Sunday, 16 September 2018

THE PROMISED LAND : MARILAH BERSERTA SAYA DEMI PERJUANGAN INI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

INI PERJUANGAN DAN MUNGKIN SEKALI LAGI SAYA DIJADIKAN ASBAB NYA SEPERTI KISAH KISAH BENAR YANG TELAH SAYA KONGSIKAN.

Kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim mahu memulakan ''gerak PD"nya serta apa tujuan beliau sebenarnya sudah diketahui  umum akan sebab dan musababnya.

Walaupun kelompok PKR amat selesa dengan komposisi pengundi diPRK Port Dickson dimana bukan Melayu adalah majoriti disitu  iaitu mewakili 55% dari keseluruhan pengundi berdaftar  dan jumlah pengundi yang layak adalah hampir 38,000 orang maka dari segi moralnya sememangnya Anwar telah mendahului lawan.

Tetapi...diatas kesedaran beberapa faktor yang membaluti batang tubuh Anwar Ibrahim serta kepercayaan agama yang tinggi dan kuat  bagi orang Melayu yang menjunjung adat diNegeri Sembilan ditambah pula kawasan ini dibawah jajahan Luak Sg Ujong yang bernaung  Almarhum Tuan Sheikh Ahmad didalamnya dimana amalan serta ajaran yang ditinggalkan olih Almarhum Tuan Guru Sheikh Ahmad amat diyakini olih seluruh warga Negeri Sembilan dan warga Negeri yang juga berkeyakinan bahawa keramah beliau masih lagi memayungi kesejahteraan negeri ini, maka, keperibadian Anwar Ibrahim dikawasan ini akan menjadi  pertikaian utama buat pengundi Umat Islam disini.

Walaupun beliau telah diampun dan disucikan melalui pengampunan Di Raja namun rakyat yang tidak berkepentingan terutama yang kuat pegangan agamanya masih tidak lagi tidak dapat memaafkan serta tetap meragui keperibadian beliau.

Seperkara lagi yang akan menjadi isu adalah berhubung dengan ketelusan Kerajaan pemerintah masa kini berhubung Kedaulatan Undang Undang yang disepakati seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara juga telah mula dicabul.

Penyalahgunaankuasa samaada olih Kerajaan terdahulu mahupun terkini dilihat sama saja, tiada berbeza.

Kalau Kerajaan terdahulu melepaskan individu yang berkepentingan dalam parti mereka samaada dengan sengaja dengan tidak didakwa atau digugurkan dari tuduhan namun dalam Kerajaan Pakatan Harapan ini juga mereka juga melakukan perkara yang serupa .

Ditambah burukkan lagi akan peristiwa keengganan Anwar Ibrahim bersumpah laknat terhadap tuduhan Saiful yang mendakwa Anwar Ibrahim sebagai pelakunya, maka, untuk  Negeri Sembilan digelar sebagai bersubahat atau bersengkokol dengan pemimpin mungkar akan menyulitkan lagi Anwar Ibrahim untuk memenangi hati dan meraih undi orang Melayu Islam.

Kalau ketika PRU Pakatan Harapan bolih memenangi dengan selesa kerana impak terhadap dakwaan dan tuduhan terhadap Najib , UMNO dan BN tetapi kali ini scanarionya berbeza.

Walaupun watak Anwar Ibrahim yang telah dengan sengaja ditanam olih PKR yang secara paksa ditelan olih PPBM dan Pakatan Harapan, maka, penilaian terhadap isu moral dan peribadi Akan menyesakkan kem Anwar Ibrahim walaupun kem beliaubmenjanjikan bulan dan bintang kepada pengundinya.

Seperti yang saya tuliskan pada hantaran terdahulu tentang siapa diri saya dan kenapa saya menawarkan diri, maka, saya berharap masyarakat islam diluar sana dapat sama sama membantu saya dalam merealisasikan perjuangan kejalan keredhaan Allah SWT ini.

Inshaallah, akaun untuk pengumpulan dana bagi membiayai pencalonan saya pada PRK Port Dickson nanti akan saya diumumkan kelak kerana institusi perbankan masih cuti.

Untuk itu saya mohon kepada para sahabat marilah bersama sama  dan membantu saya dalam mengumpul dan mencari dana demi sebuah perjuangan.

Tiada pengorbanan dan perjuangan yang indah untuk disertai melainkan ilhlas kerana Allah SWT.

Cahaya Al Majid.

WAJIB BACA :- KISAH TERKINI DAN TERBARU
#dalam post terdahulu saya dalam tajuk 1440 Hijrah. Kita bukan diambang bertarikh :10hb September telah saya nyatakan kejadian besar yang perlu diberikan perhatian dibumi Mekah, Madinah mahupun Jurusalem.
Kini benar benar menjadi kenyataan :

Kelahiran anak lembu merah ‘ancam’ Masjid Al-Aqsa

Malah, kelahiran anak lembu merah yang heboh diperkatakan – kelahiran pertama selepas 2,000 tahun – dijadikan ramalan bahawa dunia sudah hampir kiamat, Dajjal akan muncul, dan pembinaan kuil ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa mesti dipercepatkan.
Dalam Bible yang digunakan sesetengah penganut Kristian dan Yahudi, anak lembu merah itu berada di tengah-tengah ramalan mengenai Hari Kiamat.
Selepas mengorbankan lembu merah itu, ramalan berkenaan menyatakan pembinaan kuil ketiga boleh dimulakan di Baitulmaqdis.
Pembinaan kuil ketiga di Bukit Moriah (nama yang disebut 

4 comments:

  1. InshaAllah anda akan mendapat sokongan padu.
    Anwar sudash mengumumkan perancangna keluarganya untuk Malaysia - dia akan jadi Perdana Menteri, Isterinya Wan Azizah jadi TPM , Rafizi pula jadi Menteri Kewangan, manakala anaknya NurIzah mungkin akan jadi menteri Dalam Negeri. Adik Nurizah mungkin akan masuk bertanding untuk jawatan Menteri Pertahanan. Nampakany slogan Reformasi menentang NEPOTISEM & CRONISEM hanya terpakai untuk orang lain, bukan untuk keluarga Anwar sebab keluarga ANWAR dipilih oleh rakyat melalui peti undi dengna ini mereka tidak boleh dianggap melaksanankan NEPOTISME.
    Jika kita tka mahu berlaku lagi KLEPTOKRASI babak 11 elok kita sokong Chaya AlMajid.

    ReplyDelete
  2. Pilihlah logo kertas undi yang dekat & kuat di hati orang N9.

    ReplyDelete
  3. jangan tulis Luak Sg Ujong tu.. undang paling bangang tu... lupo diri bilo dah kayo... suh dio berambosss.. puiiiii...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak baik cakap cam tu, jangan biarkan dendam dan persepsi menguasai diri.

      Delete