![]() |
JANGAN MONGKONFUSEKAN DIRI ANDA BALIK KEPADA AJARAN DAN TEXT BAHASA ASAL ATAU ASLI |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Episod pemulangan 'Kitab Injil atau Bible' terjemahan Bahasa Melayu yang dikata untuk kegunaan Bumiputra Sarawak yang beragama Kristian masih lagi dalam pertikaian. Walaupun Kerajaan Selangor yang dipimpin Azmin Ali menyaksikan pemulangan ini dengan 'tanda' amaran 'diatasnya,nampaknya masih lagi dipertikaikan olih mereka yang berkepentingan namun episod ini menjadi semakin panas pula.
Sebenarnya apa yang menjadi pertikaian adalah penggunaan bahasa yang digunakan. Sepatutnya terjemahan Alkitab tersebut ditulis didalam bahasa Iban dan bukan bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia , kerana rata-rata peribumi Sabah dan Sarawak menggunakan dilek mereka sendiri didalam pengucapan keagamaan tersebut.
Walaupun kebanyakkan naskah Alkitab yang mereka miliki kebanyakkannya ditulis dalam bahasa Indonesia dan bukan bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia. Pertuturan mahupun dilek Iban ataupun dilek suku kaum lain di Sabah dan Sarawak, agak berbeza bunyinya jika dibandingkan dengan dilek Bahasa Melayu dan untuk mengatakan bahawa pertuturan mereka menggunakan Bahasa Malaysia juga jauh sekali. Banyak perkataan dan dilek yang mereka tuturkan tidak membawa erti sebenar jika dibandingkan dengan bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia.
Olih itu penggunaan terjemahan kedalam Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sepatutnya ditegah sama sekali.
Perbezaan kepercayaan umat Kristian dan umat Islam amat jauh berbeza. Mereka mengangkat dan mengaku bahawa Jesus atau Jesus Christ sebagai ' Anak Tuhan' atau mungkin juga sebagai 'Tuhan' yang dikata 'menyerupai sebagai 'Manusia'. Berbeza dengan umat Islam, Allah SWT adalah Tuhan dan tidak ada sesuatupun seumpamanya yang menyerupai 'Allah SWT'.Itulah yang membezakan.
Berhubung dengan penggunaan Kalimah Allah SWT atau perkataan Allah yang ingin diseumpamakan olih umat Kristian yang menjurus kepada Tuhan mereka, yang dikata diambil dari Bahasa Arab dibawah ini penjelasanya. :-
Surah : Ar Rad 13-37
"Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah."
Surah Yusof : 12-2
Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.
Surah Taha : 20-113
Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka.
Surah Az Zumar : 39-28
(Ialah) Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertakwa
Surah Fussilat : 41-3
Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui,
Surah As Shura : 42-7
Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam.
Surah Az-Zakaruff : 43-3
Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).
Surah Al Ahqaf : 46-12
Dan sebelum Al Quran itu telah ada kitab Musa sebagai petunjuk dan rahmat. Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang membenarkannya dalam bahasa Arab untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang zalim dan memberi kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
Allah SWT telah menamakan Islam sebagai agama umat Muhammad dan bahasa Arab adalah bahasa piliehan Nya tetapi Al Kitab atau Injil yang dikata dari Jesus Christ bukanlah dari bahasa Yahudi tetapi :-
Agama | Nabi/ Rasul | Bahasa | TUHAN |
Yahudi | Musa as. | Ibrani | ha-‘elôah |
Nasrani | Isa as. | Suryani | alâhâ |
Kristen | St. Paul | Yunani | ho theos |
Islam | Muhammad SAW. | Arab | Allâh |
Mealui penjelasan yang dipaparkan diharap umat Kristian samaada yang berada disemenanjung manhupun diSabah dan Sarawak yang beriya-iya mahu menggunakan perkataan Allah didalam penyembahan mahupun ucapan doa-doa mereka, jangan 'mengkonfusekan' diri anda. Allah SWT atau Allah adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w yang beragama Islam. Melalui Firman Allah SWT dari Kitab Suci Al Quran sendiri telah menyatakan bahawa 'bahasa Arab' adalah dipileh untuk menyampaikan 'kata-kata' atau "firman Allah"untuk orang Islam saja dan Tuhan sendiri menamakan "Dia" sebagai Allah SWT.
Kepada umat Kristian jangan 'lara' hati , gunakanlah perkataan atau ungkapan 'Tuhan" atau " God' atau ' Oh Jesus' atau 'Oh Lord" bagi menamakan 'apa yang kamu sembah'.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment