Sunday, 6 October 2013

MALAYSIA YANG MENDATANG DAN WATAK YANG DITUNGGU!!!

SATU DEMI SATU BUMI ARAB TERGADAI DAN DIGADAI
BAHAGIAN SATU

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
                                                                                                                                        

     Tiadasatupun ayat atau kata-kata hebat 'ilmuan' didunia yang dapat  menetapkan  dimanakah dan bagaiman  permulaan kebangkitan'seorang watak'  yang benar-benar mengikuti ajaran yang dibawa olih Rasullulah s.a.w iaitu Muhammad bin Abdullah yang wafat . Walaupun beliau sudah  meninggalkan kita melebihi 1400 tahun dahulu tetapi penantian 'watak'  yang dinantikan yang  seringkali diperdebatkan masih lagi 'dicari-cari' atau 'ditunggu-tunggu' kehadirannya dan dimanakan  'bumi' yang dijanjikan akan kedatangan kali  kedua manusia yang belum lagi di'wafat'kan ini sepertimana firman Allah " masih dinantikan untuk melalui frasa terakhir sebagai manusia dan 'menyempurnakan' ajaran Kitabnya dan  'menbenarkan Al Quran bawaan Rasullulah s.a.w disamping untuk berhadapan dengan  Al Dajjal Al Masih '  :-

                  "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati" (QS. Ali 'Imran : 185). 

 namun didalam Al Quran Allah berfirman :- 
                                                                                                                                                   A157
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
(An-Nisaa' 4:157) |
                                             
                                                                                                                          A158
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:158) |  

melalui firman Allah SWT telah membuktikan bahawa Nabi Isa Putera Mariam telah diangkat.

Jika diambil perhatian, melalui Haith hadith yang tertulis samaada yang berbentuk sahih atau sebaliknya, perkabaran 'watak yang diwar-warkan' ia itu  'Al Mahdi" yang dinyatakan hanya menjurus kepada  perjalanan makhluk' tersebut. Dari mana asalnya beliau "didatangkan', kebanyakannya dijuruskan daripada 'bangsa' yang sebangsa dengan Rasullulah s.a.w. Sejauhmana kebenaran ini, belum dapat dibuktikan hanya  puak Syiah saja yang mendabik dada dan  'mengaku' bahawa 'penama' tersebut  datang dari 'kelompok bangsa mereka' atau keturunan mereka

Perlu diingat, Allah SWT telah mengangkat beberapa pemimpin besar dari kalangan atau keturunan bangsa mereka iaitu yang bersusur galur dari berbangsa Arab. Bangsa ini juga gagal d bersatu padu atau bersatu untuk 'keunggulan' Islam. Dikalangan mereka juga terdapat berbeza-beza pendapat yang 'memudaratkan' Agama Islam dan perkara ini berlarutan sehingga kini dan kita harus mengakui bahawa 'bangsa Arab ini terlau bersifat ego dan sombong serta mementingkan diri sendiri. Disebabkan sifat mereka yang bongkak dan angkuh telah menjejaskan 'intigriti dan maruah Islam' dimata bukan Islam  

Akhlak yang ditanamkan olih ajaran Rasullulah s.a.w tidak dipraktik seperti sepatutnya olih bangsa ini.. 

Adakah watak yang akan memimpin atau yang datang ini bersifat ganas serta mempunyai sifat keberanian yang tinggi seperti sifatnya bangsa Arab ? Apakah dengan sifat ganas seseorang itu dapat mnelembutkan hati orang ramai? Perlu diingat, hanya  watak yang 'sifat rendah diri dan budi berperkerti mulia' akan diangkat untuk memimpin umat manusia akhir zaman.

Mungkin ada yang tertanya kenapa saya mengutarakan  antara Malaysia dengan ayat Allah SWT tentang  Isa Putra Mariam diatas?

Mungkin manusia hanya mengatakan bahawa ayat ayat Allah hanya terdapat didalam Al Quran dan kitab-kitab terdahulu, tetapi sebenarnya Allah SWT pada setiap hari "melakarkan" ayat-ayatnya dimuka bumi ini, samaada kita menyedarinya atau tidak, hanya mata hati dan ilmu Al Quran saja yang dapat 'membuktikan'nya. Setiap yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita pada setiap hari itulah 'kata-kata' Allah SWT yang tidak kita perhatikan dan kita jadikan  iktibar. Kebenaran kata-kata Allah itu tertulis  didalam perjalanan setiap makhluk yang telah termaktub ' perjalananya" bagi  makhluk yang bernama 'manusia' dan  terditulis di 'Luh Mahfuz".

Al Hajj ayat 70
Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Laul Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.

Negara ini bukannya baru bermula dan bukan juga bermula diera Kesultanan Melaka seperti yang kita pelajari. Namun kita wajib mengetahui bahawa kependudukan awal manusia yang mendiami bumi Malaysia ini ialah kaum peribumi atau 'nativ'. Sewaktu kependudukan masyarakat 'peribumi' ini, masyarakat yang mendiami bumi bertuah ini tidak 'menyembah berhala mahupun  sesuatu ' tetapi masyarakat peribumi ini hanya 'percaya' kepada ketentuan alam semulajadi dan sehingga kini kepercayaan itu masih lagi berterusan sehingga kini. Tetapi diera kemuncak pemerintahan Kerajaan Melaka, agama Islam telah dinobatkan sebagai Agama resmi Raja dan mulalah Islam disebarkan kepada masyarakat seluruhnya.

Sungguhpun Hindu adalah pegangan terdahulu Raja Raja yang memerintah Melaka tetapi tiada satupun peninggalan bercirikan Hindu diabadikan , tiada kuil atau berhala didirikan tidak seperti di Indonesia terdapat beribu-ribu berhala atau kuil hindu didirikan olih Maharaja terdahulu. Olih itu secara resminya apabila Sultannya memeluk Islam maka bermulalah Islam sebagai ikutan Raja dan pembesar serta rakyat  dari dahulu hingga kini dan apabila Malaysia terbentuk Islam dinobatkan sebagai Agama Persekutuan dan  wajib diterima olih seluruh masyarakat seperti yang termaktub didalam dPerlembagaan Negara tanpa bantahan.


                                                      Bahagian Satu
                                         ikhlas dari :- Cahaya Al Majid




4 comments:

  1. sudah lama hamba menunggu posting sebegini.. keluarlah sekejap dari bayangan politik demokrasi.. dan tanah melayunini banyak lagi menyimpan seribu satu rahsia dan semakin hampir untuk diselesaikan..

    ReplyDelete
  2. Inshaallah..maaf kerana terlalu leka memerhatikan 'gelagat' anak anak bangsa 'mim' .

    ReplyDelete
  3. melayu banyak suku
    tapi aku tergelak la bila satu2 suku mengaku hanya suku mereka saja yang melayu yang lain suma kayu, ades

    ReplyDelete