Thursday 17 August 2017

THE PROMISED LAND: JANGAN SAMPAI DIRI SENDIRI TERLAKNAT!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

MAHATHIR YANG DAPAT ILHAM
              TETAPI
PENGGANTI YANG MANGHANCURKAN

Mengungkapkan kebenaran amat pedih untuk ditelan. Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima olih semua orang, walaupun hati dan fikiran selalu dalam bersalahan.

Cuba timbang dengan keluhuran serta keikhlasan hati masing masing.

Semua pemimpin mengaku bahawa mereka adalah pilihan dan hanya melalui ketentuan dari Allah SWT saja yang menjadi asbab buat mereka untuk terpilih sebagai pemimpin tetapi adakah mereka ini benar benar kelompok yang benar benar mendapat "hidayah" dari Allah SWT?

Kebelakangan ini banyak sangat "keburukan" Dr Mahathir diangkat walaupun kebanyakan dari nya hanyalah himpunan himpunan "rasa ketakutan" terhadap kelantangan beliau.

Bukan UMNO saja yang merasakan kepanasa bawaan Dr Mahathir  malahan parti PAS yang mengaku " menjulang Islam mengikut selera Presiden"  juga merasa bahangnya.

Bagi memudahkan untuk semua menghadam kisah lama , mari kita timbang peristiwa ini dengan hati dan akal yang sempurna.

Kenapa Dr Mahathir merancang "Malaysian Dawn Raid" 4 BULAN selepas dilantik menjadi Perdana Menteri. Hebat sangat kah beliau?
Jawapan nya tidak. Tetapi kerana sifat dan rasa tanggungjawab terhadap harta negara yang diambil olih British sewaktu era PENJAJAHAN maka merampas kembali secara sah perlu dilakukan. Dan kini semua tanah harta milik Guthrie adalah milik negara.
Tidak pulak kita dengar bahawa tanah beribu ekar ini dipindah milik kepada keluarga beliau!!!
Adakah apa yang beliau lakukan ini untuk kepentingan diri beliau???

Telah banyak kali isu Memali diulang ulang. Tetapi berapa ramai yang sanggup menerima hakikat dan kebenaran??
Adakah perjalanan Dr Mahathir ke China sehari sebelum kejadian Memali itu tidak dirancang seawalnya.

Bukankah perjalanan seseorang Perdana Menteri aka ketua negara  atau Dr Mahathir itu telah dirancang berbulan bulan sebelum kes Memali .Dan bukan nya ad-hoc.

Telah menjadi amalan bahawa apabila Perdana Menteri membuat lawatan luar negara agak lama maka melantik Pemangku Perdana Menteri.bukan perkara baru. Dalam kes Memali Musa Hitam adalah Pemangku PM. Adakan kita masih mahu menuding jari kearah Dr Mahathir lagi??

Dalam.dua kes dibawah kenapa Dr Mahathir masih lagi mendapat rahmat Allah SWT?

Kes Guthrie Allah SWT mengizinkan perancangan Dr Mahathir.

Kes Memali , asbab ketentuan Allah SWT adalah " perjalanan Dr Mahathir ke China" dan " perlantikan Pemangku PM".
Tidakkah Allah SWT masih lagi melindungi Dr Mahathir?

Dalam perebutan kuasa sehingga UMNO diharamkan, kenapa, Allah SWT tetap memenangkan Dr Mahathir dan tidak Tengku Razaleigh.
Adakah kita ingin menafikan bahawa kemenangan ini bukan Allah SWT?

Dalam kes serangan mata wang negara. Anuar Ibrahim sedia menerima Imf sebagai agen Penyelamat tetapi tidak kepada Dr Mahathir.
Kenapa Allah SWT tetap mengilhamkan ke Dr Mahathir bahawa " menambat matawang' adalah jalan keluar atau penyelamat. Walaupun Bank Dunia dan Pemimpin Luar meraguinya..Tetapi..Akhirnya .. TINDAKAN Dr Mahathir adalah benar.

Kenapa.kebenaran ini tidak diangkat????

Perhatikan kebanyakkan apa yang dibuat Dr Mahathir amat bermenafaat buat rakyat dan negara dan amat jauh sekali beliau akan mendahulukan kepentingan keluarga sendiri.
Apa.yang dilakukan adalah untuk bangsa agama dan negara.

Bersambung :-
Apa.yang diusik Najib adalah malapetaka

              Cahaya Al Majid




1 comment:

  1. Setiap kali mereka mencincang Tun, tiap kali itulah juga mereka yang lumat.

    Sampai ke hari ini Zahid ke sana ke mari tanpa kemaluan akibat cuba memburukan Tun.

    Mana ic biru dan rakaman?

    ReplyDelete