Thursday, 28 February 2013

RENUNGAN JUMAAT : SEPATUTNYA HARI JUMAAT MERUPAKAN HARI UMAT ISLAM 'CAS POWER' BUKAN 'HILANG POWER " :INSTITUSI MESJID PERLU BERUBAH DEMI MENYANGSANG JIWA JEMAAH AGAR SENTIASA SEGAR DAN SEDAR BUKAN 'TIDUR'.

IMAM SEPATUTNYA BERTINDAK SEBAGAI MENYANGSANG JIWA-JIWA JEMAAH  DENGAN  KHUTUBAH YANG BOLEH MENCERNA HATI DAN PEMIKIRAN DAN BUKAN KHUTUBAH YANG MENDATAR YANG  'MENIDURKAN' HATI DAN JIWA JEMAAH. 

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Hari Jumaat merupakan penghulu kepada hari-hari yang lain. Dihari ini umat Islam diwajibkan meninggalkan perniagaan atau sebarang kerja semata-mata  untuk menghadirkan  diri dirumah Allah untuk menunaikan solat  Jumaat seperti yang diwajibkan. Tetapi tidak pula terdapat ayat-ayat Allah SWT yang melarang kaum hawa dari bersama-sama untuk kewajipan ini. Mungkin disebabkan 'hadith-hadith" yang didakwa disabdakan oleh Rasullulah melarang kaum ini dari bersama-sama untuk berjemaah Jumaat , maka  kepastian dan ketentuan ini tidak  dapat dibuktikan kesahihanya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Solat seorang perempuan di rumahnya lebih utama daripada ia solat di masjid". - 


Hadith
Sabda Rasulullah saw bermaksud, “(Solat) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”



Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli.”
(Surah al-Jumuah, ayat 9).

Berhubung dengan rutin solat fardu Jumaat yang dipraktikan dinegara kita. Dari dahulu hingga sekarang  contoh perlakuan atau aturcaranya adalah sama dan tidak berubah dan saya rasa tiada satupun penambahbaikaan dilakukan terhadap rutin ini sejak zaman berzaman. Kalau seawal  umur 7 tahun kita sudah menjejaki kaki dimesjid pada setiap Jumaat, cuba perhatikan, cara, bentuk dan khutubah adalah sama yang membezakan hanyalah pada tek atau topik yang dibacakan oleh Imam. 

Mungkin disebabkan aturcaranya sama, maka, dapat kita lihat dengan jelas disekeliling kita, sewaktu Imam menyampai atau membacakan  'khutubah ', terdapat segelintir dari jemaah yang melelapkan mata, ada yang mendiamkan diri dan bertasbih, ada yang berbual dengan rakan-rakan  dan tidak ketinggalan juga 'sibuk ber 'sms' atau ' khusuk main game dihandphone masing-masing. Kenapa gejala ini berlaku? Kenapa jemaah tidak menumpukan perhatian kepada Iman yang menyampaikan khutubah? Kenapa sikap sambil lewa ini terjadi kepada diri-diri yang menghadirkan tubuh badan  untuk berjemaah? Adakah kehadiran ini terpaksa atau secara sukarela atau hanya melunaskan 'tuntutan' Al Quran?? Siapa yang perlu kita persalahkan didalam hal yang kita rasa remeh tetapi berimplikasi besar ini?


KHUTUBAH JUMAAT MEMAINKAN PERANAN  PENTING DEMI MENYEMAI KETERUJAAN JEMAAH DAN BUKAN SEBALIKNYA. ADAKAH CONTOH INI BAIK UNTUK DIPANDANG OLEH ANAK-ANAK YANG SEDANG MEMBESAR??
                                   

Pernah ke kita fikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi 'fenomena' kemalasan dalam keterpaksaan ini? Saya berharap institusi yang dipertanggungjawapkan didalam  memertabkan institusi  mesjid-mesjid  tidak memandang enteng 'gejala' yang merusakan 'individu-individu' yang tidak memahami 'erti sebenar ' solat Jumaat" ini.  Sesuatu pembaharuan perlu difikirkan demi menceriakan 'rumah Allah" ini. Kita tidak ingin melihat kehadiran jemaah-jemaah  yang  tidak mendapat keberkatan dari menghadirkan diri  mereka dimesjid. Kita tidak mahu mereka kerugian. Oleh itu satu tuntutan baharu perlu dilaksanakan demi kebaikan jemaah-jemaah itu sendiri.



Bagaimana caranya kita harus memupuk perasaan serta keinginan yang tinggi terhadap seseorang untuk berasa teruja untuk tidak melepaskan 'solat Jumaat'. Pembaharuan perlu dilakukan demi 'mentransformasi' institusi mesjid ini agar ianya bukan saja sebagai sebuah rumah ibadat tetapi sebagai 'ruang' untuk umat Islam bertumpu seharian sebagai ' gedung perbendaharaan Allah SWT".

Seperkara yang perlu kita hindarkan ialah menjauhkan gegala politik' dari menghuni  ruang pada setiap "Rumah Allah."

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. Salam Tn, minta d nyatakan judul & penerbitan buku tn.
    2. sy yg kurang ilmu & kengkangan kewngan ni apa yg boleh membantu
    mat66p@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam. Inshaallah, dalam masa terdekat buku ' Perjalanan Ke Dua Cahaya Al Majid' akan diterbitkan. Untuk permasaalah tuan, ' manusia diminta perbanyakan istifar dan solat memohon keampunan". Setiap sesuatu, kekurangan dan kekayaan' kepada hambaNya adalah ujian. Inshaallah, sekiranya ditambah dengan 'usaha' pelbagai ' urusan rezeki dari Yang Maha Esa pasti menjengah dimuka pintu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. posting yg lepas tn mencari hamba Allah yg bermacam ilmu juga yg tak berilmu untuk d satukan & d gerakkan untuk melindungi umat muhammad yg tindas mat66p@yahoo.com

      Delete
    2. Maaf, lambat reply pertanyaan saudara. Baru hari ini berkesempatan menjawap pertanyaan sdr. Apa yang terjadi kini, adalah sebabnya kenapa saya war-warkan apa yang saya pinta, namun tidak ramai yang menyahut seruan tersebut. Alhamdullilah, keperihatinan sdr diucapkan terima kasih.

      Delete