Bismillahhirrahmannirrahim.
SIAPA.BAKAL KELAUT..
2 PRU sebelum PRU14, bermati matian PKR dan DAP berserta PAS berusaha sedaya upaya mereka untuk menumbangkan BN terutamanya UMNO.
Berbagai strategi dilakukan, refomasi lah, bergabunglah sesama mereka namun usaha itu tidak berupaya untuk menumbangkan BN dan UMNO.
Ada Anwar Ibrahim ada arwah Nik Aziz, ADA Hj Hadi, adaADA Kit Siang, Lim Guan Eng dan juga Karpal Singh, namun, yang berjaya digahkan hanyalah sebahagian dari kerusi Pulau Pinang dan Selangor saja selain Kelantan.
Kalau setelah lebih 10 Tahun mereka gagal,adakah mereka bolih mendabik dada terutama PKR mahupun DAP mahu mengaku bahawa kerana ''aura" mereka, mereka berjaya menumbangkan kerajaan BN mahupun UMNO?
Sedarlah!! yang berjaya dilakukan mereka hanyalah menumbangkan kerajaan pimpinan Najib dan BN saja. Kerana itulah impian mereka sebenarnya.
Kalau nak dipalitkan UMNO, UMNO masih lagi merupakan parti majoriti yang memenangi kerusi terbanyak berbanding parti parti lain.
Kini suara yang bernaung dibawa Pakatan Harapan diungguli olih PKR dan DAP manakala Amanah Dan PPBM atau Bersatu hanyalah sebahagian kecil saja dari Pakatan Harapan .
Hanya kerana "Mahathir" yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Pakatan Harapan maka, sebahagian undi Melayu yang " marah' kepada pemimpin UMNO dan mereka "beralih arah" untuk bersama Mahathir.dan PPBM, maka,.Najib dan BN berjaya ditumbangkan.
ADAKAH kerana faktor Anwar Ibrahim ke Mat Sabu ke mahupun LIm.Kit Siang sendiri yang "menjadikan" kemenangan ini sebagai satu realiti?
Dua tahun bukanlah satu jangka masa yang lama.
Fikirkan, adakah orang Melayu akan bersama Pakatan Harapan lagi sekiranya Mahathir bukan lagi Perdana Menteri.
Tambahan pula ura ura mahu Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
So..PRU 15....???
Cahaya Al Majid.
Benar bagai ape yg Tuan terfikirkan,selepas ketiadaan Tun M dalam PH..
ReplyDeleteSaudara telah menunjukan segala kemungkinan dan status kerusi umno berdasarkan PRU14..bukan selepas PRU14, bukan selepas segala kemungkaran didedahkan, bukan selepas Najib dihadap ke mahkamah.
ReplyDeleteJika PRU15 di adakan bulan depan, mampukah umno menang kerusi sama, kurang, lebih?
Siapa pun selepas Tun, Anwar atau Azmin, mereka masih pemimpin terbaik dan komponen PH ada seberkas pemimpin² yang mampu menguruskan negara terutama selepas tiga empat tahun menjadi kerajaan.
Umno ada? Pas ada?
Kepimpinan di sini lebih bobrok, engine² lama seperti zahid, annuar musa, ku nan sudah patut masuk bengkel, muzium.
Kerajaan PH kekal selagi mereka tidak berpecah dan umno akan relevan sekiranya bersama dengan salah satu komponen PH.
Yang terbaik umno dibubarkan. Generasi akan datang lebih mengingati umno dan najib dari segi korupnya, bukan jasanya.
Seperti Dato Onn, disebut sesekali.
Harapnya begitulah En KD, bagaimanapun ia banyak bergantung apa yg keluar dari mulut peminpin2 DAP, org melayu ni banyak sensitifnya..
Delete