BAHAGIA KETIGA
"Penghijrahan" Peter, Aunt Lily, John Paul, Andrew dan Simon kepada Islam
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Sesungguhnya apa yang aku tuliskan ini semuanya benar belaka dan hanya Allah SWT menjadi saksi.
Setelah seminggu berlalu dan setelah Kisah Pak Hamid ,warga negara Singapura yang singgah didalam Perjalanan Ku, kisah bagaimana beliau sempat 'bertaubat' dengan kerelaan dirinya sendiri setelah mendapat hidayah dari Allah dan meninggal dunia keesokkan harinya dibumi Langkawi menimbulkan tandatanya kepada diri aku, Siapa Aku?..Keajaiban sebelum kematian yang dilalui olih arwah Pak Hamid disaksikan oleh anak dan isterinya.Kisah ini aku tuliskan didalam buku
saja.
Sehari sebelum kejadian Peter Carlos memberitahu aku bahawa beliau ingin bertemu dan berbincang mengenai sesuatu yang serius dengan aku tanpa menerangkan 'perkara pokok' membuatkan hati aku tertanya-tanya . Pada hari kejadian aku menunggu beliau direstoran kebiasaan. Lebih kurang sepuluh minit menunggu kelihatan Peter Carlos tergesa-gesa berjalan kearah aku. Kami duduk semeja . Pada saat itu Peter Carlos meluahkan perasaan beliau kepada aku bahawa beliau ingin 'hijrah' dari agama lamanya kepada Islam. Kata beliau lagi sejak kebelakang ini beliau selalu mendapat petunjuk dan kini beliau merasakan sudah sampai masanya untuk beliau melakukan pengorbanan ini. Dengan perasaan gembira serta terharu aku memeluk Peter. Dengan linangan air mata aku ucapkan 'Alhamdullilah" kepada beliau. Setelah semua urusan resmi telah dilakukan maka Peter Carlos memilih Amin sebagai nama Islamnya sementara isteri beliau dinamakan Nora.
Nota : Kisah 'miracle' yang dilalui Amin Carlos hanya aku tuliskan sepenuhnya didalam buku aku.
Penghijrahan Peter kepada Islam tidak aku khabarkan kepada Simon kerana aku tidak mahu dikatakan sebagai membesarkan cerita. Biarlah waktu dan masa yang menentukan dan sebolihnya biarlah berita ini dikabarkan sendiri oleh Amin Carlos kepada mereka.
Seminggu selepas Peter memeluk Islam, aku dikhabarkan oleh Simon bahawa Aunt Lily akan datang semula ke Langkawi untuk bercuti panjang. Sememangnya kedatangan beliau amat aku nantikan. Aunt Lily sampai di Langkawi pada awal pagi dan aku hanya berkesempatan bertemu beliau hanya pada sebelah petang. Lebih kurang jam dua petang aku bertemu mereka di Restoran biasa kami berkumpul. Waktu aku sampai d Simon berserta anak-anaknya ada bersama begitu juga dengan Aunt Lily. Setelah bersalaman dengan Simon lalu aku memeluk Aunt Lily. Aku mengucapkan selamat datang dan memohon maaf kerana terlewat.Didalam kerancakan berbual, Aunt Lily memberitahu aku bahawa beliau ingin mengikut 'kepercayaan" aku iaitu Islam. Kata Aunt Lily lagi selepas pertemuan kali pertama kami dahulu, beliau banyak berfikir dan memohon petunjuk Tuhan, dah akhirnya beliau menemui jawapan dan petunjuk tersebut. Tanpa dipaksa dan dengan kerelaan sendiri ,beliau ingin memeluk Islam. Mendengarkan kata-kata Aunt Lily itu, lalu aku peluk beliau dan aku ucapkan "Alhamdullilah' dan aku katakan bahawa beliau telah memilih jalan yang sebenar menuju TuhanYang Esa. Tanpa aku sedar air mata kegembiraan berlinangan membasahi pipi aku begitu juga dengan Aunt Lily turut sama menangis kegembiraan. Allah Maha Besar, kegembiraan itu juga Tuhan ingin kongsikan bersama Amin juga. Didalam kegembiraan itu Amin pun sampai lalu aku kongsikan berita gembira itu kepada Amin. Dengan persaaan gembira Amin memeluk Aunt Lily sambil linangan air mata. Amin pun memberitahu Aunt Lily bahawa beliau sekeluarga juga sudah 'berhijrah' sama seperti Aunt Lily. Dengan tidak semena-mena John Paul dan Andrew James mencelah. Beliau meminta keizinan daripada bapanya agar mereka juga bolih 'berhijrah' sama seperti Aunt Lily dan juga Uncle Amin. Simon tidak berkata apa-apa, lalu aku nasihatkan mereka berdua agar berbincang dahulu dengan bapa mereka kerana kedua-duanya masih lagi dibawah tanggungan.
Akad dan juga melafaz sahadah aku lakukan sendiri terhadap Aunt Lily pada petang itu juga. Pada keesokkan harinya aku membawa Aunt Lily ke Pejabat Agama Islam Langkawi untuk mendaftar secara sah. Aunt Lily memileh Maryam bt Abdullah sebagai nama Islamnya. Memandangkan beliau masih lagi perawan dan belum pernah berkahwin maka aku jangka bahawa nama yang dipilih itu amat bersesuaian dengannya.
Setelah semuanya selesai aku, Amin dan Aunt Lily (Mariam) balik kerumah Simon.Disana aku katakan kepada Simon bahawa semua urusan telah diselesaikan. Berbalik kepada John dan Andrew , mereka berdua masih mendesak aku untuk turut sama. Lalu aku panggil Simon disaksikan Amin dan Aunt Mariam. dan aku terangkan kedudukan sebenar kepada mereka berdua berhubung permintaannya itu. Alhamdullilah, dengan penerangan itu Simon memberi keizinan kepada kedua-dua anaknya 'berhijrah' mengikut Uncle Amin dan juga 'Aunt Lily". Setelah mereka membersihkan diri lalu aku jalankan 'akad' serta ' lafaz sahadah' kepada mereka berdua dan aku berjanji kepada mereka bahawa pada keesokkan harinya aku akan menguruskan pendaftaran mereka pula di Pejabat Agama. Sebelum aku meninggalkan mereka aku menamakan John Paul sebagai Yazid dan Andrew James sebagai Hussan. Itulah nama Islam mereka yang aku pilih.
Pada sebelah malamnya pula aku mendapat panggilan daripada Simon, beliau memberitahu aku bahawa beliau juga ingin 'berhijrah'. Lalu aku tanyakan kepada beliau. adakah kerana kawan-kawan dan anak-anaknya, menyebabkan beliau memilih Islam atau sekadar ingin mengikut. Beliau menerangkan kepada aku bahawa sememangnya hati beliau sudah terbuka tetapi waktu tidak mengizinkan. Kalau diikutkan sejarah, didalam keluarga Simon, ada dua adik-adiknya telah mnemeluk Islam, olih itu Agama Islam tidaklah ganjil kepada mereka.. Selepas pangilan tersebut aku menghubungi Amin dan juga Hj Kamaruddin. Aku maklumkan kepada mereka akan niat Simon pula. Tanpa melengahkan masa , kami semua kerumah Simon untuk menjalankan 'penghijrahan' Simon pula. Tetapi pada kali ini aku meminta agar Hj Kamaruddin yang melakukan 'akad' dan melafaz sahadah . Setelah selesai maka Simon sendiri memilih Noah sebagai nama Islam beliau. Maka pada malam itu sempurnalah 'agama Islam' menjadi ikutan kepada mereka. Kini Simon dikenali sebagai Noah bin Abdullah" , John Paul sebagai Yazid bin Noah, Andrew James sebagai Hassan bin Noah, serta Aunt Lily sebagai Mariam bt Abdullah. Semua yang terjadi ini bukanlah diatas perancangan aku, semuanya adalah kehendak Ynag Maha Berkuasa, Tuha Semesta Alam.
Dengan itu bermulalah perjalanan mereka untuk kedua kalinya didalam kehidupan masing-masing.Aku masih lagi tertanya-tanya kenapa dan mengapa mereka ini dipertemukan dengan aku dan apakah tujuannya . Kenapa Aku dan Siapa Aku.
No comments:
Post a Comment