Sunday, 4 December 2022

THE PROMISED LAND: MAKA BERANTAKKAN LAH.UMAT MELAYU.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah, walaupun sebelum sebelum ini semua.kejadian yang ditulis akan terjadi seperti semahunya tetapi kali ini ketepatan fakta yang dinukilan agak sedikit bercanggah.

Walaupun keputusan yang diterjemahkan rakyat tidak setepat seperti yang dijangkakan olih blog ini tetapi alhamdullilah sekurang kurangnya kelibat Mahathir dan anaknya Mukhris telah dikebumikan diParlimen masing masing olih anak tempatan seperti yang dituliskan sebelum PRU berlangsung.

Tetapi alhamdullilah juga , doa agar CUACA baik dan diizinka untuk tidak berlaku hujan extreme dan banjir juga diizinkan Allah SWT. Alhamdullilah.

Manusia merancang dan Allah SWT juga merancang  namun hanya perancangan Allah SWT juga yang mengatasi segalanya.

Apa yang berlaku.dinegara ini semuanya bersebab.

Allah SWT Maha Adil dan Maha Saksama timbanganNya.

Seawal PRU 14 , Mahathir yang berpatah arang dengan UMNO,.telah mengerakkan seluruh jenteranya yang ketika itu beliau menyandarkan strategy kepada Pakatan Harapan yang digagaskan melalui Parti Bersatu atau PPBM yang ditubuhkan telah berjaya menyatukan musuh UMNO.

Walaupun Lim.Kit Siang dan Anwar Ibrahim merupakan musuh tradisi peribadi Mahathir namun Mahathir sanggup menjilat ludahnya sendiri demi dendam kesumatnya, terutama terhadap Najib dan seluruh keanggotaan dalam UMNO.

Mahiaddin Yassin adalah diantara Panglima Perang Mahathir ketika itu dan skandal 1MDB dijadikan "bahan kempen', demi menjatuhkan Najib dan UMNO. 

Semua itu telah menjadi sejarah dan itulah punca kejatuhan empayar Melayu.

Hadith banyak mengatakan bahawa pada prasa akhir zaman ini,.ulama ulama arus perdana merupakan ulama ulama yang jahat  dan menyesatkan. Menjual agama demi kelangsungan kepentingan peribadi dan kumpulan adalah permainan mereka.

Ulama ulama.yang suka membuat fatwa mengikut nafsu bertebaran dibumi Meem ini..Mengkafirkan sesama.Islam amat ringan dilafaskan olih lidah mereka . Namun ramai yang  terpesona dengan penampilan dan susum atur kata kata mereka. Itulah yang kita saksikam sekarang ini.

Berbalik kepada isu negara, ternyata perancangan perancangan yang dilakukan olih manusia demi mecapai kehendak dan nafsu sendiri telah dimakbulkan Allah SWT untuk mecapai kejayaan namun kuasa yang dirasakan dapat dipeluk rupa rupanya tidak terjangkau olih tangan mereka.

Kini mereka memerlukan tangan musuh yang saban hari didifnah, dicerca dan digelar dengan bermacam macam perumpamaan, musuh ini jugalah yang didambakqn untuk memenuhi nafsu serakah mereka.

Allahhuakbar.

Kini mereka memerlukan "nyawa" dari musuh mereka untuk memeluk kuasa. Adakah ini akan diizinkan?

Musuh dalam selimut ,pemfitnah dan pembohong bermaharajalela dizaman.'fitnah' ini dan .habuan wang ringgit adalah pertaruhah.jual diri'. 

Wang ringgit,harta dunia dan kuasa adalah penentu bagi.kaum.ini. Tiada satu.kuasapun didunia  ini dapat menghalang melainkan mereka yang tunduk hatinya kepada Yang Maha Esa yang nampak masa depan.

Dikala kerancakkan fitnah memfitnah, caci mencaci dan Hina menghina, akan muncul satu "sosok" yang bakal mengegarkan sekalian alam, inshaallah, prasa itu dalam perjalanan MENUJU destinasi yang ditetapkan.

Dalam situasi.kacau bilau politik, ekonomi dan kemudaratan kemaslahatan umat,yang dijangka pasti terjadi.. masak dah masak, ranum dan semakin ranum hanya menunggu dipetik saja.

Allahhuakbar.

Maka bersedialah...

Cahaya Al Majid.











No comments:

Post a Comment