku kini sememangnya telah dijangka olih Mahathir sendiri namun dalam erti kata sebenar, "perselingkuhan" antara Mahathir dengan "musuh' lamanya masih " terikat" .
Namun jerat sentiasa terpasang, hanya, menunggu Mahathir salah langkah saja.
Itu sebenarnya yang mereka nanti nantikan.

Walaupun dilihat mereka kini amat akrab sesama mereka namun PKR memainkan rentak berlainan berbanding DAP mahupun Amanah.

Kegopohan serta kecurigaan PKR dan pemimpin mereka terhadap tempoh "penyerahan"jawatan Perdana Menteri olih Mahathir kepada Anwar Ibrahim mula diperdendangkan dikhalayak ramai.

Ajenda "terancang" yang didodoi olih Ahli Parlimen Kapar serta Rafizi adalah "perancangan' yang bertujuan untuk mengendurkan Mahathir.

Namun disebalik keghairahan Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, halangan besar beliau adalah untuk memenangi PRK Parlimen nanti.

Segala ketakutan mahupun kegelisahan yang dihadapinya semakin memuncak akhir akhir ini.
Cubaan untuk menonjolkan diri dalam beberapa isu utama dijadikan batu loncatan bagi meraih populariti. Kalau dizaman refomasi dahulu sememangnya "sap sap soi' tetapi zaman dan era terkini segala kemungkinan tetap ada.

Walaupun beliau beriya iya ditambah dengan strategi menggunakan orang dalaman PKR bagi menunjukkan ketelusan beliau, namun, semua itu hanyalah "wayang tinggi" buat tatapan rakyat.

Anwar perlu akur bahawa selepas ini isteri beliau Wan Azizah bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Mahathir manakala peluang untuk Muhyiddin untuk sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat kukuh tetapi disebabkan Muhyiddin mengalami beberapa komplikasi kesihatan maka Azmin Ali adalah calon terbaik.

Tetapi kekangan  terbesar PH adalah siapa calon lain dari  PPBM mahupun Amanah serta DAP bagi mengisi jawaran TPM selain Azmin Ali.

Selain Mat Sabu, Lim Guan Eng mahupun sesiapa saja dari  PPBM untuk jawatan TPM siapa lagi yang berkaliber.
Dan apa pula kehendak rakyat???

Cahaya Al Majid.

4 comments:

  1. Woooww!!! tulisan Al Majid yg penuh ngan gambaran muslihat, perancangan sulit,tanda tanya..dan persoalan mendalam.

    ReplyDelete
  2. tak tahula.....Kun Fayakun.....Jadilah, maka jadilah.
    Tunggu perancangan Allah.

    ReplyDelete
  3. Walau ada 1001 halangan pun dengan izin dan kehendak Allah, pasukan Tun M akan kekal sebagai pemenang, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. PH akan berpecah belah apabila tun mahathir tidak lagi mnjadi PM..Sama Ada kerana peralihan kuasa atau pun meninggal dunia...hayat parti Bersatu juga mnjd tnda tnya

    ReplyDelete