Wednesday 2 March 2016

THE PROMISED LAND : MUHYIDDIN...ALANG ALANG SUDAH DILUDAH

Bismillahhirrahmannirrahim.

   ESOK MUHYIDDIN BAKAL MELIBAS
          UMNO BAKAL TERCANTAS.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama tetapi apabila hati telah mati dibunuh rakan sendiri maka demi maruah dan harga diri pasti diperangi.

Semaunya sekalian pemimpin UMNO telah dikutip oleh Najib dan diberikan kedudukan serta jawatan samaada dalam Pentadbiran mahupun dalam UMNO.

Seperti Salleh Keruak dan Rahman Dahlan , mereka.ini  diterbangkan terus dari Sabah dan didudukkan sebagai Menteri mengikut cara jalan belakang ( Salleh Keruak) dan begitu juga dengan Nazri Aziz dan Fuad Zakashi, mereka ini dilantik oleh Najib aka Presiden UMNO untuk kedudukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan dalam pertandingan jawatan MKT pun mereka kalah.

Tapi yang terlebih malang dan yang terlupa cermin diri adalah Fuad Zakashi, dahlah kalah pada PRU 13 tapi lagak dia melebih lebih pulak. Kalau bercakap dialah yang terlebih arif.

Semenjak Muhyiddin digantung tak bertali oleh UMNO, semua juak juak penglipurlara Presiden UMNO , menuding jari kepada Muhyiddin dan tak ketinggalan Shafei Afdal. Dan kini juak juak Najib mula mencurah api kebencian terhadap diri Munyiddin dan Shafei Afdal.

Rencah tuba baru sangaja dibubuh. Nazri Aziz sekali lagi mencucuh api dengan mendakwa bahawa Muhyiddin dan Shafei cuba menyahkan Najib sebagai Perdana Menteri dan mereka berdua Muhyiddin dan Shafei dituduh pula inginkan jawatan PM dan TPM pula. Tidakkah cara Nazri ini sebenarnya mahu memporakperandakan ahli UMNO sendiri atau adakah Nazri mahu dilihat lebih berkaliber  berbanding Annuar Musa ataupun Teuku Nan.

Luka didalam hati Muhyiddin dan Shafei Afdal tiada siapa yang nampak  dan sebagai manusia pasti hati dan perasaan mereka terkesan dengan lolongan mulut mulut orang yang mencari rangking ini. Watak yang paling ketara menentang musuh Najib adalah Nazri Aziz.  Setiap hari akan ada saja isu yang angkat. Nama nama yang popular seperti  Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah favouritenya. Perhatikanlah..

Kepada Muhyiddin ambillah iktibar. Tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi dalam UMNO itu. Ingatlah pemimpin Pertubuhan itu sudah jauh menyimpang jauh dari tujuan asal. Bukan masanya lagi dah untuk mengingati kisah kisah lampau dan bukan lagi masanya untuk play safe.

Kali ini kena " go for the kill " buktikan diri itu pejuang dan ahli politik matang. Jangan kerana namanya UMNO awak takut untuk menentang balik. Lakukanlah demi maruah dan harga diri. Biar dipandang hina dimata Pemimpin UMNO asalkan dimata rakyat dan anak anak muda , awak akan dikenang sepanjang zaman.

Biarlah beberapa kerat pemimpin UMNO itu menyumpah kamu tetapi dihati orang Melayu dan Islam, doa mereka tetap bersama anda.

                  Cahaya Al Majid




6 comments:

  1. Kena adil ketika menilai...diludah adalah perbuatan kena ludah..bagaimana perbuatan ini berlaku.. (1) diludah kerana bukan diminta (2) diludah kerana minta diludah..(3) terludah..so sendiri fikir la lah mengapa sampai kena ludah

    ReplyDelete
  2. Penulis bukan diri Muhyiddin tetapi sekiranya diperlakukan seperti Muhyiddin..renung kembali kisah Nabi..kenapa Nabi sendiri pergi berperang..boleh je Nabi mohon kat Allah swt tetapi kenapa beliau sanggup mengangkat pedang?

    ReplyDelete
  3. Penulis bukan diri Muhyiddin tetapi sekiranya diperlakukan seperti Muhyiddin..renung kembali kisah Nabi..kenapa Nabi sendiri pergi berperang..boleh je Nabi mohon kat Allah swt tetapi kenapa beliau sanggup mengangkat pedang?

    ReplyDelete
  4. Muhyiddin pun bukan bersih dalam Parti..macham Mahathir kayakan anak2 dia dan kroni..Najib kayakan diri dan kroni dia. Muhyiddin apa kurang permainannya ..di atas sana banyak wang dan projek..manusia hilang pertimbangan..hasil usaha yang jijik melalui salah guna kuasa merajalela...Mereka ini semua badut2 munafik politik yang "the mean justifies the end"..dulu keluarga Anwar maki Mahathir. .sekarang bersekutu nak jatuh Najib..hati2 tuan..BTW bila lagi 313 orang nak join Imam Besar bertemu Putera Mariam dari Baitul Laham yang tulen? Wadah dah tersedia di Shams ..ayo

    ReplyDelete
  5. Kena ikut rentak. Dalam kekaburan dan kekalutan yang direncanakan pasti akan ada lelubang cahaya .Cuma siapa alpa atau terlepas pandang maka selama dia dalam kerugian.

    ReplyDelete
  6. Sebab itu Islam mengajarkan kita menjadi insan yang banyak mengingati Allah. Lupa Allah, lupa diri....

    ReplyDelete