'APABILA SESEORANG ITU MELAKUKAN KESALAHAN IANYA WAJIB DITEGUR'
Assalammualaikum.
Terpanggil diri ini untuk menuliskan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz berhubung pemberian BRIM oleh kerajaan kepada rakyat. Alangkah terperanjatnya diri ini apabila seorang manusia yang diangkat oleh 'pengikut-pengikut'nya meluahkan ungkapan ' menyamakan ' penerima' bantuan kerajaan (BRIM) sebagai 'haiwan' dengan meluahkan" simpulan bahasa " yang amat jahat dan menguris hati dan perasaan bagi setiap manusia di Malaysia yang menerimanya.
Difahamkan beliau baharu saja pulang dari Tanah Suci Mekah kerana menunaikan 'Umrah" katanya. Amat terkilan dihati, apabila seseorang yang diangkat sebagai 'ulama' terpacul perkataan yang tidak elok didengar terpancut keluar dari mulut Nik Aziz. Kata-kata yang diluahkan tidak mencerminkan watak 'ulama' yang sepatutnya dimiliki oleh yang empunya diri. Sedih dan tergamang dengan tindakan beliau. Sepatutnya bagi setiap individu yang baru saja pulang dari menunaikan ibadah seperti yang didakwa dan merendahkan sayap terhadap Yang Maha Esa dan semestinya Nik Aziz memohon keampunan keatas setiap kesalahan yang dilakukan dan berjanji dihadapan Rumah Allah setidak-tidaknya 'bertaubat' dan berjanji bahawa setiap diri akan cuba meninggalkan segala keburukan dan mencuba melakukan kebaikan tetapi perbuatan Nik Aziz tidak mencerminkan perbuatan seperti sepatutnya.
Apa yang dapat ditakrifkan pemergian Nik Aziz untuk bermuhasabbah diri serta berusaha menjadi manusia terbaik untuk dijadikan teladan kepada manusia lain tidak dimakbulkan Allah SWT. Sebaliknya Nik Aziz menjadi manusia yang amat bacul ucapan dan perkataannya. Sifat meninggi diri serta ego 'kekuasaan' dunia telah menyelubungi 'watak' Nik Aziz ini. Mungkin ini adalah petunjuk dari Allah SWT kepada manusia yang dipimpinnya agar menilai semula sifat 'ketaksuban' pengikutnya terhadap diri Nik Aziz. Contoh yang ditonjolkan oleh Nik Aziz umumnya kepada orang lain amat buruk implikasinya. Sifat merendah diri seolah-olah hilang dari diri beliau dan sifat' aku saja yang betul' menguasai jiwa ini. Sifat inilah yang akan memakan diri beliau sendiri dan kejatuhan 'taraf ulama' terhadap diri beliau akan menghantui hari-hari terakhir beliau.
SEPATUTNYA PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT BELIAU SETELAH PULANG DARI MENUNAIKAN UMRAH ADALAH YANG BAIK-BAIK TETAPI!!!! ALLAH SWT SURUH HINA ORANG LAIN KE?? ISLAM APA YANG ANDA PRAKTIKAN. MACAMMANA NAK AJAK ORANG LAIN KEPADA ISLAM KALAU ORANG ISLAM SENDIRI TIDAJ MEMBERIKAN CONTOH TERBAIK. |
Sifat menerima kebaikan orang lain tidak terdapat didalam diri Nik Aziz. Semua yang dipandang bertentangan dan bersalahan dengan prinsip beliau. Setiap perilaku seteru beliau semuanya salah. Sifat memaafkan orang lain tidak terdapat dikamusnya. Mengiktiraf kebenaran dan kebaikan lawan adalah 'kebencian' beliau. Kejayaan orang lain adalah kekurangan pada beliau. Kemampuan orang lain adalah adalah keburukan.
Sifat-sifat keperibadian beliau amat bertentangan sekali dengan 'sifat' ulama sebenar. Percakapan beliau bukan lagi bersifat 'kasih sayang' tetapi lebih menjurus kepada 'memperlekeh' orang lain. Sifat-sifat ini menandakan 'sifat ulama jahat' yang berkeperibadian "lembut lidah dari gusi" sudah mula muncul dibumi Malaysia. Mungkin ini adalah permulaan dimana 'ulama-ulama' jahat sedang diangkat manusia yang jiwa-jiwa yang sesat. Sifat menuduh dan menjatuhkan hukum , kepada manusia lain menjadi 'permainan kata-kata' yang terlekat dibibir.
Mungkin bagi Nik Aziz, Al Quran bukan lagi pegangan dan sunnah bukan lagi ikutan tetapi kefahaman yang boleh menjaminkan ' kekuasaan dan kekayaan' adalah keutamaan. Menyakitkan hati dan menguriis perasaan orang bukan lagi kesalahan . Perasaan sesama Islam tidak perlu diambil kira.
Itulah manusia apabila kefahaman tidak selari dengan tuntutan Allah SWT
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
"Sifat inilah yang akan memakan diri beliau sendiri dan kejatuhan 'taraf ulama' terhadap diri beliau akan menghantui hari-hari terakhir beliau." Adakah pas akan kalah di kelantan pada pru13 nanti?
ReplyDeletePas itu bukan Islam dan Islam itu bukan Pas..Pas adalah sebuah parti politik manakala Islam itu adalah agama...Nak masuk Islam kena mengucap 2 kalimah syahadah manakala nak masuk Pas kena isi borang keahlian..Rukun Islam ada 5 manakala rukun pas ada berjuta2 dan berbelit-belit..sekejap boleh sekejap tak boleh..selalu je spin
Inshaallah, dedaun hijau yang meliputi pokok Kelantan berguguran kerana disembur racun oleh "Tuan Punya" kerana dedaunnya kebanyakannya dimakan ulat. Tunas baru mula berputik . Tunas ini disirami dengan 'air' dan dibajai. Penjagaan kali ini amat rapi agar tidak dimakan ulat sekali lagi.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteana bukanlah mahu membela nik aziz..tapi bila datang sesuatu berita itu eloklah disiasat terlebih dhulu seperti yg disarankan oleh Allah SWT dan Nabi SAW..
kalau tgk video ucapan nik aziz tu bukanlah ucapan itu ditujukan kepada penerima brim atau rakyat tetapi kepada pemerintah. pemerintah yg mahukan sokongan rakyat..pemerintah yg mahukan perhatian dr rakyat..itu maksud sebenar..
wallahualam.
sy pn berfikiran spt ano di atas..seeloknye selidik dulu supaya tulisan x jd fitnah..bkn mahu membela Tuan guru..Doa dimakbulkan atau tidak adalah urusan ALLAH..bkn kita yg menentukan
ReplyDelete