Tuesday 15 August 2017

THE PROMISED LAND: MANUSIA SENTIASA DALAM KEKELIRUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

   "TERLUPA CERMIN DIRI"

Isu Memali dijadi kan alasan untuk menutup ajenda sebenar olih pihak yang dalam ketakutan .

Kebangkitan serta keberanian rakyat yang dipimpin olih Dr Mahathir dalam menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran yang dilakukan olih Kerajaan BN dan UMNO mula "menyula" setiap rongga Pemimpin parti pemerintah.

Menyanggah dengan ketiadaan fakta keatas segala tuduhan atau dakwaan yang ditujukan kepada Pemimpin UMNO terutama terhadap Najib dan barisan kepimpinannya dilihat gagal dijawap dengan kebenaran .

Jawapan mahupun penerangan yang diberi olih Pemimpin UMNO mahupun olih Najib sendiri juga  tidak menyakinkan, malah mengelirukan.

Ketidakberanian Najib menghadiri diri dimajlis Nothing to Hide  mahupun untuk menghantar wakil peribadinya sebagai wakil dirinya mahupun dari Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi menyahut cabaran Dr Mahathir telah menyerlahkan kebaculan dan ketakutan mereka.

Dari dapatan serta perkara yang berlaku, sememangnya kekecohan itu dirancang sepertimana "api suar" yang diguna.

Tidakkah ini menyerlahkan lagi bukti bahawa "menyorok" dan membakar "suar" bagi  mendatangkan kekecohan sememangnya dirancang.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk " merosakkan majlis".

Walau apapun, 'rancangan' yang tidak beretika itu telah memberi satu impak negatif terhadap UMNO dan juga terhadap kepimpinan BN dan sekali gus menaikkan lagi rating Dr Mahathir dimata rakyat dan Pakatan Harapan.

Bagi sesiapa yang merancang "plan" tersebut ternyatalaj bahawa  'senjata telah makan tuan"

Berhubung STATEMENT Pemimpin PAS yang menyalahkan Dr Mahathir tentang peristiwa Memali 33 tahun dahulu janganlah bertepuk tangan dan mendabik dada.

Hj Hadi serta pengikut PAS perlu bermuhasabah diri .

Kalau PAS masih lagi tidak mahu bergerak kehadapan dan tidak mahu melupakan peristiwa itu,  elok lah Ahli Pas mengimbau atau menilai semula  'Amanaat Hadi' tahun 1981.

Sedarlah Hj Hadi, manusia kebanyakkannya akan teruja dengan kata kata pemimpin terutama kalau ada sisip sisip agama dan syurga.

Kerana kata kata anda atau amanat andalah telah membuatkan jiwa jiwa yang songsang telah 'teracun" maka keberanian Ibrahin Libya dalam memerangi kerajaan dengan keganasan  buat mereka bukan lagi satu kesalahan. Itu lah yang terjadi.

Tiada guna menuding jari kearah orang lain, lihat diri sendiri dan bertaubatlah selagi ada kesempatan.

Mengaku kesalahan sendiri adalah terlebih mulia dari menyalahkan orang lain.

               Cahaya Al Majid











No comments:

Post a Comment