Tuesday 1 March 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA LEBIH BERKUASA SEKARANG?

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH PIHAK ISTANA DAN RAJA RAJA JUGA TERLAKLUK DIBAWAH
RANG UNDANG UNDANG MKN INI ?

Kalau dahulu setiap inci tanah negara ini sekiranya dicerbohi oleh petualang atau musuh negara ataupun terdapat anasir anasir yang didapati ingin menghuruhara negara ini maka pengistihran untuk mewartakan samaada ianya adalah 'zon keselamatan" adalah dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong. Tetapi semua itu sudah tidak terpakai lagi apabila Rang Undang Undang Baru MKN telah diluluskan oleh Parti Pemerintah melalui kelulusan 107 orang Ahli Parlimen yang mewakili Parti Pemerintah walaupun terdapat 77 orang Ahli Parlimen Pembangkang menentangnya.

Dari apa yang dapat dirungkai dan melihat secara detail rang undang undang ini ,maka  kuasa MKN melalui Pengerusinya iaitu Perdana Menteri diberikan  kuasa sepenuhnya untuk menguatkuasakan Akta tersebut, Kuasa Perdana Menteri meliputi semua kawasan didalam negara termasuklah Istana Istana dan Institusi Raja Raja Melayu.

Untuk itu perlu diingat bahawa sekiranya terdapat suara suara sumbang dari pihak Istana yang condong untuk tidak bersama Kerajaan Pemerintah atau bercita cita untuk melumpuhkan institusi Perdana Menteri mahupun masuk campur dalam hal hal politik serta pentadbirannya yang dikira sebagai mengugat keharmonian dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pemerintah, maka, Rang Undang Undang ini boleh diaplikasikan terhadap Institusi Raja tersebut dan Perdana Menteri berhak untuk mewartakan sesebuah kawasan Istana tersebut sebagai 'zon keselamatan atau zon bermasaalah".

Melihatkan akan kecelaruan politik masa kini terutama yang melibatkan Parti Pemerintah iaitu Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO sedang berkocak dan Perdana Menterinya diselubungi dengan berbagai skandal serta perpecahan telah berlaku dalam pertubuhan mereka maka peluang untuk mereka mengungguli atau menang pada PRU 14 amatlah diragui . Oleh itu satu pendekatan untuk membatalkan rang undang undang MKN ini perlulah ditangani dengan segera..
Untuk itu disarankan kepada Pemimpin Pemimpin Politik dan  Kerajaan Pemerintah mahupun Institusi Yang Dipertuan Agong agar menilai semula kekhilafan ini demi masa depan Islam dan Melayu. Keburukanya lebih banyak berbanding kebaikan.

Fikirkanlah....sebelum terlambat.

p/s : Kerana Menegur Ahli Politik ini dihemburkan :-

        Nazri Aziz sendiri selaku Ahli Parlimen berbangsa Melayu sanggup mengugut untuk  

        untuk membelasah Bakal Raja inikan pula apabila bukan Melayu memegang kuasa.    

        Hari ini Sultan Perak Raja Nazrin juga telah meluahkan kekecewaan tentang berleluasanya

        rasuah. Tidakkah ini juga ditujukan kepada orang Politik ? Siapa makan cili pasti terasa pedas             nya.

Antara lain :-

Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.

Antara hujah keika perbahasan pembangkang adalah bahawa rang undang-undang itu menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

ADAKAH TINDAK TANDUK RAJA RAJA SERTA SEISI ISTANA TERANGKUM DALAM AKTA INI?

Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.
Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.

No comments:

Post a Comment