MALAYSIA TUNGGANG LANGGANG : MACAM MACAM HAL. SEMUA NAK JADI HERO. SEMUA HERO HINDUSTAN. |
Riuh rendah seMalaya dengan kabar angin yang mengatakan bahawa Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen pada Jumaat lepas. Setiap bahagian UMNO dan BN diserata pelusok negara telah dilanda 'kabar angin' ini, tidak terlepas parti pembangkang, semuanya, terkesima dengan ura-ura ini. Dari Pak Menteri hinggalah kemacai-macai politik terutama BN dan UMNO semuanya menjajakan 'perkabaran ghaib' ini seolah-olah mereka telah dibisekan oleh . malaikat' yang menjaga Najib, untuk menyampaikan berita 'gempar' ini.
Apa yang dapat dilihat dan dianalisis, Najib seakan-akan tidak ingin mengumumkan pembubaran Parlimen secepat . Agaknya masih banyak lagi agenda yang belum atau perlu diselesaikan.Atau Najib beranggapan kedudukan beliau atau BN masih belum menjamin kemenangan kepada mereka. Setiap hari parti politik akan mengutarakan 'andaian' masing-masing keatas perbuatan lawan masing-masing. BN akan mengandaikan 'persepsi' mereka terhadap tindakan pembangkang dan begitu juga sebaliknya 'pembangkang' akan melakukan seadanya untuk menimbulkan keraguan terhadap pemerintah.
Tetapi isu yang terhangat dipasaran politik ketika ini adalah, isu pemberian BRIM yang dilabel oleh Nik Aziz sebagai ' penerima' ibarat 'ayam yang ditabur dengan makanan atau hampas ". Dengan pelabelan 'perumpamaan' tersebut, dengan tidak secara langsung telah menjerat 'leher' Nik Aziz dan bermacam-macam kecaman dilontarkan kepada beliau. Kebanyakan penerima, samaada ahli pembangkang mahupun ahli parti pemerintah semuanya 'bersuara' , menentang 'pandangan' Nik Aziz. Kebanyakan yang menerima BR1M ini adalah dari kelompok yang bukan orang kaya dan miskin pun tidak, tetapi, kurang pendapatan.
Isu kedua terhangat yang mendapat 'rating' tertinggi bangsa asing adalah kepulangan PI Balasundram, manusia yang melarikan diri keluar negara gara-gara kes pembunuhan Alantutya. Selepas bertahun menyembunyikan diri diluar negara, kini, dengan megahnya beliau pulang keMalaysia dan disambut oleh puluhan kaum kerabat parti pembangkang terutama 'yang sama colour' dengannya. Dengan menjaja kisah-kisah 'yang terselindung', maka bermula penjelajahan politik untuk dicanang diserata pelosok negara.
Isu yang tidak disentuh oleh kebanyakan ahli pembangkang adalah 'isu' pendaratan tentera Sulu di Lahat Datu. Berbekalkan M16 serta Bom ditangan dengan pakaian seragam, lebih kurang 100 orang yang mendakwa dari 'keturunan Sulu serta tentera setia kepada Sultan Sulu maka pendaratan ini atau kita simpulkan sebagai 'pencerobohan' terhadap kedaulatan negara, masih lagi berterusan. Kata sepakat belum lagi dimeteri dan kini Presiden Filipina telah mula menyuarakan pandangan agar 'tentera' tersebut dengan segera meninggalkan Lahat Datu. Tetapi semua usaha itu masih lagi belum membuahkan hasil.
Dimasa yang sama parti pemerintah masih meneruskan agendanya bertemu dengan rakyat dan berbagai-bagai tawaran atau 'buah tangan' telah dipersembahkan atau disalurkan kepada Rakyat. Nampaknya setiap inci rakyat menerima 'habuan' ini tanpa mengira latarbelakang politik bangsa mahupun agama, semuanya merasa 'hadiah' ini. Begitulah keadaanya ' strategi Najib atau pemerintah didalam memenangi 'hati' rakyat. Semenjak pembentangan budget 2013 yang lalu, berbillion ringgit telah diperuntukan kepada rakyat samaada melalui , Persatuan, Rumah Ibadat, Sekolah atau apa saja medium yang boleh sampai kepada rakyat semuanya disalur. Begitulah sifatnya BN yang sangat ' perihatin" kini, samaada benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat atau sekadar "game" membeli hati rakyat menjelang PRU 13 ini, hanya Tuhan saja yang tahu.
Samaada rakyat sudah membuat ketetapan atau pun belum tentang siapa yang bakal dipileh, semuanya tertakluk kepada bila 'pembubaran' Parlimen dibuat. Samaada March atau April itu tidak penting lagi. Yang penting PRU pasti terjadi. Samada Najib bersedia atau tidak ,detik itu pasti datang.
Kini rakyat sedang menimbang dan memerahati perilaku orang-orang politik, siapa pembohong, siapa pembongak, siapa penipu, siapa perompak, siapa kaki minum, siapa kaki betina, siapa perasuah ,siapa putar alam, siapa sesumpah, siapa talam dua muka atau siapa lalang semuanya akan menerima hukuman dari rakyat pada PRU 13 .
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Salam..
ReplyDeleteagak-agaklah parti mana yang akan menang pru13 ni? mengikut artikel saudara yang terdahulu mengatakan bn masih lagi kekal memerintah..betulkah malaysia akan huru-hara selepas pru ini dan atm akan merampas kuasa dan darurat diisytiharkan??????
sambungan...
ReplyDeleteatm akan merampas kuasa dan darurat diisytiharkan..atm akan memerintah ketika itu sehingga pemerintahan negara akan diserahkan kepada 'yang berhak'....
Inshaallah, BN kekal memerintah tetapi akan ada kejutan dipihak BN yang keputusan itu tidak dapat diterima. Inshaallah, tiada darurat atau huruhara. Andaian itu hanyalah 'stratregi" politik. Orang Melayu masih lagi waras didalam 'menentukan' arah mereka. Ketidak puasan hati ' manusia duri dalam daging melayu ( sy harap saudara faham siapa yang saya tujukan) akan kehilangan tempat di persada politik. Inshaallah dengan hidayahNya, Melayu dan Malaysia masih lagi terpelihara.
ReplyDeletexpe biarkan BN perintah... sampai muflis negara... yes masa tu barulah huru-hara dibuatnya
ReplyDeleteSalam. Kita bukan melihat politik tetapi kita nampak agenda terlebih besar dari itu. Pandangan orang awam tak kan sama dengan pandangan 'mubaligh'. Pandangan kami lebih jauh menjangkaui pandangan orang awam. Inshaallah..kemakmuran Malaysia berterusan..bukan kerana BN tetapi..limpahan kurnia Allah SWT.
Delete