Thursday, 3 August 2017

THE PROMISED LAND: RENUNGAN JUMAAT :ASAL USUL DAN BANGSA

Bismillahirrahmanirrahim.

BOLIH KAH KAMU MEMILIH IBU-BAPA?
BOLIHKAH KAMU MEMILIH BANGSA KETURUNAN?
BOLIHKAH KAMU MEMILIH KELUARGA
PUTIH ATAU HITAM???



Apa bezanya ungkitan ungkitan ini diantara " nabi dari bani Israel " dan " nabi dari kaum Arab Kuraish". Ada perbezaan ke?

Manusia kena selalu bermuhasabah diri, ingat kan diri bahawa, ibu bapa, keturunan, warna kulit dan juga agama kelahiran tidak bolih kita dipilih, semua itu adalah ketentuan Yang Maha Esa, Ya Rabb.

Kalau dahulu apabila Nabi Muhammad dilahirkan, menerima wahyukan dan dipilih sebagai Nabi dan Rasul maka seluruh pelusuk Bumi Arab termasuk kaum Bani Israel memperlekehkan diri Rasullulah saw.

Kelompok yang ada termasuk bangsa Arab juga memperlekeh kan keturunan Baginda. Tetapi bagi  Bani Israel pula mereka tetap mempertahankan kepercayaam mereka bahawa Nabi dan Rasul yang datang mesti dari kaum mereka saja. Maka itu lah yang menjadi perbalahan sehingga kini.

Menolak ketentuan Tuhan dan siapa pilihan Tuhan dijadikan senjata untuk memerangi sesuatu kaum. Itu lah yang terjadi sehingga kini.

Apakah keturunan dan  bangsa itu menjadi ukuran buat Yang Maha Esa?

Adakah kita akan mengungkit keberadaan Nabi Nabi dari Bani Israel ?

Cuba tanya diri, kenapa Allah SWT tetap mengangkatnya Musa a.s sebagai Nabi walaupun Baginda telah melakukan kesalahan besar iaitu membunuh. Adakah keluarga dari " mangsa itu " memaafkan' kesalahan beliau?

Tetapi sebagai umat Islam dan yang beriman dengan Al Quran kita wajib mengimani setiap ayat yang difirmankan Olih Allah SWT dalan Al-Quran bukan?

Kenapa?

Sebab hanya Allah SWT saja yang mengetahui perancangan Nya.

Olih itu jangan kita mempelekehkan asal usul atau bangsa sesuatu kaum kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah SWT selanjutnya.

Apa yang perlu kita tegakkan adalah kebenaran dan yang kita wajib perangi adalah kemungkaran.

Bersekutu dan bersubahat dengan kemungkaran, amatlah dibenci Allah SWT.
Olih itu sesiapa saja yang melindungi kemungkaran maka tergolonglah mereka dalam kelompok yang wajib diperangi, samaada melalui tangan, kata kata mahupun hati.

Kalau masih ramai yang tidak memahami ayat ayat Allah SWT seperti firman-Nya dalam Al Quran, maka, aku memohon agar diri ini dilindungi dari "laknat" Allah SWT.

                 Cahaya Al Majid






2 comments:

  1. Siapa sebenarnya Nabi? Yang matikah menjaga yang hidup?

    ReplyDelete
  2. Salam unknown. Firman Allah SWT dlm Al Quran telah disebut nama nabi nabi dan didalam kitab terdahulu pun dinyatakan siapa kah nabi nabi itu. Nabi dan Rasul yang wafat pun tidak akan menjaga yang hidup. Yang hidup hanya Allah SWT. Manusia cuma rasa hebat bila jasad dan roh bersatu.kerana Bila berpisah nya jasad dan roh maka mereputlah tanah yang dibentukkan itu.

    ReplyDelete