BAHAGIAN LIMA
Assalammualaikum
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Semua yang aku tuliskan disini semuanya benar dan hanya Allah menjadi saksi.
Didalam perjalanan aku mengharungi pergelutan memulihkan ekonomi keluarga, maka dibumi Langkawi ini amat asing bagi aku.untuk memulakan sesuatu. Aku tidak mempunyai kepakaran dibidang lain hanya yang aku punyai adalah 'ilmu perniagaan'. Untuk aku memulakan sesuatu disini amat tipis tambahan pula aku masih baru lagi Langkawi dan untuk memulakan perniagaan yang biasa, aku harus memerlukan networking atau kenalan. Disebabkan baru saja bertapak disini maka hasrat itu aku lupakan hanya aku pernah di'approach' olih rakan kepada adik Simon , untuk memulakan perniagaan ' scrap metal'. Usaha ini juga menemui kegagalan apabila pelabur yang dikatakan ingin mengusahakan perniagaan ini tidak sanggup meneruskan deal , kerana katanya , kos yang terlibat agak tinggi dan kos penghantaran ke Alor Star melalui kapal juga mahal. Olih itu putuslah harapan aku untuk meneruskan perniagaan.
PETER CARLOS @ AMIN |
Di Buray Bay Resorts, isteri aku menyertai sebuah Kumpulan baru, itupun secara kebetulan, apabila isteri kepada Keyboardist mengalami keguguran. Memandangkan di Langkawi tidak ramai penyanyi yang baik maka pihak Hotel bersetuju untuk menerima kehadiran isteri aku untuk menyertai kumpulan tersebut. Isteri aku digandingkan dengan seorang lagi penyanyi perempuan , yang berasal dari Sarawak. Beliau sudahpun berumahtangga dan mempunyai seorang anak. Aku dikenalkan kepada semua ahli kumpulan termasuk Keyboardist , Allan, namanya, berasal dari Filipina. Didalam perjalanan pertemuan itu maka aku dapati semua mereka sangat baik. Lebih sebulan aku mengenali rakan isteri aku, Alice, namun lebih sebulan baru aku berkesempatan berjumpa dengan suami beliau. Beliau seorang DJ Radio di Radio Langkawi berketurunan Serani dan beragama Kristian aliran Catholic.
Setelah aku dikenalkan kepada beliau dan didalam beberapa minggu maka perhubungan kami menjadi rapat lalu aku perkenalkan beliau kepada sahabat aku iaitu Simon dan anak-anak dan juga Hj Kamaruddin. Belitulah perkenalan yang 'diatur' olih Allah SWT.
Setelah berbulan aku mengikat 'tali persaudaraan' dengan beliau maka banyaklah masa yang aku luangkan bersama-samanya. Pada ketika itu hanya mereka saja yang amat rapat dengan keluarga aku. Beliau mengenali seluruh ahli keluarga aku. Ada ketika aku sekeluarga melawat beliau dan begitu juga dengan keluarga ini terhadap kami. Banyak kisah yang kami kongsikan bersama, sedih, duka, pahit dan juga yang manis.
Pada suatu hari Peter pernah meluahkan isi hati beliau sekeluarga untuk 'memeluk Islam', tetapi niat beliau itu tidak aku 'bincangkan' bersama beliau hanya membiarkan saja isu tersebut berlalu begitu saja. Didalam keadaan ini aku hanya 'berserah' kepada Yang Maha Esa untuk 'menjinak' hati beliau. Pada suatu petang didalam keadaan beliau yang terkocoh-kocoh untuk menghadiri sebuah parti, kata beliau, ' hatinya berkata-kata adakah beliau perlu menghadiri parti tersebut?" Didalam melayan kata hati, beliau memohon petunjuk dari Yang Maha Esa, adahkah beliau perlu meneruskan niatnya untuk ke parti'. Sebenarnya sebelum peristiwa ini beliau sudahpun berjinak-jinak mempelajari Islam tetapi ' hati ' beliau masih lagi belum terbuka. Dengan keyakinan yang dimiliki beliau, melafaskan " Ya Allah, sekiranya Engkau tidak izinkan aku pergi ke parti tersebut, berilah aku petunjuk, Tetapi jangan lah sampai mencerderakan aku", kata beliau. Dengan izin Allah SWT, tiba-tiba perut beliau sakit memulas untuk 'melepas', lalu beliau berkejar ketandas. Apabila saja 'perkara' itu terjadi maka dilihatnya ' droppin' beliau bercampur dengan 'darah' yang agak banyak. Melihatkan keadaan ini lalu beliau berkata, 'Ya Allah, sekiranya ini adalah petunjuk Mu maka aku akan terima keputusan Mu'.
Kejadian ini diceritakan kepada aku, lalu aku berkata kepada beliau, " Sekiranya you meneruskan juga niat you untuk ke parti malam tersebut; maka najis itulah jawapan nya ' you bloody shit'. Masing-masing ketawa mendengar penjelasan aku itu. Inilah pengalaman yang dilalui olih beliau sendiri.
Alhamdullilah, semua penjelasan dan pengalaman yang dilalui sendiri olih beliau membuatkan beliau amat teruja untuk mendalami Agama Islam dan beliau adalah merupakan sahabat aku yang terawal 'berhijrah' . Alhamdullilah keluarga beliau dapat menerima hakikat ini dan mereka hidup dengan lebih ceria dan kini dianugerahi dengan anak-anak yang comel. Aku selalu mengelarkan beliau sebagai " Peter the Cockral" Ayam yang berkokok menyeru seluruh manusia bangun menandakan hari sudah siang, Itulah beliau. Manusia yang selalu berkata-kata dan didengar olih orang ramai. Itulah dia kisah Peter Carlos atau Amin Carlos yang kini telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan kini masih bekerja dengan RTM sebagai Pembaca Berita Inggeris.
Untuk Amin sekeluarga, abang selalu mendoakan yang terbaik untuk kamu dan semoga Allah SWT memberkati dan memberi rahmat diatas pengorbanan dan 'dipilih' olih ALLAH SWT sebagai seorang Islam.
Amin.
Nota : Didalam persahabatan aku dengan Amin kami disinggahi olih Joshua iaitu salah seorang rakan kenalan Amin. Ikuti kisah benar yang ALLAH SWT tentukan pertemuan ini dan 'miracle" Allah. Banyak kisah yang akan aku paparkan didalam buku aku dan juga didalam Blog ini, Bagaimana beliau menjadi saksi akan 'miracle" Allah sepanjang perjalanan aku dan beliau menjadi salah satu watak yang ALLAH SWT telah tentukan.
Assalamu alaikum w.w.Sdr. Mohd Amin (It's a beautiful and honourable name)I cannot contact Annete Christie, (ii) Cynthia M. Arther and Ranee Woong (sorry for the mis-spelling)to tell them I will bring them with me when Mr. Presiden D. Trump calls. I believe Miss ...forgot her first name Priya would also like to come along. I will tell when we shall leave for the U.S. Thanks.Wassalamu alaikum w. w. Abdul Hamid Mohd Yusof.
ReplyDelete