Tuesday 16 December 2014

THE PROMISED LAND :SEMUANYA KERANA 'YES BOSS',

  INILAH PUNCANYA APABILA YANG BUKAN AHLI
DIBERI TEMPAT.

                                    EKONOMI DIERA NAJIB BAKAL TERJUNAM
                                          ADAKAH NAJIB AKAN IKUT SEKALI

Bismillah-hir[-rahman-nir-rahim

Kalau dahulu kita hanya perlu membayar RM 3.00. untuk impot  bernilai US1.00 tetapi kini kita terpaksa membayar sebanyak RM3.50  untuk impot yang sama   bernilai USD1.00. Ini yang dikata olih Ahmad Maslan bahawa 'ekonomi' kita tidak terjejas. Lemahnya nilai Ringgit Malaysia berbanding matawang asing  dikata 'tidak menjejaskan'.'.

Benar, export kita  menjana pendapatan yang stabil namun untuk nilaian yang diterima kita akan mendapat pulangan yang rendah kerana nlai matawang kita semakin mengecil seperti penyataan tara antara nilai RM dan nilai USD.(US1-RM3-50)

Tetapi disebabkan harga minyak telah mula merudum menghampiri 40% iaitu bersamaan USD60-00 maka hasil kutipan atau perolehan  hasil ekspot minyak Petronas pasti terjejas dengan teruk dimana semua tahu bahawa Petronas merupakan  penyumbang dan 'penjana' utama 'dana' untuk Kerajaan begitu juga dengan Minyak Sawit, harganya juga telah  mula merudum. Tidakkah ini 'menyesakkan' perjalanan kewangan negara.


Bak kata Ahmad Maslan, hasil masyul sektor  Pelancongan bolih mengimbangi pendapatan tetapi janganlah 'pelancong' yang dibawa itu merupakan 'pelacur" kerana ramai yang datang kenegara ini kebanyakkannya 'sambill menyelam minum air' tu sebab ' rumah urut' dan 'pelacuran' menyumbang 'dana' yang besar dalam aktiviti haram ditambah pula dengan 'pelancong' yang tak keluar-keluar, alih-alih 'bekerja secara' haram. Itukah yang dimahukan olih Kerajaan???

                  

Harga minyak jatuh, jadikan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara, - 


Malaysia muncul sebagai tempat paling lemah dalam Asia Tenggara berikutan penurunan semasa harga minyak mentah dunia dan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang melemahkan ringgit berbanding dolar AS, kata konsultan kredit antarabangsa. -

Firma perunding berpangkalan di London Spiro Sovereign Strategy yang khusus dalam dana dijamin kerajaan di Eropah berkata saham Malaysia jatuh 12% dalam tempoh 3 bulan, digambarkan sebagai “penurunan tercuram” di kalangan EMs utama, sementara ekuiti Indonesia dan Thailand hanya jatuh 0.8% dan 2.5% masing-masing bagi tempoh yang sama. -

Firma perunding berpangkalan di London Spiro Sovereign Strategy yang khusus dalam dana dijamin kerajaan di Eropah berkata saham Malaysia jatuh 12% dalam tempoh 3 bulan, digambarkan sebagai “penurunan tercuram” di kalangan EMs utama, sementara ekuiti Indonesia dan Thailand hanya jatuh 0.8% dan 2.5% masing-masing bagi tempoh yang sama.

Hasil bon matawang tempata Malaysia sepanjang 10 tahun meningkat secara sederhana sejak harga minyak jatuh pada Oktober, Spiro berkata pengaliran masuk asing ke dalam pasaran hutang kerajaan negara itu menukar ia kepada aliran keluar. -

Beliau berkata bon Malaysia kekal tidak menarik kerana hasil yang rendah dan memetik data daripada Bank Amerika Merril Lynch, yang mengesan pegangan asing dalam hutang domestik EM, pasaran tempatan bon Malaysia menghadapi aliran keluar AS$900 juta pada Oktober. -

Pasaran bon Indonesia dan India menikmati AS$1 bilion dan AS$600 juta aliran masuk, susulan hasil lebih tinggi -

,Kedua-dua kerajaan India dan Indonesia berjaya mengambil kesempatan terhadap kejatuhan harga minyak untuk melaksanakan pembaharuan fiskal yang sangat diperlukan.

“Malaysia, sebaliknya, mengalami kemerosotan dalam fiskal dan imbangan akaun semasanya,”

Kejatuhan harga minyak boleh memburukkan lagi kedudukan keseimbangan bayaran Malaysia, berkata lebihan akaun semasanya sudah “menurun dengan teruk” pada Oktober, -

P
emilikan asing “sangat tinggi” dalam pasaran hutang domestik Malaysia, kerana pasaran berubah dan Rizab Persekutuan AS kelihatan mula meningkatkan kadar faedah pada pertengahan tahun depan sangat membimbangkan


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Walaupun berdepan dengan penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat dan Singapura, keadaan ini dijamin tidak akan menjejaskan ekonomi negara.
                      
AHMAD MASLAN
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, nilai ringgit secara jangka panjang akan kekal kukuh jika dibandingkan dengan mata wang utama seperti Euro, dolar Australia serta Yen Jepun.

Menurutnya, keadaan masih dalam keadaan stabil malah tiada semakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan dibuat dalam masa terdekat.

“Baru-baru ini kita telah mengadakan taklimat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membincangkan implikasi penyusutan ringgit selain kekurangan pendapatan negara kerana harga minyak dunia dalam keadaan lemah, namun kita diberi jaminan isu itu tidak timbul. Ekonomi negara tetap subur dan tidak terjejas.

“Penyusutan dan pengukuhan ringgit bukan hanya perlu dilihat pada satu sudut yang negatif tetapi kalau kita lihat dari sudut pelancongan dan eksport yang bertambah, ini bermakna ada juga peningkatan positif dalam sektor-sektor tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemeteraian perjanjian pembangunan hospital kanak-kanak permata, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan kerajaan akan meneliti implikasi negatif yang mungkin terjadi dari masa ke semasa selain membuat pengumuman jika perlu.
“Asas-asas ekonomi negara kita sentiasa kukuh. Oleh itu penyusutan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara dengan ketara sebaliknya kita akan terus berkembang.

“Hasrat negara untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi tidak akan sesekali terbantut. Kita juga akan terus memantau keadaan dari masa ke semasa selain segera membuat apa-apa pengumuman sekiranya berlaku apa-apa,” tegasnya.

Dalam pada itu, mengenai Bajet 2015, jelas Ahmad, walaupun Petronas menyatakan kemungkinan pembahagian dividen kepada kerajaan akan dikurangkan sekiranya harga minyak kekal seperti sekarang, namun bebanan subsidi dijangka berkurangan.

“Hasil penstrukturan semula subsidi baru-baru ini, beban kita telah kurang kepada RM19 bilion berbanding RM23.5 bilion tahun lalu,” katanya.

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment