Wednesday 16 August 2017

THE PROMISED LAND: UMNO DAN PAS MASIH MENGUNGKIT MEMALI???

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah silam melebihi 20 tahun masih lagi dijadikan isu, walaupun rakyat telah melupakan atau meninggalkan kenangan silam itu.

Tetapi disebabkan kes itu terjadi diera Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tambahan pula  kini Dr Mahathir merupakan pencabar serta pesaing  kepada UMNO dan PAS,  maka segala apa yang dirasakan tidak menepati "rasa gundah gulana" mereka , maka "mengcungkil" kisah silam seperti "kerugian FOREX" dan ' isu Memali", dipentaskan semula demi kepentingan kesinambungan politik masing masing.

Memandangkan kekecohan berlaku dalam forum Nothing to Hide yang dikata berpunca dari soalan mengenai Memali yang telah dijawap Dr Mahathir, yang tidak menepati kehendak pihak tertentu ,maka sekali lagi Hj Hadi bersuara seolah olah ketetapan SOP pihak Polis melebihi batas dan kuasa dan sekali gus  mahu meletakkan kesalahan tersebut dibahu Dr Mahathir.

Nampaknya pemimpin UMNO mahupun PAS tetap mahu memalitkan isu ini terhadap diri.Dr Mahathir.

Namun bagi mereka , samaada Musa HItam yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri iaitu dari UMNO mahupun  Hj Hadi dari PAS , mereka tetap tidak mahu memikul tanggungjawab ini sebaliknya tetap mahu menyalahkan orang lain.

Sebenar nya  "amanat Hj Hadi" itulah punca segala galanya namun untuk beliau mengaku kesalahan sehingga  kehilangan 48 nyawa , amat jauh sekali.

Ingat lah Allah SWT Maha Adil, setiap perbuatan kita pasti diadili seadil adilnya. Cuma balasan Allah SWT itu, cepat dan lambat saja , kalau mengikut waktu manusia.
Namun pembalasan Allah SWT adalah pasti.

Saya selalu pesan kepada semua, jangan sampai Allah SWT membayar kesalahan kita melalui orang yang kita sayang. Contohan telah banyak berlaku disekeliling kita.

Nampaknya mereka mereka yang diamanahkan olih rakyat untuk melindungi hak rakyat rupa rupanya telah bertukar wajah. Bukan saja hak rakyat yang di dambakan malahan hutang yang mereka cipta pun diletakkan diatas kepala rakyat.

Inilah wajah dan rupa pemimpin Islam kini, apabila kuasa seakan akan terlepas dari tangan maka apa saja yang tidak terkenan dihati maka mengungkit ,menjaja cerita dan bersubahat dijadikan amalan.

Cuba kita renung, kenapa tangan Dr Mahathir tidak terlibat dalam isu Memali seperti yang dimahukan PAS, kenapa isu Forex juga beliau tidak tersentuh secara langsung, begitu juga dengan kes BMF, kenapa Allah SWT tetap memelihara keberadaan beliau.
Adakah kerana Dr Mahathir terlalu hebat dalam merancang seperti yang beliau ingin kan?

Jawapannya, apabila kita ikhlas dalam memegang amanah, InshaAllah, Allah SWT akan melindungi kita.

              Cahaya Al Majid










2 comments:

  1. Assalam,
    Hebat tuan.

    Siapa makan nangka, dia yang kena getah.
    Allah cipta setiap perkara dengan sempurna.

    ReplyDelete
  2. hutang darah dibayar darah hutang nyawa dibayar nyawa
    siapa ketua pemerintah dikala itu dia bertanggung-jawab
    kalo tangan kamu yg mencincang bahu kamu yg memikul dosa2
    jangan lagi tuduh orang jangan lagi kambing-hitamkan orang..

    ReplyDelete