Monday, 14 November 2022

THE PROMISED LAND : SIAPA YANG SABOTAGE KEMAKMURAN NEGARA?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sebelum PRU 14, Mahathir dan gerombolan nya, yang terdiri dari Mahiaddin dan Mukhtiz serta beberapa kerat lagi termasuk Shafei Afdal telah melacarkan"gerakan sabotage" terhadap kemakmuran negara melalui "kisah kisah"pencurian Dana yang dikenali sebagai IMDB. 

Dan ketika itu Anwar Ibrahim masih lagi menghuni SG Buluh dalam melayari saki Baki tempoh pemenjaraan yang dihadapi.

Ketika itu Mahathir berserta gerombolannya sanggup "melutut" dihadapan DAP serta merayu kepada PKR agar semua parti pembangkang Bersatu hati dalam menjatuhkan Kerajaan yang dipimpin olih BN atau UMNO.

Tanpa rasa segan atau malu Mahathir Dan gerombolannya telah bersetia terutama terhadap DAP, yang satu ketika dahulu merupakan musuh utama beliau namun disebabkan 'demi masa depan anak anak dan menantu serta  kroninya yang telah mula tergugat kerana telah dicantas beberapa projek mega keatas mereka,maka, Mahathir memulakan  langkah untuk menjatuhkan Najib dan UMNO khasnya walaupun dengan cara apa sekali pun.

Itulah yang berlaku.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, itulah yang  terhampar didepan kaki DAP dan PKR serta beberapa kerat Ahli PAS yang telah tersingkir dan yang menubuhkan PAN, ketika  peluang terbesar dihidangkan olih Mahathir untuk mereka maka bermulaah episode "bujur lalu melintang  patah dan peluang menjadi Kerajaan diguna sebaik mungkin walaupun terpaksa menelan maruah terutama Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Pengkhianatan terbesar yang dilakukan terhadap Kerajaan Malaysia yang dinaungi olih Yang Di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu adalah dengan mengatakan bahawa "hutang negara memcecah 1 Trillion" dan menuduh Najib sebagai pencuri mahupun perompak kerana 1MDB. 

Mahathir dan gerombolan dari PKR dan DAP tidak secara langsung telah mensabotaj ekonomi negara secara sedar walaupun mereka menyedari bahawa itu adalah FITNAH.

Dengan menjanjikan manifesto "bulan jatuh keriba" kepada rakyat serta data data yang dibekalkan olih Rafizi Ramli, maka, akhirnya, rakyat termakan fitnah dan akhirnya BN dan UMNO.hilang banyak Kerusi Parlimen dan pemerintahan negara bertukar tangan.

Tanpa menghiraukan ketetapan yang diguna pakai Kerajaan, Mahathir dengan rela hati menyembahkan pengampunan Di Raja kepada YDPA untuk Anwar Ibrahim. Tidak cukup dengan itu, Mahathir dengan sesuka.hati  telah melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara walaupun semua.tahu bahawa Tommy Thomas merupakan Peguambela kepada Lim Guan Eng mahupun Peguam Kepada musuh rakyat Malaysia iaitu Chin Peng tetapi Mahathir tetap menutup matanya dan yang paling utama bagi Mahathir dan Gerombolan Pakatan Harapan, dendam terhadap Najib dan UMNO akan terbalas.

Tidak cukup dengan itu, tanpa merujuk kepada JAC, , Mahathir dengan rela hati melantik Richard Melanjun sebagai Ketua Hakim Negara atas rekomen Tommy Thomas. Lepas satu satu tiang negara yang dibina atas dasar Perlembagaan Negara diruntuhkan, Mahathir melantik orang yang bukan dari jalur penjawat Awam, untuk menduduki Kerusi Persuruhjaya SPRM iaiatu Ahli Kerja Tertinggi PKR iaitu Lateefa Koya  dan Hamid Bador yang telah 2 tahun pencen sebagai Polis, diangkat sebagai Ketua Polis  Negara.

Cukup cukuplah...

Setelah 22 bulan Mahathir menerajui Kerajaan Pakatan Harapan, akhirnya semua yang dijanjikan kepada rakyat melalui memifesto yang didendang, semuanya tidak dapat ditunaikan melainkan GST saja yang dihapuskan.

Apa yang ditinggalkan olih Mahathir Dan kelompok gerombolannya hanyalah hutang yang  bertimbun timbun dan pencukupan hutang keparas RM1 Trillion telah disempurnakan olih Pakatan Harapan dan bukanlah Barisan Nasional atau UMNO atau Najib seperti yang dijaja pada PRU 14 dahulu.

Kini rakyat perlu bangkit dan berikan kemenangan  dan mandat besar kepada BN dan UMNO agar Mahathir dan kelompok Pakatan Harapan yang  telah mensabotaj Ekonomi negara dapat diheret ke Mahkamah kerana betsengkokol dalam menjahanamkan Ekonomi dan menjerat hutang terhadap negara.

Membiarkan petualang negara dari terus merosakkan adalah lebih baik untuk mereka ini dihadapkan kemuka pengadilan agar pengkhianatan yang merosakkan Sistem negara  tidak berulang lagi.

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment