PERJALANAN
Mungkin semua ini adalah ketentuan dan "gerak" Nya untuk diri ini menyambung kembali perjalanan yang "ditangguh" Allah SWT dahulu.
"Ditangguhnya" perjalanan diri ini apabila dipulangkan semula kenegeri asal kelahiran pada 2003 sehinggalah kini bagi "menyaksikan" rencah rencah percaturaan dan "pendugaan" keatas diri dalam masyarakat umum.
Perjalanan diri ini dahulu adalah " menyampaikan Kata Kata Allah SWT kepada mereka yang belum mengambil Allah SWT sebagai Tuhan , seperti mana tertumpahnya kerahmatan dan petunjuk Allah SWT keatas Simon, John, Andrew, Peter, Joshua, Lili Berthelomew, Don Frazier ,Ronnie serta Alice dan anaknya Ashley berserta beberapa orang lagi.
Dan diatas kerahmatan Allah SWT itu juga kesemua mereka ini telah berhijrah dari agama kelahiran mereka kepada agama Islam dimana diri ini adalah 'asbab' atau "perantara" bagi mereka untuk memeluk Islam sebagai jalan hidup mereka.
Kesemua petistiwa ini berlaku dibumi Langkawi seperti yang diri ini catatkan dalam perjalanan dengan mereka mereka didalam ' "Kisah benar Cahaya Al Majid'
Allahhuakbar!!! Allahhuakbar!!!
Turutan tentang 3 topik yang diri ini blogkan seolah olah berantaian tentang akan terjadinya PRK .
Mungkin Port Dickson adalah "asbab" untuk diri ini memulakan "kebangkitan semula" perjalanan .
Semua ini bukanlah diatas perancangan' diri ini tetapi "berlaku' diatas kehendak Allah SWT jua dan juga diatas ketentuan Nya.
TENTANG SIAPA SAYA
Diri ini adalah cahaya mata kepada Majid. Itu adalah ketetapan Allah SWT dari" Luh Mahfuz' lagi.
Untuk itu diri ini menggunakan Cahaya Al Majid sebagai ''nick" dalam blog.
Diri ini dilahirkan pada 27hb January 1960 bersamaan 27 Rejab 1379 Hijrah.
Diri ini dilahirkan pada waktu maghrib iaitu ketika azan Maghrib sedang berkumandang dan Maghrib itu juga merupakan Isra Mikraj.
Itulah ketentuan Allah SWT terhadap kelahiran diri ini.
Januari 1960 | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rajab - Sya'ban 1379 | |||||||||||||
Ahd | Sen | Sel | Rab | Kam | Jum | Sab | |||||||
1 | 2 | 2 | 3 | ||||||||||
3 | 4 | 4 | 5 | 5 | 6 | 6 | 7 | 7 | 8 | 8 | 9 | 9 | 10 |
10 | 11 | 11 | 12 | 12 | 13 | 13 | 14 | 14 | 15 | 15 | 16 | 16 | 17 |
17 | 18 | 18 | 19 | 19 | 20 | 20 | 21 | 21 | 22 | 22 | 23 | 23 | 24 |
24 | 25 | 25 | 26 | 26 | 27 | 27 | 28 | 28 | 29 | 29 | 1 | 30 | 2 |
31 | 3 |
Ketahuilah bahawa perkara besar yang kita diberikan pilihan olih Allah SWT kini adalah berhubung nasib dan masa depan negara kita dan Islam kerana pemimpin yang dicalonkan olih Pakatan pemerintah adalah bakal Perdana Menteri negara ini.
Pilihan diberikan Allah SWT kepada kita terutama kepada warga Parlimen diPort Dickson.
Kita sebagai rakyat yang bakal "terpalit" dan menjunjung keputusan tersebut ,wajib "berserta" sama.
Ketahuilah pemimpin yang tidak berakhlak dan terpalit dengan berbagai kesalahan moral mahupun kes jenayah, walaupun telah diampunkan atau dibersihkan olih Sang Manusia , namun salah tetap salah dan dosa tetap dosa.
Berpeganglah kepada Janji Janji Allah bahawa setiap kesalahan atau "dosa" seseorang itu hanya akan terhapus sekiranya kemaafan itu diminta sendiri daripada mereka yang telah dilakukan dosa atau kesalahan tersebut.
Tiada manusia lain bolih menghapuskan dosa orang lain melainkan Allah SWT .
Sekali lagi saya menyeru marilah bersama sama saya dan berserta dengan saya dalam pertembungan diPRK Port Dickson ini untuk kita nyatakan pendirian bahawa Islam adalah agama yang dipilih olih Allah SWT dan bukan agama yang menafikan hak orang bukan Islam tetapi "Agama Yang Meraikan atau Mensejahtera Manusia" yang berlandaskan Al Quran Dan Sunnah.
Tiada ajenda lain saya untuk menyertai PRK Port Dickson ini melainkan untuk meneggakkan kebenaran dan menafikan kebhatilan kerana kuasa yang dicari itu bukanlah milik kita kerana segala sesuatu yang melata dibumi ini semuanya milik Allah SWT cukup bagi mereka yang mengetahui saja.
Cahaya Al Majid.
InsyaAllah...
ReplyDeleteSaya harap tuan dapat rencanakan cara untuk menyakinkan pengundi bukan Melayu PD bahawa DSAI bukan calon terbaik untuk jawatan PM Malaysia.
ReplyDeleteBahawa memaksa seorang MP utk mengosongkan kerusi semata-mata utk membolehkan dia kembali berkuasa bukan ciri2 seorang Pemimpin tetapi adalah sifat seorang yang gila kuasa.
Bahawa seorang yang bercakap dalam nada yang berbeza2 apabila berhadapan dengan kelompok yang berbeza, bukanlah seorang pemimpin yang boleh dipercayai.
Bahawa jawatan PM tidak harus menjadi haknya semata-mata kerana beliau pernah dipenjarakan. Ramai lagi pemimpin politik yang dipenjarakan kerana pendirian politik namun tidak seorangpun daripada mereka yang mendakwa kerusi PM milik mereka.
Kerusi PM harus menjadi milik rakyat Malaysia yang bermoral tinggi dan berkaliber memimpin, bukan sekadar petah bercakap.
Salam. Segala sesuatu kejadian itu adalah diatas kehendak Nya.Kita tidak perlu berstrategi atau merencana APA Yang perlu dilakukan . APA yang perlu diusaahakan hanyalah menyampaikan hasrat dan kebenaran kepada seramai yang mungkin berserta memanjatkan doa kehadrat Allah SWT. Yakinlah tidak ramai yang benar benar memanjatkan doa secara khusus untuk peristiwa seperti ini.
DeleteSdr Al-Majid layak mendapat gelaran kekanda dari saya disebabkan usianya berbelas tahun lebih tua dari saya.
ReplyDeleteKini tahulah saya bahawa pangkal namanya bermula Nor (Cahaya) dan bapanya bernama Al-Majid dan Cahaya Al-Majid bukanlah nama yang dipilih secara semborono tanpa maksud.
Salam perkenalan kekanda Ibnu Majid @ Al-Majid dari saya John Doe anak jati Pulau Pinang yang lahir pada hujung dekad 70an, pada suku ketiga bulan tahunan. Seperti sdr Ibnu Majid, John Doe bagi saya juga bukan sekadar nama melainkan ia adalah nama keturunan saya. Sekiranya diizinkan Allah, satu hari kita akan bersua muka dan saling mengenali secara berhadapan. Sehingga wujud keperluan untuk itu biarlah kita kekal menjadi sahabat di alam maya.
Berkenaan dengan pengalaman sdr ibnu Majid, saya percaya sdr tidak menceritakannya untuk riak atau menunjuk-nunjuk sebaliknya untuk dijadikan iktibar. Alhamdulillah, ia cerita satu perjalanan yang menarik, dan boleh dijadikan iktibar bagi orang-orang yang mahu menggunakan akal dan mengambil iktibar.
'Perjalanan Kedua' yang boleh juga dibaca sebagai 'kemunculan kedua' mempunyai maksud yang tersirat bagi yang memahami.
Mana tahu, sdr Al-Majid juga sudah ditakdirkan bakal menjadi di antara orang-orang yang akan menjadi perantara kepada 'Kemunculan Kedua'.
Apa pun salam perjuangan. Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan untuk berjuang sehingga kebenaran itu menghancurkan sama sekali kebathilan yang masih berleluasa.
Kebenaran itu tetap akan tiba dan ketibaannya akan memusnahkan kebathilan walaupun ia cuba dihalang oleh para pendusta yang bencikan kebenaran. Ia adalah sunatullah dan demikian ia akan pasti berlaku dan hanya tempoh masa yang sedang dan masih memisahkannya.
Wallahu a'lam.
Salam saudara Cahaya Al Majid.
ReplyDeleteTeruskan niat saudara untuk bertanding prk port dickson.
Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pm malaysia.
Saya doakan kejayaan saudara dari jauh.
The horn has been sounded, the troops should be gathered...
ReplyDeleteIn Sya ALLAH, God willing, PD be the end of the ruckus that began with seemingly never-ending saga of one family's 'believe' that they are entitled to the throne...
Well, we used to work to get GE13 in the bag, albeit how close winning-slim, followed by Mah Siew Kiong to sent Diyanah Sofia packing, but relentlessly we fought to boot the Chief-Kleptocrat and his band of Thieves and Liars out from the barn and they're running headless-chicken now...but!
The challenge seem to be greater now that the 'Sodom-Cobra' has raised the ante with family in tow and loyal general/s to lead...lets make this a repeat of Kajang Move and we rid the nuisance from these family whom seem to make their greed as novelty...Note : While Najib has his bagman, so did Anwar. Rahxx Ghxxx would be a good start for anyone who wants to look further!
Even if our effort is 0.001 % from the penultimate eventual success, we'll still be within the collective winners...for the better of the country, Amin!
To,
Cahaya Al-Majid and the rest...we pool the strength together as we once did, there'll never be that is impossible, with the Grace of ALLAH! Keep at it brothers and sisters.
Salam dari North America
MLN
PS. Kita lebih kurang sebaya except aku sudah lama left Malaysia...being detached meant I am way more closer, period!
Salam. Alhamdulillah.
DeleteSdr Cahaya assalamualaikum
ReplyDeleteNiat murni sudah dirangkum
Berjuang bukan nak tentang hukum
Pasal moral sesak di halkum...
Jika benar bagai dikata
Didoakan semoga beroleh jaya
Berjuang bukan kerana harta
Soal moral tunjang budaya!
Apa dibuat Allah menyaksi
Berdolak dalik kerana kerusi
Pidato lancar lidah dan gusi
Namun perbuatan mendatang sangsi..
Ramai terkehel ramai terluka
Janji dibuat tidak dikota
Kerana jawatan hati dah leka
Peduli apa orang nak kata!
Pak Tua itu pemegang kunci
Rumah selerak banyak nak cuci
Ditinggal rosak sukar dibanci
Bantu Pak Tua bukan dicaci!
Jika sepakat bertambah kuat
Sdr Cahaya teruskan tekad
Demi kebenaran tetap dibuat
Semoga Allah memberi berkat!
Waalam. Semoga Allah SWT merahmati perjalanan Dan perjuangan ini.
DeleteWsalqm. Inshaallah. Mohon didoakan sama.
ReplyDeleteAllah bersama2 mereka yg berjuang utk Agama In Shaa Allah
ReplyDelete