Saturday, 14 April 2012

12JAM SEBELUM PAK HAMID DIJEMPUT MALAIKAT

                                                          BAHAGIAN KEEMPAT

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Sesungguhnya apa yang aku tuliskan ini semua benar belaka dan hanya ALLAH SWT yang menjadi saksi

Semoga rohnya dirahmatai Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama insan yang mendapat   hidayah  dan keampunan ALLAH SWT.


Pada malam aku berkumpul dengan  sahabat yang terdiri dari Peter Carlos dan juga Hj Kamaruddin sambil melawat John Paul dan Andrew James  di Awana Porto Malai . Ketika itu aku baru saja habis berbual dengan Simon dan juga Ken Pedler yang berada jauh diluar negara, Switzerland.


 Setalah aku kabarkan isi perbualan diantara aku dengan Simon kepada Hj Kamaruddin dan Peter Carlos maka Peter memohon diri untuk pulang  kerana beliau akan bersiaran diawal pagi keesokkan harinya. Oleh itu tinggallah kami berdua menyambung perbualan sambil menunggu waktu tamat Hj Kamaruddin bertugas. 


Didalam kerancakan perbualan, tiba-tiba Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa sewaktu beliau balik  ke Langkawi dari  Singapura beliau disertai olih Keluarga Pak Hamid. Beliau ke  sana kerana menghadiri majlis perkahwinan . Didalam perjalanan pulang ke Langkawi beliau disertai olih keluarga terdekat beliau iaitu keluarga Pak Hamid.  Mereka sekeluarga amat teringin untuk bercuti ke Langkawi terutama Pak Hamid. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa keadaan kesihatan Pak Hamid tidak baik. Mengikut cerita Hj Kamaruddin lagi, Pak Hamid baru pulih dari koma dan terlantar dihospital. Disebabkan Pak Hamid mengalami bermacam-macam kompilasi maka setengah dari tubuh badannya menjadi kehitaman dan pergerakan beliau amat lemah sekali. Disebabkan 'keinginan' dan 'perasaan mendesak, maka  niat itu disempurnakan juga olih keluarganya. Kata Hj Kamaruddin lagi, sepatutnya petang tadi Pak Hamid sudah pulang ke Singapura tetapi Pak Hamid mendesak keluarganya untuk menyambung sehari lagi di Langkawi.\, sambunag  Hj Kamaruddin lagi sebenarnya Pak Hamid tidak kemana-mana hanya duduk dan baring saja dibilik hotel. Dalam percutian ini  Pak Hamid ditemani olih isteri, anak perempuan beliau berserta suami dan cucu beliau saja.
BILEK HOTEL AWANA


Setelah cerita Pak Hamid dikabarkan kepada aku, lalu Hj Kamaruddin mengajak aku untuk melawat Pak Hamid sekeluarga dibiliknya. Tanpa membantah aku menerima pelawaan Hj Kamaruddin. (Bagi aku ini satu ibadah kerana  melawat orang sakit). Kami pun terus berlalu dari Boardwalk dan terus ke bilik Pak Hamid.


Hj Kamaruddin mengetuk bilik sambil memberi salam. Pintu dibuka, aku lihat seorang wanita yang agak berumur membuka pintu lalu menjemput masuk. Ketika itu aku masih lagi diluar. Kedengaran suara perempuan tadi menjemput aku masuk, 'jemputlah masuk'. Lalu aku pun melangkah masuk sambil memberi salam kepada mereka . Salam aku dibalas. Sebaik saja aku berjalan melintasi katil, dan aku terlihat seseorang terbaring diatasnya. Lalu akupun menghulur tangan untuk bersalaman dengan wanita tadi. Tiba-tiba aku terdengar suara garau dari katil tersebut seolah-olah menyergah aku. Lalu aku pun memandang kearah beliau sambil berkata " Assalammualaikum', apa kabar Pak Cik". Tiba-tiba beliau berkata, "Kemana engkau pergi, dah tiga hari aku tunggu kau, mana kau pergi?", bentak beliau. Aku tersentak. (Didalam hati aku berkata-kata, kenapa Pak Cik ni kerkata macam ni, inilah pertama kali kami berjumpa) Lalu aku tanyakan , "kenapa Pak Cik". " Aku tunggu kau, Aku nak kau ajarkan aku bertaubat", tersentak hati aku lagi. Lalu aku berkata kepada beliau lagi," Pak Cik, bila-bila masa kita bolih melakukan taubat, tidak perlu menunggu sesiapa, itu urusan antara kita dengan Tuhan", 'Tidak, aku nak awak ajar aku tobat' ujar Pak Cik.. 'Baiklah..kataku, inshallah, saya akan tunaikan hajat Pak Cik', kata aku lagi.


Setelah semua keadaan reda dan  keadaan Pak Hamid pun nampaknya sudah selesa, maka, aku pun menunaikan 'hajat' beliau tadi..
Nota : Apa yang berlaku ini aku tuliskan secara detail didalam buku aku.


Sebelum aku meninggalkan Pak Hamid malam itu, aku menghadiahkan kepada beliau  seutas tasbih yang aku gunakan setiap hari  dan aku menyuruh beliau untuk melafaskan kalimah ' Lahilahaainallah" sepanjang malam. Alhamdullilah syukur kepada Allah, walaupun aku tidak mengenali beliau secara dekat tetapi setidak-tidaknya Allah SWT telah menjadi aku 'asbab' untuk Pak Hamid melafaskan 'taubat'nya malam itu. Hanya Allah Yang Mengetahui Yang Tersembunyi.


Pada keesokkan harinya lebih kurang jam dua belas tengahari aku diberitahu olih Hj Kamaruddin bahawa Pak Hamid telah meninggal dunia dan jenazahnya telah dibawa ke Hospital Langkawi.  Arwah Pak Hamid tidak dibawa balik ke Singapura tetapi disemadikan di tanah perkuburan Mesjid Aishah  Langkawi. Aku bergegas ke hospital dan terus mendapatkan keluarga Pak Hamid  serta aku 'ziarah' jenazahnya. Tetapi yang menjadi kemuskilan , kenapa jenazah Pak Hamid tidak sesejuk mayat, kenapa badan beliau panas dan lembut walaupun setelah dua jam 'roh' berpisah dari badan dan tiada satu pun pihak berkuasa di Langkawi sanggup mengesahkan kematian beliau dan terpaksa dijemput Doktor dari Alor Star untuk mengesahkannya. Adakah kami 'menanamkan' yang masih hidup?. Semua ini tidak dapat aku 'fikirkan' hanya Allah SWT sebagai saksi diantara aku dengan mereka.
MESJID AISHAH LANGKAWI


Nota : Detail perjalanan kisah aku dengan Arwah Pak Hamid aku coretkan didalam buku aku. Kisah latarbelakang Pak Hamid, cerita yang terjadi setelah aku keluar dari bilik Pak Hamid malam tersebut, kisah  kedatangan keluarga Pak Hamid  semula ke Langkawi selepas seratus hari semua ini aku jelaskan didalam buku tersebut.


NOTA : Untuk perjalanan seterusnya , sila ikut Blog .










No comments:

Post a Comment