Monday, 3 September 2018

THE PROMISED LAND: INILAH NILAI RM100 BILLION YANG DIKEJAR.

Bismillahhirrahmannirrahim.

BUKANKAH RM100.BILLION ITU PUN JUAL KERAKYATAN JUGAK!!!

Kalau sebelum ini hutang RM50 billion 1MDB telah dijaja dan dijadikan mimpi ngeri buat negara dan rakyat untuk menanggungnya sehinggakan Najib dan anggota BN serta UMNO dimangsakan rakyat .
Tetapi kini negara dihangatkan lagi dengan "niat' Mahathir untuk mengempur Johor pula berhubung pembangunan Forest City  setelah "tembok besar China" diKuantan diselesah beliau.

Ramai rakyat beranggapan bahawa pemergian Mahathir kenegara China komunis itu sebagai satu lawatan kegagalan dan ada diantara nitizen pula menyifatkan bahawa "press conference"  antara  Mahathir Perdana Menteri sebagai "satu penghinaan" kepada Mahathir.

Walauapapun video yang ditular itu "menjelaskan" apa sebenar yang diucapkan olih Perdana Menteri China itu.

Berbalik kita kepada isu Forest City Dan pelaburan yang dikata bernilai RM100 billion itu.
Ada kelompok yang mengatakan bahawa "pelaburan" itu adalah baik buat negara dan Johor dan ekonomi negara tetapi "benarkah" begitu?

Namun kebanyakkan mereka yang bersetuju dengan "statements" membenarkan "pembangunan' untuk warga China komunis ini majoritynya adalah dari kelompok bukan Melayu saja dan hanya segelintir  pemimpin Melayu yang berkepentingan saja yang bersetuju dengan pembangunan' ini.

Anda pula bagaimana?

Sebenar APAKAH "strategy' Mahathir ?

Tetapi pada pandangan  rakyat marhean mahupun rakyat Johor mahupun orang Melayu sendiri, apa yang ditawarkan kepada rakyat China komunis untuk membeli unit  kediaman Di Forest City adalah satu "malapetaka" sebenarnya.

Dengan jumlah 700 ribu unit kediaman tersebut sebenarnya akan membolihkan warga China komunis yang memiliki unit tersebut untuk mendapatkan status ' kerakyatan" Malaysia dimasa hadapan.
Mungkin sepuluh tahun mahupun 15 tahun yang akan datang nescaya isu ' kerakyatan" pasti menjadi buruan mereka.

Secara logiknya dalam tempoh 20 tahun lagi 700 ribu warga China Komunis tersebut  pasti akan berkembang biak dan menjadi 2 atau 3 kali ganda.

Namun adakah Sultan mahupun pemimpin politik ini sedar terhadap apa yang diimpikan olih pemerintah China Komunis sebenarnya?
Kalau dahulu mereka menempatkan puak mereka melalui "circle" diChina Townnya diserata dunia tetapi kini mereka telah melangkah kesatu tahap lagi,iaitu, melalui "pemusatan" warga.mereka.dikediaman "elit " yang sengaja dibuka buat warga China atas nama "pelaburan"?

Tidak terhidukah olih pemerintah negara ini terhadap  rancangaan yang "berselindung" disebalik nama " one road one belt" Kerajaan China komunis ini?

Satu hal lagi, Mahathir pun dah mula main tarik tali, sekejap bolih sekejap tak bolih.  Sekejap batal sekejap.tangguh.
Mana satu ni???
Hati Mahathir pun dah mula bolak balikkah?
Apa nak jadi ni???

Mahathir kena ingat, bukan semua keputusan beliau tepat.
Salah pilih "kemudharatan"  menanti.

Sebagai peringatan terhadap Mahathir, renunglah kisah Nabi Musa ketika mahu berguru dengan Khidir.
Semoga kisah tersebut dapat dijadikan pedoman olih beliau.

Cahaya Al Majid.








5 comments:

  1. As salam..
    Tidak ada satu pun keputudan itu tepat kerana manusia dan Tun sendiri bersifat baharu, tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan..

    Tepat atau tidak hanya diketahui selepas tempoh masa tertentu, hasil dan kesannya.

    Main tarik tali Mahathir (jika ada dan jika betul nilaian tersebut) adalah perang psikologi ke atas China bahawa dia tidak boleh menang semua pada semua masa semua keadaan kerana Malaysia walaupun kecil juga punya kuasa tertentu.

    Membuat keputusan mencegah kemudharatan lebih besar adalah lebih baik dari diam atau membiarkan.

    Keputusan² Mahathir inilah juga menyebameny ada pihak berkepentingan mahu segera Anwar ambil alih PM dari Tun kerana jangkaan Anwar lebih lembut, diplomasi dan mudah kautim.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Keputusan Mahathir mengkaji semula projek Forest City adalah keputusan yang sangat tepat. Tidakkah Raja/orang2 Melayu terfikir 700,000 tersebut akan berkembang biak menjadi 3-4 juta dalam masa 30-50 tahun mendatang dan akan menjadi majoriti rakyat Johor, DAP dengan kuasa politik mereka sudah tentu akan memaksa kerajaan untuk menerima mereka sebagai warganegara, sudah tentu kaum ini akan memonopoli segala ruang dan peluang yg ada di Johor? Kaum ini juga akan memiliki kuasa politik. Bila sudah menguasai politik sudah tentu lambat laum mereka akan meminta undang2 negeri Johor.
    Ingat orang2 China ini mempunyai perangai yang amat buruk, lihat sahaja di Sabah baru2 ini mereka hanya berseluar dalam pergi bershopping dan tiada pihak berani mengambil tindakan? Adakah kita mahu budaya hodoh ini berkembang biak disini? Insaflah dahulu pembesar2 kita membawa mereka kesini secara beramai2 untuk bekerja dilombong2 bijih, untungnya/kayanya hanya ketika itu sahaja, kini anak cucu orang Melayu pula diperintah dengan cara mereka. Kini orang2 Melayu/Raja2 Melayu hanya boleh memerhati tingkah laku mereka sambil mengetapkan gigi?

    ReplyDelete
  3. Contohilah Indonesia tanpa banyak pelaburan dari China negara mereka dapat berkembang dengan baik dan dan terus maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunku, anak raja Kedah telah menyelamatkan Malaysia apabila memutuskan untuk membuang Singapura daripada persekutuan ini disebabkan demografinya, dan demografi ini boleh berlaku sedemikian rupa kerana Sultan Johor pada masa itu telah menjual Singapura kepada British melalui satu 'one-off payment'.

      Kini, Tun M, seorang lagi anak Kedah sedang melakukan perkara yang sama. Mahu mempastikan orang-orang luar ini tidak masuk dengan begitu ramai dan menguasai satu kawasan khusus yang punya risiko untuk dipotong keluar pada masa hadapan di atas alasan yang sama mengapa Singapura telah dipotong keluar.

      Sangat setuju dengan pendapat bro KD bahawa Tun M tidak berbolak-balik sebaliknya berstrategi dan setakat ini setiap strategi Tun berjaya. ECRL, HSR dan malahan protiga menampakkan bagaimana akhirnya hasilnya ialah keuntungan yang berbalik kepada negara ini.

      Tun merancang dan berstrategi dengan berhikmah. Yang penting ialah hasilnya ialah faedah kepada negara. Sebab itulah Tun M sentiasa menang.

      Wallahu a'lam.

      Delete