Sunday 14 December 2014

THE PROMISED LAND : DALAM KENA BALUN KAT LUAR PUN DIBALUN JUGA!!!

KEMARAHAN MEREKA SUDAH TAK TERTAHAN LAGI!!!!!
NAJIB DAN UMNO MULA PANAS PONGGONG


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

UMNO semakin menjadi belasahan kebelakangan ini. Disebabkan kegagalan Pemimpin tertinginya menanganinya beberapa isu yang berkait rapat dengan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu yang kerap kali  dihina orang bukan Melayu, dengan nada sinis dan tajam, sekali lagi PERKASA, iaitu sebuah pertubuhan yang ditubuh untuk mempertahankan hak Melayu dan Islam seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Negara, membelasah 'kaw-kaw' UMNO tanpa kesihan.,kerana didakwa gagal mempertahankan 'kesucian' Islam, bangsa Melayu serta Raja-Raja Melayu.

UMNO yang dirasai telah lari dari perjuangan sebenar iaitu dari  'membantu dan meningkatkan ekonomi dan taraf kehidupan bangsa Melayu' serta 'mempertahankan Islam' dari hina dan diperlekehkan serta 'mempertahankan Raja Raja Melayu', merasakan kepimpinan yang 'bertunggak' didalam UMNO samaada diperingkat Bahagian mahupun diperingkat tertinggi UMNO, dilihat telah mengabaikan 'hak dan bangsa Melayu'. Mereka ini lebih menjurus kepada 'keuntungan' diri sendiri mahupun 'mengumpul kekayaan' untuk  anak-pinak.

Pengabaian terhadap tiga tonggak isu ini membuatkan 'pemimpin berotak' yang berada disaf kepimpinan' Pertubuhan ini, 'memberontak' dan 'membuka' pekung apa yang mereka nampak sewaktu didalam Kerajaan. Segala 'kelemahan' serta 'salah laku' pemimpin' yang 'memimpin' mula di'londehkan' satu persatu.

Kalau diluar 'kotak' Dr Mahathir melondehkan 'kepincangan penguurusan  1MDB", sehinggakan kini terdapat orang UMNO sendiri membuat laporan polis tentang kepincangan yang didakwa dilakukan olih 1MDB. Kini bukan saja orang Melayu dalam UMNO yang mempertikaikan 'keberkesanan' pemerintahan Najib namun orang-orang Melayu yang telah 'muak' dan hampa dengan Melayu UMNO, kini mula 'berpayung' dibawah PERKASA pula.

Walaupun PERKASA amat tidak disukai olih orang bukan Melayu, kerana dikata ;terlalu vokal' dalam hal-hal yang berkaitan dengan mempertahankan hak-hak  orang Melayu, Islam dan juga Raja-Raja Melayu', namun, disebalik itu TERDAPAT JUGA  komponen BN terutama MCA dan juga MIC serta beberapa kerat  parti kecil yang lain amat tidak senang dengan PERKASA, namun ada juga beberapa kerat Melayu yang berada dalam UMNO 'menyedari' keadaan ini, namun, mereka ini tidak berkuasa untuk 'membenteng' atau 'membela'  PERKASA .

Walau apapun kesedaran PERKASA terhadap 'kepentingan hak bangsa Melayu' yang sering dipertikaikan , namun, begitu  PERKASA tidak lekang untuk mempertahankanya berbanding UMNO sendiri. Itulah yang menyebabkan bangsa asing amat 'menceburui' PERKASA'.

Tetapi kali ini PERKASA sahaja yang  mempertahankan isu tiga serangkai tetapi telah menjarah kepada isu yang lebih besar dari itu. Melalui penyataan terbaru yang diluahkan olih 'pemilik jiwa dan raga' Melayu' kini , mula berani untuk 'mengkritik dan menujah' kepimpinan UMNO.masa kini. Ini baru permulaan dan 'terjahan' yang baru ini dilihat sebagai satu 'anjakan' berani olih 'hati-hati Melayu'.

 Samaada perkara ini akan disambut olih 'pemilik hati Melayu' semuanya bakal terjawap dalam sedikit masa lagi.

                                  Hati- hati Melayu sudah mula bangkit membakar.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meminta pemimpin Melayu hari ini berhenti daripada menipu rakyat dan membantu kaum Melayu sedaya upaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014.
TAN SRI ABDU,L RASHID
                                     

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini. -
"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya. -

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".

                                                    ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment