P E R I N G A T A N
ISLAM ADALAH AGAMA KERELAAN DAN BUKAN AGAMA KESEMPATAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Akhir-akhir ini bermacam-macam berita berhubung 'kesempatan' yang diambil oleh " syaitan yang berupa manusia " didalam mengaut keuntungan mudah daripada umat Islam yang 'tergoda dengan kata-kata ' saya mahu peluk Islam'. Kepada Ustaz' -ustaz mahupun Imam yang kemaruk dengan 'mengislamkan' sesetengah golongan ini harus mengambil iktibar dari ditipu. Cuba kita renungkan, siapa jual siapa? Siapa kena beli?dan siapa kena jual. Tuhan berfirman " Jangan jual ayat KU dengan harga yang murah" Saya rasa ramai yang tidak faham dengan maksud ayat ini.. Disebabkan kecetekan ilmu ustaz atau iman disesetengah mesjid maka keseluruhan makmum yang hadir semuanya kena jual dengan " syaitan berupa manusia" jenis ini.
Terdapat disesetengah mesjid, Imam atau Ustaz dengan bangganya menceritakan sepintas lalu kisah 'sipemeluk' kepada jemaah dengan menggunakan pembesar suara. Diceritakan segala-galanya apa yang diceritakan oleh 'sipemeluk' tanpa mengetahui 'cerita disebalik cerita" Sebenarnya perkara seperti ini ( penipuan masuk Islam) tidak harus berlaku sekiranya dikawal .
Iman-iman dan Ustaz perlu tahu bahawa orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam tidak perlu diberikan upah mahupun sedekah. Kita harus tahu bahawa hanya Kristian saja membeli 'manusia' untuk menyertai agama mereka. Adakah kita mahu disamakan dengan Kristian. Islam tidak perlu membeli sesiapa untuk meramaikan umat..
Setiap jiwa yang "dibeli" oleh Allah SWT telah dipersiapkan rezekinya, tidak perlu kita sorongkan wang ringgit kepada mereka, kerana ini akan 'membuka' ruang kejahilan serta penipuan kepada mereka- mereka ini. Syaitan akan datang dalam bermacam-macam rupa oleh itu manusia harus waspada dengan tipu -daya mereka.
Sememangnya kita bersyukur dan gembira apabila mereka-mereka ini telah dibeli 'jiwanya" oleh Allah SWT tetapi kita harus waspada 'niat' disebalik kehendak mereka ini. Jangan disebabkan ungkapan yang mengatakan mereka ' ingin memeluk Islam' kita menggadaikan Islam. Agama Islam bukan sebuah agama yang murah nilainya. "Terlalu mahal" harganya jika ingin dimiliki.
Isu murtad telah berleluasa dinegara kita, oleh itu kita perlu berhati-hati dengan manusia jenis ini. Kita tidak mahu manusia yang macam ini mewarnai kesucian Islam. Pemberian wang ringgit mahu pun sedekah kepada saudara-saudara baru harus dihentikan dan jangan dijadikan 'amalan' kerena ini akan membuka ruang penipuan kepada mereka-mereka yang berniat untuk 'menjatuhkan' maruah Agama Islam.
Islam adalah agama hati dan penyerahan oleh itu sesiapa yang ingin 'memiliki' Islam maka ikutlah seadanya.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
.
No comments:
Post a Comment