Friday, 11 January 2013

BOLEH KE KITA SAMAKAN TUHAN TIGA DALAM SATU DAN ALLAH YANG SATU: SIAPA RUHUL KUDDUS? ADAKAH ISA PUTRA MARYAM BER'ROH'KAN JIBRAIL??

APA BENARKAH JIBRAIL YANG  MERUPAKAN  "ROH  YANG DI TIUP "ALLAH   SEBAGAI  'ROH SUCI'  KEPADA ISA AL MASIH.  DALAM BAHASA MUDAH MARYAM MENGANDUNGKAN  ROH JIBRAIL   DAN JASAD MANUSIA  DI DALAM KANDUNGANNYA.
Memandangkan diakhir zaman ini ramai yang terkhilaf samaada ulama Islam mahupun pendita (perujuk kitab alihbahasa)  bukan Islam dan sehinggakan para-para ulama biasa, ulama politik yang secara terangan ingin menyamakan Tuhan Kristian ( Allah Tuhan, Allah Anak, Allah Roh Suci" iaitu ' Tiga Dalam Satu"  dan Tuhan Islam , iaitu  Allah SWT ( Tuhan Yang Satu ) maka izinkan saya menerangkan secara teperinci diri yang disangkakan  Anak Tuhan yang dipuja dan dipuji dan yang dikatakan sebagai ' hakim" kepada semua umat dihari kiamat seperti yang disangka dan didakwa  oleh penganut Kristian. Memandangkan akhir ini pihak Gereja yang dinaungi kelompok politik ingin 'menggunakan' nama tersebut didalam 'Al Kitab" versi Bahasa Melayu, eloklah saya terangkan serba sedikit ' siapa Ruhul Kuddus atau Roh Suci" yang mereka angkat sebagai Anak Tuhan , Allah Tuhan dan Allah Roh Suci ) yang mereka percayai . Semoga kekeliruan Pihak Kristian ini dapat diperbetulkan dan didalami secara serius oleh pengikut Kristian. Dan diharap juga agar Ulama Islam yang terkhilaf ini  juga memikirkannya agar keputusan yang mereka capai atau sepakati dapat dibatalkan dan mengakui kesilapan yang terjadi dari terus melakukan kesilapan sehingga  menggadaikan 'Kalimah Allah" yang di junjung.

Yang didakwa oleh pendita-pendita agama Kristian bahawa Jesus @ Jesus Christ adalah Anak Tuhan yang terkandung didalamnya dan  dibarisi oleh 3 Roh yang berasingan seperti yang dibawah :-

Tuhan  Bapa
Tuhan  Anak
Tuhan  Roh Suci

Memandangkan ketiga tiga entiti  yang didakwa Kristian menjelma sebagai Anak Tuhan maka dengan sendirinya Tuhan Bapa  dan  Roh Suci ( Ruhul Kuddus Kudus) tertolak dan  adakah Tuhan  Anak (Allah Anak) mendahului yang lain ?  Dengan kepercayaan yang ditanamkan itu maka  terdirilah atau tertegaklah watak Jesus @ Jesus Christ seperti yang dipercayai oleh Kristian. Apabila didalam satu jasad mengandungi 3 entiti tuhan  yang berbeza, maka Tuhan  yang mana satu melebihi 'darjat' atau 'kedudukan' diantaranya.? Apabila 3 Tuhan  menegakan satu jasad maka bilamana  Tuhan  Bapa (Allah Bapa)  mengawal 2 Tuhan yang lain. Adakah ketiga-tiga Tuhan  ini akan masuk dan keluar sesuka hati , dari jasad Jesus @ Jesus Christ atau mengikut keadaan? Atau adakah Kristian percaya atau meyakini bahawa  ketiga-tiga Tuhan  ini dicampurkan ( seperti coffee instant 3 in one). Perlukah Tuhan yang Maha Tinggi digaulkan dengan hasil ciptaanNya untuk disatukan dengan "DiriNya' ? dan sekiranya Tuhan menghadirkan 'Dirinya" didalam diri Jesus @ Jesus Christ dan diperkuatkan dengan hasil ciptaanNya iaitu Allah Anak dan ditambah dengan "Roh Suci" seperti yang Kristian yakini, mana mungkin  manusia berani menentang dan memfitnahnya  sehinggakan 'dibenarkan" diriNya disalib . Melalui penyaliban ini, maka dengan sendirinya 'manusia' itu lebih berkuasa dari "Jesus @ Tuhan Bapa@ Tuhan Anak @ Roh Suci, sehinggakan 'manusia" yang dikatakan "Anak Tuhan" gagal mempertahankan diri dari manupulasi manusia. Dimana letaknya ' kekuasaan" yang dikatakan dimiliki oleh Tuhan sebenar Tuhan kalau "diri Tuhan" yang didakwa  tertegak didalam jasad Jesus @ Jesus Christ?  Kalau ini yang penganut Kristian yakin dan pasti akan kejadianya Jesus @ Jesus Christ maka tiada daya upaya untuk manusia memoerlekeh ,memfitnah dan menyalibnya?.
Tetapi kisah Jesus @ Jesus Christ yang dipuja dan dipuji akhirnya tergantung diatas kayu penyaliban.Dimana ketiga-tiga entiti ini? Allah Tuhan, Allah Anak dan Allah Roh Suci?
Sekiranya Jesus @ Jesus Christ adalah Allah Tuhan maka dimana 'kekuasaanNya"sehingga difitnah oleh manusia. 
Sekiranya Jesus @ Jesus Christ adalah Allah Anak, perlukah Tuhan beristeri atau menggunakan manusia untuk mendatangkan zurianya? Perlukah tuhan mempunyai anak?Apa keperluanNya?
Tidakkah Tuhan itu berkuasa diatas segala sesuatu seperti yang diyakini?
Sekinya Jesus @ Jesus Christ itu Allah Roh Suci , kenapa, Jesus @ Jesus Christ mempertikaikan Tuhan diatas penyalibannya?


Perlukan Tuhan bersekutu dengan  3 tuhan (Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Suci)  yang lain didalam  diri manusia yang dicipta? 



Perlukan Tuhan merendahkan "kekuasaan'Nya untuk bergabung dengan "Roh Suci" yang dicipta oleh Nya untuk bersatu didalam tubuh manusia ( Jesus)  yang Tuhan sendiri jadikan?
Perlukan Tuhan menjelmakan "DIRI"  sebagai 'anak" semata-mata untuk bergabung dengan dua roh lain yang diciptakan oleh Nya?
Adakah "roh suci' berkuasa dan mendahului Tuhan Bapa  dan Tuhan Anak didalam diri Jesus @ Jesus Christ.

Persoalan utama adakah Kristian tahu siapa 'dia' Roh Suci: atau ' Ruhul Kuddus" .
Jawapan :- 
Roh Suci atau Ruhul Kuddus itu adalah Jibrail @ Malaikat Jibrail.
Dengan kekhilafan para pendita Kristian, maka, seluruh umat Kristian tidak secara langsung telah mengangkat malaikat ( Roh Suci @ Ruhul Kuddus)  sebagai ' Tuhan Anak" ' Tuhan Bapa" @ Tuhan itu sendiri sedangkan tugas malaikat @ Roh Suci @ Ruhul Kuddus  adalah  sebagai 'pesuruh' Tuhan.

1. Penganut Kristian perlu bermuhasabah diri, Jesus atau Isa Al masih Putera Mariam dilahirkan atau diturunkan untuk Bangsa Israel.  Adakah bangsa Roman itu keturunan Bani Israel? Adakah umat Kristian itu berbangsa Israel?
2. Bani Israel tidak mengiktiraf Jesus @ Isa Al Maseh sebagai Messiah
3. Bani Israel menolak Jesus @ Isa Al Maseh sebagai Anak Tuhan mahu pun Tuhan
4. Bani Israel menolak Injil bawaan Jesus @ Isa Al Maseh

Apabila  keturunan Bani Israel sendiri  menolak keturunan bangsa mereka (iaitu Jesus @ Isa Al Masih ) sebagai 'watak" yang didakwakan sebagai ' triniti" ini maka dimana kedudukan Kristian didalam menobatkan Jesus @ Isa seperti yang didakwa iaitu ' Tuhan Bapa" Tuhan Anak" dan "Allah Roh Suci"?

Dibawah ini saya terangkan peristiwa ayat demi ayat berhubung Isa Al Masih putera Maryam @ Jesus Putra Maryam seperti yang terkandung didalam Al Quran.

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Surah Maryam :-

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
(Maryam 19:17) |

Persoalan : Maksud " roh dari kami":- adakah bermakna Roh yang datang dari kelompok ' Malaikat" yang mana "malaikat' merupakan kejadian Allah yang suci dari segala kesalahan dan menjadi 'pesuruh'  Allah .Roh yang boleh menyerupai bentuk manusia mengikut 'kebenaran' Allah.(Roh disini menggambarkan 'malaikat' iaitu Jibrail.(Hanya Jibrail menjadi pengantara dengan manusia)

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
(Maryam 19:18)

Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
(Maryam 19:19) |

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"
(Maryam 19:20) |

Persoalan : Bagaimana Maryam tahu bahawa beliau akan beroleh seorang anak laki-laki? sedangkan didalam perbualan tersebut hanya dinyatakan ; Maryam " akan dikurniakan seorang anak yang suci"


Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
(Maryam 19:21)

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
(Maryam 19:23)
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
(Maryam 19:24) |
Persoalan :- ' Lalu ia di seru dari  sebelah  bawahnya". Mengukut penyataan ini, "ia' merujuk kepada Maryam . Dalam erti  kata lain 'Maryam" mendengar kata-kata itu  dari bawahnya . Didalam perasaan kesakitan  untuk melahirkan " Isa ", siapa yang berada dibawahnya sambil menyeru kepada Maryam? Adakah Jibrail atau anak yang baru dilahirkan yang mengucapkan  atau memujuk dengan parkataan "Janganlah kamu berdukacita"sambil memberi arahan agar 'beliau' mengegarkan pohon kurma agar beliau dapat memakan buahnya. Siapa yang berkata-kata, adakah Isa ?. Jika mengikut penyataan ini satu persatu dengan keadaan orang yang sedang melalui proses bersalin, tidak mungkin Jibrail akan berada di hujung kaki  Maryam dan  semestinya yang berkata-kata itu adalah Isa al Masih. Didalam banyak kejadian ' Malaikat" boleh berubah atau mentransformasikan dirinya untuk menjadi apa saja, tetapi kenapa didalam kes melahirkan Isa Putra Maryam ' Jibrail" tidak berserta??Dimana ;dia'?.
Didalam pengkajian saya, yang dilahirkan oleh Maryam adalah  'Jibrail" yang berbentuk  'bayi' yang dinamakan  Isa Al Masih Putra Maryam .Yang mana 'bayi' tersebut dikenali sebagai ' Ruhul Kuddus" atau ' Roh Suci" .
Kekhilafan Nasrani yang mengatakan bahawa ' Roh Suci atau Ruhul Kuddus adalah Allah Roh Suci adalah salah.

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
(Maryam 19:25)

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
(Maryam 19:29)

Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Maryam 19:30) |

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
(Maryam 19:31) |
" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
(Maryam 19:33)
(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai 'Isa putra Maryam, ingatlah ni'mat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. (al-Maaidah 110)

Katakanlah: "Ruhul Qudus menurunkan Al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (An-Nahl 102)
## Ruhul Kuddus menurunkan Al Quran
Katakanlah: "Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al-Qur'an) ke dalam hatimu dengan izin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah 97)
## Jibrail menurunkan Al Quran
## Kenapa Allah perlu berfirman tentang Jibrail sedangkan Jibrail adalah malaikat pesuruh Allah swt dan kenapa Allah swt  perlu berfirman " barang siapa yang memusuhi Jibrail". Siapa yang bermusuh dengan Jibrail sedangkan Jibrail itu hanya 'nyata' sekali sekala dihadapan Para Nabi , Rasul dan manusia terpileh  saja atas perintah Allah SWT?

Kepada umat Kristian yang menganggap Jesus Putera  Maryam atau Jesus Christ sebagai Anak Tuhan perlulah 'mentelaah' kembali. Sesungguhnya jasad yang bertubuh dan bernyawa tersebut adalah ' Jibrail" dan bukanlah  anak  Tuhan atau apa saja kecuali ' pesuruh Allah" yang berjasadkan manusia dan ber'roh'kan  Jibrail . Mana mungkin ' Jibrail' merupakan Tuhan Anak atau Tuhan Baba sedangkan , Jibrail adalah Malaikat. yang" menyamar" sebagai manusia iaitu kejadian yang pernah dibuat pada waktu waktu terdahulu dan sebelumnya.\Mana mungkin " Malaikat" mengingkari akan 'Pencipta" nya dan  Mana mungkin 'malaikat' mengekutukan Tuhan Nya. Sejahat-jahat  ' Iblis' juga , dia tidak berani untuk mengaku 'dirinya" Tuhan inikan pula 'malaikat' paling kanan diantara ribuan malaikat .

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid.

6 comments:

  1. Salam penulis,
    tahniah diatas kecerahan diperolehi oleh anda dalam perkara ini. Ada sesuatu yang boleh ditambah untuk mengukuhkan pendapat ini..

    1. Perlukan Tuhan bersekutu dengan 3 tuhan (Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Suci) yang lain didalam diri manusia yang dicipta?
    BENAR..kerana Allah itu ingin DiriNya dikenal.
    Namun dalam persoalan ini,seperti KRIM,GULA,KOPI mempunyai rasa masing masing,apabila disatukan, menjadilah ia coffee instant 3in1.Makanya, dari rasa kopi instant itu, menjadilah ia rasa sedap..Namun,apakah tiada zat krimnya!,atau gulanya!, atau kopinya!Maka perlulah kita belajar daripada pembuat kopi 3in1 untuk mengenal krim,gula dan kopi..
    Makanya,disinilah perlunya kita belajar mengenal Allah swt, melalui guru murshid yang hak!..supaya dapat kita mengenal ALLAH,Jasad KekasihNya,dan Ruh Kudus(Jibrail)..Ruh Adam as juga berasal dari Roh Allah swt spt penciptaan Adam as yang dikisahkan dalam al-Quran..

    2.Jibrail memberi wahyu kepada Nabi dan Rasul di muka bumi ini dalam bentuk yang bagaimana!apakah dalam bentuk asalnya atau menyerupai manusia!

    3.Malaikat dan Jibrail itu adalah makhluk tuhan yang bertanggungjawab diatas tugas-masing2!makanya,untuk melaksanakan tugas mereka dimuka bumi ini,apakah perlunya dalam bentuk asli malaikat!Jika demikian, pasti hancur sudah kerna sebelah sayap jibril sahaja mampu meliputi bumi!

    4.Sebetulnya manusia ini berpangkat iaitu:

    1st:Rasul
    2nd:Nabi
    3rd:Jibril
    4th:Malaikat

    5.Bukti Allah wujud pada jasad manusia:

    'Tidak mampu langitKu dan bumiKu menampung DzatKu,akan tetapi DzatKu mampu ditampung oleh hati hambaKu yang tenang dan sabar'.

    6.Melalui kisah penciptaan Adam a.s, Allah swt memerintahkan seluruh malaikat sujud kepada Adam as, kecuali Iblis! makanya, apakah para malaikat telah mensyirikkan Allah!, atau menyekutukan Allah swt!Ada persoalan disitu yang merupakan rahsia-rahsia Allah swt..kecuali oleh orang yang diberi petunjuk hidayah..wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah SWT kerana membukakan hati para para sahabat yang menjunjung Kalimah Allah untuk bersama-sama memberi 'input' terbaik untuk dikongsikan bersama.
      Alhamdullilah.

      Delete
  2. adam Khalifah Allah.....yakni pengganti Allah.....wali atau wakil........

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Izin kan saya untuk memberi komen sikit pasal The Holy Spirit'. Ini petikan dari John 14:26.
    New International Version (©1984)
    'But the Counselor, the Holy Spirit, whom the Father will send in my name, will teach you all things and will remind you of everything I have said to you.'
    Orang Kristian percaya yang the Holy Spirit ni adalah Roh Suci Malaikat Jibrail.
    Namun berdasar pada ayat di atas ada pendapat menyatakan (Ustaz Khalid Yassin) The Holy Spirit ini adalah (Roh? Nur?) Nabi Muhammad SAW sebelum di turunkan ke alam dunia. Gelaran yang lain untuk Holy Spirit adalah ' Counselor, Advocate, Helper, Comforter (Peryclitos).Terjamahan ayat di atas menunjukkan ianya adalah seorang MAKNUSIA (dan bukan nya malaikat seperti yang di dakwa oleh pihak Kristian) yang akan mengajar dan mengingatkan maknusia tentang Nabi Isa AS dan lebih lagi.Sekian

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  4. Asal kejadian Adam "Tiada Bapak Tiada Ibu" - Jadi apa pada kita?
    Asal kejadian Hawa "Ada Bapak Tiada Ibu" -Jadi apa pada kita?
    Asal kejadian Isa "Tiada Bapak Ada Ibu" - Jadi apa pada kita?
    Berhimpun Bani Adam "Ada Bapak Ada Ibu" - Bernama kita Manusia..

    ReplyDelete
  5. ****
    FIRMAN ALLAH RABBUL IZATI DLM HADIS QUDSI :
    "KUNTUM KUNZUN MAKPHIAN...." - AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YG
    TERSEMBUNYI. AKU SUKA AKU DIKENALI & DICINTAI. MAKA AKU JADIKAN
    MAKHLUK, SUPAYA MEREKA ITU MENGENALI & MENCINTAI AKAN DAKU."

    KALO HAKIQAT CINTA & DICINTAI ITU NGAK ADA, NGAK DIZAHIRKAN, MAKA
    RAHSIA PERBENDAHARAAN TERSEMBUNYI ITU NGAK BISA DIKETAHUI. APAKAH
    IA AKAN TERPENDEM BUAT SELAMA2NYA..?? TIDAK.. IANYA WAJIB DINYATAKAN,
    KARNA ALLAH SUKA MELIHAT TEMASYA PENTAS TAJALLI PENCIPTAAN NYA....

    FIRMAN ALLAH SWT DLM ALQURAN ALHAKAMU :
    "DAN (INGATLAH) AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN & MANUSIA MELAINKAN
    UTK MEREKA ITU MENYEMBAH & BERIBADAT KEPADA-KU.." .
    ( SURAT ADZ-DZAARIYAAT 51:56 )
    ....
    .....
    ......



    ReplyDelete