Sunday 14 December 2014

THE PROMISED LAND :KERANA 'KUASA' SEMUANYA BAKAL TERGADAI ....AGAMA LAIN YANG UNTUNG

KERANA TUDUHAN 'SESAT' , TAK IKUT AL QURAN DAN SUNNAH
IMEJ ISLAM  TERCALAR
SALAH SIAPA??

                              PEMIMPIN ISLAM LALAI.... LUPA TANGGUNG JAWAP!!!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Seawal tertegaknya  Kesultanan Melayu Melaka ,rata-rata penduduk yang mendiami pesisir pantai ataupun daratan yang berhampir dengan pantai yang berketurunan Melayu samaada yang berhijrah dari kepulauan Sumetera ataupun kepulauan dari negara Indonesia yang pada asalnya menganut agama Hindu namun apabila Sultan Melaka memeluk Islam maka seluruh rakyatnya dibawah jajahan atau pun pemerintahannya turut  memeluk Islam. Namun begitu penduduk asal atau yang kita panggil Orang Asli atau jenama "Bumiputra' yang kita 'labelkan' kini, masih terdapat juga kelompok yang tetap  'bertuhankan' alam semula jadi, iaitu 'kepercayaan datok nenek' mereka.

Budaya untuk tidak mempercayai atau 'sifat was-was' atau 'sifat prasangka' terhadap kepercayaan agama lain atau agama  orang yang tidak sealiran dengan mereka masih menabal dilubuk sanubari masyarakat kaum ini..

Walaupun susuk tubuh dan rupa bentuk tubuh mereka ini sama atau  saling tak tumpah dengan orang dengan orang  Melayu, namun, yang membezakan mereka adalah kepercayaan kepada Tuhan.

Walaupun kehidupan mereka ini bersifat 'berpindah-rendah' dari satu tempat ketempat yang lain, namun, ikatan atau percampuran mereka dengan orang Melayu amat rapat sekali . Kalau dahulu orang Melayu hidupnya dihulu sungai  atau kampung-kampung Melayu semestinya  dihilirnya juga akan terdapat juga  masyarakat atau  kelompok 'orang asli' yang berkampung dan kehidupan mereka ini saling memerlukan, anatara satu sama yang lain dan urusan keperluan harian juga mereka saling bertukaran sesama mereka. Begitulah sinonimnya masyarakat orang asli ini dengan masyarakat Melayu dibumi ini.

Beratus tahun masyarakat orang asli ini hidup bergelumang dengan orang Melayu namun kesempatan yang ada juga amat jarang sekali digunakan olih orang Melayu atau 'mubaligh agama Islam ' untuk mempengaruhi kelompok ini untuk 'menganut Islam. Kerana sifat orang Melayu yang amat 'sensitif' atau 'terlalu menghormati' kepercayaan masyarakat ini terhadap hal-hal 'keagamaan''.

Waalaupun  masyarakat Cina dan India  bergelumang dengan masyarakat Melayu namun amat jarang sekali 'masyarakat orang asli'  dan untuk masyarakat ini memilih agama Buddha dan Hindu juga amat jauh sekali tetapi kebanyakkan dari masyarakat orang asli ini memilih Islam berbanding agama lain.

                              Paderi Cyril Mannayagam dalam satu upacara keagamaan di perkampungan Orang Asli beragama Katolik. – Gambar daripada Facebook, 15 Disember, 2014.
Paderi Cyril Mannayagam dalam satu upacara keagamaan di perkampungan Orang Asli beragama Katolik. –


Tetapi entah dimana silapnya,'kini' terdapat pula   'masyarakat orang asli 'menjadi Kristian'. Rata-rata semua tahu bahawa 'orang asli' hanya bertutur dalam 'dilek' bahasa mereka sendiri, waima, orang Melayu sendiri juga tidak memahami 'bahasa mereka' inikan bangsa lain. Untuk mereka 'bertutur' dalam bahasa Melayu juga 'agak kelamkabut.macam bangsa Cina dan India bertutur, "tunggang-langgang'.

Apa yang kita lihat kini,  sana-sini 'isu Kristian yang menggunakan Al Kitab yang menggunakan terjemahan bahasa Melayu mula menjadi isu.' Hanya dengan 'menggunakan' 'masyarakat orang asli atau masyarakat peribumi' samaada di Sabah, Sarawak atau Semenanjung ,adakah 'Perlembagaan Negara' membenarkan? ' penyebaran agama lain' atau adakah 'kepengunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia' untuk 'menterjemahkan 'nama Tuhan mereka dibenarkan 'mengikut Perlembagaan ?

 Apakah 'niat' atau 'strategy' sebenar Kristian?

                                                ikhlas dari :- Cahaya Al Majid







.














No comments:

Post a Comment