Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Trajedi 18hb Februari 2013 bersamaan Jumaat akan menjadi titek hitam dan kenangan pahit bagi keluarga-keluarga anggota Polis yang terkorban dan juga kepada anggota Polis yang tercedera ketika menjalankan operasi mengusir penceroboh yang memasuki tanah berdaulat Malaysia. Sepatutnya kehilangan nyawa ini tidak sepatutnya berlaku dipihak anggota Polis kita sekiranya Kerajaan tidak bersikap lemah didalam memutuskan 'keputusan' yang kritikal.
Amat malang sekali Kerajaan tidak dapat bertindak dengan pantas dan membenarkan penceroboh untuk bersembunyi selama 18 hari . Cubaan perundingan dengan penceroboh yang memakan masa terlalu lama telah membolehkan penceroboh melakukan 'plan' tindak balas serta menyiapkan perangkap untuk ditujukan kepada anggota keselamatan sekiranya nyawa kumpulan mereka terancam.
Entah kenapa dan mengapa pihak keselamatan perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk bertindak keatas 'penceroboh' ini. Sudah terang dan nyata bahawa 'kumpulan ini amat berbahaya sekiranya diberikan ruang dan peluang ' berunding' dan ini membolehkan mereka mengatur strategi untuk mengenakan anggota keselamatan kita.
"THREE STOOGES" YANG DIPERTANGGUNGJAWAP DIATAS KEMATIAN POLIS"
Perdana Menteri - Najib Abd Razak
DARI HARI PERTAMA HINGGA HARI KE 18 AWAK HANYA SIBUK BERKEMPEN UNTUK KUASA?AWAK TAK AMBIL POT PUN HAL KESELAMATAN NEGARA? MACAMMANA?? MANA LEBIH UTAMA 'KUASA KE' ? ATAU ' KESELAMATAN NEGARA". |
Kesalahan pertama jatuhnya keatas bahu Perdana Menteri, iaitu Najib. Disebabkan kelewatan serta tidak keperihatinan beliau didalam menguruskan 'insiden' yang sepatutnya menjadi keutamaan beliau, iaitu, hal berkaitan keselamatan negara dan keselamatan Rakyat tidak didahulukan telah mengakibatkan kematian atau kehilangan nyawa serta kecerderaan kepada anggota keselamatan . Sikap ambil mudah dan hanya melepaskan tangan kepada Menteri atau Pegawai lain amatlah dikesali. Mengambil mudah dan lepas tangan terhadap krisis ini amat memalukan bagi seseorang yang mnemagang jawatan Perdana Menteri. Mungkin disebabkan keyakinan beliau yang bimbang akan 'kuasa' dianya yang akan hilang membuatkan beliau mengutamakan 'pengundi' dari keselamatan negara. Kegagalan beliau didalam memileh Menteri Dalam Negari dan Menteri Pertahanan yang diamanahkan untuk menjaga Keselamatan dan Kesejenteraan Negara dan Rakyat sungguh memalukan. Berbillion ringgit telah diperuntukan kepada dua kementerian tersebut namun 'penceroboh' tetap 'lolos'. Apa penjelasan?
Menteri Pertahanan Ahmad\Zahid Hamidi
KALAU SETAKAT NAK JADI MENTERI DAN TUNJUK 'HENSEM' 'BOLEH BLAH-LA' |
Setiap kali pembentangan budget semestinya kementerian dibawahnya menerima belanjawan berbillion ringgit. Bermacam-macam kelengkapan tentera untuk tujuan pertahanan telah dibeli. Katanya ' untuk menjaga keselamatan pantai, udara dan daratan' di negara kita. Yang terkini dan yang paling 'hot' adalah 'scorpene' atau Kapal Selam. Katanya, kapal selam ini mengawasi laut kita disebelah Sabah dan Serawak. Apa sudah jadi?? penceroboh hanya naik 'bot laju' itu pun tak boleh kesan. Katanya kita mempunyai ' radar' pengawasan. Apa fungsinya?. Tentera Laut kita yang berpangkalan diSabah , apa yang ditugaskan?? Tidakkah dengan kehadiran tentera laut disana tidak boleh menyekat 'kemasukkan' penceroboih ini?? Tentera Darat mempunyai berbagai kelengkapan darat dan udara. Ada kereta kebal dan Heli pengempur. Apa sudah jadi?? Kenapa tidak digunakan Kereta kebal untuk menentang 'penceroboh' ini?? Atau kereta kebal kita hanya sekadar 'untuk hiasan' saja atau Helicopter yang kita punyai hanya untuk kegunaan 'transport' VVIP dan bukan bawa 'bom' atau 'roket'.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Hussin
SETAKAT CAKAP BESAR BOLEH LA!! BILA KENA TENTANG 'REALITI' KAT LAHAT DATU , 'NWAYA POLIS MELAYANG'. DAH TAHU TIDAK BOLEH KERJA..BERHENTILA..."MENYUSAHKAN ORANG " |
Kegagalan beliau didalam menangani 'situasai' kritikal ini amat menyerlah. Hishamuddin dikenali sebagai seorang yang 'lembut' dan 'tidak berpendirian'. Alangkah kecewanya apabila kita mempunyai menteri yang sebegini. Mungkin disebabkan 'kelembapan otak' nya maka, rundingan berlanjutan sampai 18 hari dan Polis kehilangan nyawa dan tercedera. Ketidak kecekapan Menterinya mentadbir Pegawai bawahnya membuatkan ' 'kealpaan' dipihak Polis, tanpa mengetahui tindak tanduk dan 'strategi' lawan. Masa rundingan yang terlalu lama diberikan telah membenarkan 'penceroboh' membuat kubu atau tempat perlindungan 'penembak curi' atau pemasangan "jerangkap amar". Hanya disebabkan mereka berketurunan 'Melayu" dan mengaku Islam telah membuaikan hati dan perasaan Pegawai tertinggi Polis. Disebabkan kebengapan Menteri dan Pegawai dibawahnya yang hanya 'bersifat' ampu bodek' telah menyebabkan ' nyawa" anggota kita melayang.
Rumusan
Ketiga-tiga watak diatas serta Pegawai Tertingginya wajib dipertanggungjawapkan sepenuhnya diatas 'kematian' anggota Polis dan kelewatan bertindak ini. Kelewatan memutuskan 'keputusan' untuk menghapuskan 'penceroboh'an ini adalah kesalahan diperingkat tertinggi. Dengan itu wajib bagi ketiga-tiganya melepaskan jawatan demi kesejahteraan dan keselamatan negara. Kegagalan mereka didalam menyandang jawatan yang diamanahkan oleh Yang Di Pertuan Agung serta amanah 'rakyat' perlu dipikul dan dipertanggungjawapkan sehingga akhirat kerana 'kehilangan nyawa'.
Kepada keluarga anggota yang terkorban Cahaya Al Majid mengucapkan 'takziah' dan Al Fatihah untuk 'Roh Mereka yang Syahid" dan kepada yang tercedera dipohonkan agar Allah SWT melindungi mereka dan keluarga mereka dan semoga cepat sembuh.
Dari segi spritualnya, keadaan, ini akan menyumbang 'gugur'nya Najib dari persada 'kuasa Perdana Menteri". Dan inshaallah, 'duo' saudara ini akan mengakhiri zaman kegemilangan 'Keluarga' mereka dipersada 'kabinet Malaysia". Apa yang didutuliskan bukanlah diatas sebab 'iri hati' atau ' dengki', tetapi ditulis diatas dasar ' karma' perjalanan, kerana UMNO masih lagi menjadi parti 'dominan' Melayu selepas PRU 13.
Segi Politik
Tak kisahlah apa tanggapan politik, samaada Parti pemerintah mahu pun pembangkang. Suruhan atau siasatan DiRaja wajib ditubuhkan untuk menyiasat 'dakwaan' yang dibuat. Samaada ianya konspirasi UMNO ke, BN ke atau Pembangkang ke ,'pesalah' wajib dihukum , keputusan, kebertanggungjawapan diatas kematian anggota polis ini wajib dibela, walaupun, ianya melibatkan orang politik yang 'berpengaruh'. Apa yang rakyat nak tahu, 'boleh ke Kerajaan' melindungi orang awam, samaada mereka itu Anggota Kerajaan mahupun orang awam.
DYMM Yang Di Pertuan Agung, wajib melindungi kedaulatan setiap inci tanah di Malaysia dan melindungi setiap jiwa dinegara ini.
Allah SWT tidak pernah 'memaksa' hambanya tetapi sebaliknya membenarkan ' hamba'Nya membuat pilian. Pilian ditangan anda. Anda yang menentukan ' apakah' perancangan anda.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Ckp je la ko nak Pakatan memerintah, takyah pusing sana sini... Bab fakta Anuar Ibrahim terlibat dlm insiden lahad datu tu ko taknak mintak siasatan DiRaja ke?..
ReplyDeleteAllah SWT tidak pernah 'memaksa' hambanya tetapi sebaliknya membenarkan ' hamba'Nya membuat pilihan - Saya 1000% pilih BN skrg ni.
Saya rasa tuan tidak mencapai maksud yang saya sampaikan. Kita mohon siasatan DiRaja untuk 'menentukan' dalang didalam perkara ini.Tidak kira siapa ' dalanag' dibelakang insiden ini, perlu dihadapkan dimahkamah untuk menjamin ' keselamatan dan kesejahteraan rakyat".
Deletehttp://semangkukcawan.blogspot.com/2013/03/anwar-nur-misuari-di-lahad-datu.html
ReplyDeletejom la renungkan
Salam. Saya dah layari blog. yang tuan sarankan. Saya telah sarankan dipost diatas ' satu siasatan Di Raja" perlu digerakan, untuk mendakwa 'petualang' sehingga menjurus 'keberanian pencerobohan' ini dilakukan di Lahad Datu. Kita tidak bersifat berat sebelah, siapa yang bersalah perlu didakwa kerana mendatangkan kemudaratan keatas Tanah Air.
DeletePersoalan Kenapa polis tak tentera?
ReplyDelete1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu
Alhamdullilah, sekiranya itu perancangan kerajaan. Tetapi 'perundingan" terlalu lama sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa anggota Polis, adalah amat mengecewakan. Kesahihan keturunan'sultan' sulu' ini juga banyak dipertikaian di Filipina. Kerajaan hanya mengiktiraf Filipina dan bukan ' sultan 'wanna be dalam buangan', .
DeleteApe kate ko je perdana menteri? Aku rasa kalu ko jd pemimpin sure ko x kena condemkan.. xde sape nak benda ni berlaku.. x payah nak tuding jari kt org.. kalu x, ko g je lahad datu tu g serang.. sure xnak kan.. so beza org yg berakal n berilmu n beramal is buat .. bukan kutuk kondem n menyalahkan oorg lain..
ReplyDeleteSalam. Sekiranya Jawatan Perdana Menteri itu sesuatu yang 'exclusif' yang bersifat 'tidak boleh ditegur' bermakna itu"dektator" tetapi teguran rakyat dan keperihantinan rakyat terhadap anggota keselamatan yang terpaksa ;menggadaikan nyawa' siapa yang nak bela?? Kita bukan menuding jari tetapi mempertikaikan ' bagaimana penceroboh ini boleh lolos' ketanah air, lengkap bersenjata? sedangkan pertahanan dilaut, darat dan udara , lengkap segala peralatan?. Cuba renungkan? Perkara ini tidak perlu akal dan ilmu, tetapi, depan mata??
DeleteSalam tuan rumah,
ReplyDeleteusah menangguk di air yang keruh...
Wsalam. Tidak terniat dihati untuk melakukan seperti tuan 'dakwakan'. Kita sebagai rakyat perlu melontarkan 'pandangan' dan ' isi hati' sekiranya sesuatu perkara itu didapati ' janggal' dimata. Tahukah tuan bagaimanakah perasaan dan rasanya apabila bapa kita berada diperbatasan mempertahankan negara, samaada baik 'sempurna tubuh' atau ' 'kapan mengiringi'. Kan saya kata ' peralatan canggih' berbillion ringgit, kenapa tak digunakan?
DeleteApa kata hang pi fotostat banyak-banyak entry hang ni... pastu hang pi edar kat kalangan keluarga & sahabat handai anggota polis yang terkorban tu? Nak best lagi masa depa ramai-ramai kat rumah arwah.. masa baru lepas baca Yasin tu..
ReplyDeleteKita tengok apa jadi lepas tu..
Kalau terror la.. kalau berani sangat la..
Salam. Apa yang saudara tuliskan menunjukkan saudara seorang yang tidak berpelajaran. Allah SWT berikan kita 'akal" dan ' hati' untuk kita gunakan . Bukan memperlekehkan!!!
DeleteRoot cause isu ini hanya akibat ketidakpuaaan hati individu watan lahad datu tentang isu tanah pusaka dipindahmilik ke felda. Lawan kat mahkamah kalah. Jadi disusun rancangan 'gila' tentunya berunsur adat, tanah pusaka,kedaulatan dan hak.
ReplyDeleteSiapa punya angkara? Mat bom.....ketua cawangan umno kg nyamuk. Inilah orang yang berjaya menjadikan isu peribadi menjadi satu bahana...
Maka inilah yang ditutupi rapi kerana insiden ini ada kaitan dgn parti politik...tp kami rakyat malaysia tak lihat parti politik...kami lihat soal kedaulatan dan hak kami sbg rakyat yang menunaikan tanggungjawab membayar cukai tp diperlekeh pemerintah yang sedaya upaya menutup perkara sebanar..
Orang kecil
Kalau benar seperti yang didakwa, kenapa tidak dibawa perkara ini ke Yang Di Pertuan Agung atau pun Tuan Yang Terutama Negeri Sabah. Kalau tidak berhasil juga, seluruh rakyat perlu 'memprotes' secara baik untuk dapatkan perhatian DYMM dan TYT. Sekarang, siapa yang susah. Perlukah mengorbankan 'nyawa' orang yang tidak bersalah. Perlu diingat, 'harta dunia' tidak akan mengiringi kita ke liang kubur.
DeleteSlm..tak payah nk pbsarkn isu bkait dgn politik n pmbangkang.Kita sama2 doakan smua ni dapat dan cepat d slesaikan.Ksian anak bini anggota pengaman yg tpaksa bsabung nyawa demi negara tercinta..Perasaan keluarga anggota tak dapat anda smua bayangkan..Tak pasti suami bapa slamat ke x kat sana..Mudah2an slmt plg ke pangkuan kluarga.Amin
ReplyDeleteSalam. Perlu diingat, semua keputusan dinegara ini diputuskan oleh 'politik'. Memang kita bersimpati dengan keluarga arwah tetapi perlukan seseorang itu mati hanya disebabkan pertikaian politik dalaman.
DeleteSalam....Apakah kesudahan isu di Sabah ini?? Adakah ia akan tamat begitu sahaja atau keadaan akan meruncing??? Adakah ia suatu permulaan kepada keadaan kacau-bilau?? Sapa pm selepas najib??? Adakah pm baru nanti akan mengulangi kesilapan2 pemerintah terdahulu?????
ReplyDeleteSalam. Inshaallah, topik ini akan saya ulas diposting akan datang.
Delete