BAHAGIA KEDUA
Pertemuan dengan Simon, John, Andrew, Peter, Alice dan Aunt Lily sebelum mereka
memeluk Islam. Mereka dan Miracle Allah
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah benar belaka dan hanya ALLAH SWT yang menjadi saksi.
Memandangkan isteri beliau baru saja kembali kepangkuanya dan kini beliau sedang mengecapi kemanisan kali kedua dialam rumahtangga setelah berbulan terpisah maka kepulangan yang tersayang amat bermakna bagi beliau olih itu aku tidak ingin merosakan waktu-waktu terindah yang beliau lalui ketika itu dan aku hanya berdoa agar beliau tidak melupai janji yang dilafaskan kepada Tuhan . Didalam waktu yang terindah ini aku tidak cuba menghubungi beliau malahan aku membiarkan saja .
Perjanjian manusia dengan tuhan hanyalah terucap melalui kata-kata yang dilafas dengan lidah yang lembut tanpa batasan. Sifat manusia selalunya lupa pada janji. Tuhan befirman didalam Al Quran ' Manusia hanya akan ingat pada Nya diwaktu kesusahan, apabila kesusahan telah diangkat maka 'lalai" dan riaklah manusia itu'.Ungkapan ini terpakai kepada Simon. Dua bulan berlalu, Simon memberitahu aku bahawa isteri beliau telah kembali keperangai lama dan meninggalkan beliau dengan anak-anak. Aku bertanya kepada beliau apakah kesalahan yang mungkin beliau telah lakukan. Beliau mengatakan bahawa seingatnya tiada kesalahan yang dilakukan hanya , beliau gagal menyudahkan 'janji" yang dibuat kepada Tuhan Mendengarkan penjelasan itu, aku berkata kepada beliau bahawa , apabila janji telah dimungkiri maka aku berlepas dari apa yang beliau janjikan, dan hanya Tuhan saja yang mengetahui. Mendengar kata-kata aku itu maka Simon membuat keputusan untuk mengikuti aku berpindah ke Langkawi kerana ingin melupakan kisah 'hitam'nya.
Selepas sambutan tahun baru aku dan keluarga telah membuat keputusan untuk berpindah ke Langkawi. Disebabkan kegawatan ekonomi masih lagi belum nampak penghujung maka keputusan ini kami buat demi masa hadapan anak-anak tambahan pula isteri aku ditawarkan untuk menyambung kontrak untuk tempon 6 bulan lagi. Dengan kesempatan ini kami terus menetap di Langkawi .
BOARDWALK |
Seminggu sudah Simon berada diluar negara dan hampir setiap hari juga beliau menghubungi aku. Pada satu petang , ketika aku berada di Boardwalk Cafe bersama Peter Carlos dan juga Hj Kamaruddin, aku menerima panggilan . Rupa-rupanya Simon yang menghubungi aku. Tujuan beliau menghubungi aku adalah untuk mendapat nasihat dan pandangan aku terhadap 'deal' yang beliau buat di luar negara. Ketika itu beliau berada di Switzerland . Didalam kerancakan perbualan itu, lalu aku menegur Simon agar jangan merenung 'punggung' wanita yang melintasi beliau . Teguran aku membuat beliau terkejut dan bertanya kepada aku, 'bagaimana' aku tahu akan perbuatan beliau. Lalu aku katakan lagi bahawa pada ketika kami berbual, beliau sedang duduk dibangku. Beliau terkejut dengan penjelasan aku. Didalam perbualan itu beliau ingin memperkenalkan rakan business beliau, iaitu Ken Peddler. Mengikut penerangan Simon, Ken Peddler merupakan calon anugerah 'Noble" mewakili New Zealand. Lalu perbualan aku disambung kepada Ken Peddler. Didalam perbualan itu aku diberitahu oleh Ken bahawa esok beliau dijadual akan bertemu dengan seseorang tetapi beliau tidak mengenali 'seseorang' ini. Sebenarnya sebelum ini Simon menwar-warkan kepada Ken Peddler bahawa aku adalah seorang pengamal 'spiritual', oleh itu Ken Peddler ingin mendapat pandangan aku tentang pertemuan keesokkan harinya.Aku memberitahu Ken bahawa esok beliau akan bertemu dengan lelaki bermana ' Heinz" dan aku terangkan secara detail kepada beliau akan rupa paras dan ketinggian lelaki tersebut sebelum kami menghentikan perbualan.
zurich, switzerland |
Pada keesokkan harinya juga, Simon menghubungi aku dan memberitahu bahawa 'lelaki' yang aku sebutkan adalah lelaki yang sama dan bernama Heinz .Didalam perjumpaan itu, Simon dan Ken Peddler dikehendaki untuk meneruskan perjalanan ke San Francisco untuk tujuan selanjutnya. Itulah sebabnya Simon menghubungi aku kerana Ken Peddler ingin mendapat pandangan aku, kerana, kata-kata aku sebelum ini ternyata benar. Ken Peddler bertanya kepada aku,apakah peluang mereka terhadap 'deal' ini dan perlukah mereka meneruskan perjalanan ke San Francisco. Didalam perbualan itu aku memberitahu beliau bahawa 'deal' yang mereka buat itu adalah satu kesilapan dan mereka harus membatalkannya dan pulang ke New Zealand kerana mereka telah ditipu.Mendengarkan kata-kata aku itu Ken Pedler membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan ke San Francisco. Pada lewat malamnya , Simon sekali lagi menghubungi aku dan mengatakan beliau akan pulang ke Langkawi dan akan disertai Ken Peddler. Ken Pedler teringin sekali menemui aku.
Dua hari berselang Simon dan Ken Peddler disertai isteri beliau Linda sampai di Langkawi. Pada malam mereka mendarat di Langkawi mereka terus datang berjumpa aku. Ketika itu aku berada di Burau Bay Rasorts. Ketibaan mereka bertiga aku sambut dan kami duduk berbual bertanyakan hal diri masing-masing. Tetapi pada malam itu tidak banyak yang kami bualkan.Pada malam berikutnya juga mereka datang ke Burau Bay Resorts untuk bersama-sama aku tetapi keadaan mereka sama seperti malam sebelumnya, mereka merokok dan minum 'bir' dan malam itu juga kami tidak berbual banyak. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak 'kena' dengan kedatangan mereka untuk berjumpa aku. Pada malam ketiga , ketika aku sedang duduk dilounge , aku merasakan sesuatu akan berlaku tetapi perasaan iu tidak aku layan. Aku lihat Ken Peddler berjalan dengan keadaan cemas dan tergesa-gesa kearah aku. Tetapi kelibat Simon dan Linda aku tidak nampak.Ken terus menerpa aku dan berkata dia ingin bercakap dengan aku secara 'private' lalu aku mengajak beliau kesatu sudut yang agak jauh dari kebingitan muzik di main lounge.Tiba-tiba Ken Peddler bertanya siapa aku. Aku katakan pada beliau bahawa aku adalah Izan yang beliau kenali melalui talipon dan juga orang yang sama yang beliau temui buat pertama kali. Beliau tidak mempercayai kata-kata aku dan beliau mengatakan bahawa aku bukanlan "Izan".
Aku kebingungan. Aku bertanya kepada beliau adakah beliau pernah berjumpa aku sebelum ini. Beliau menjelaskan kepada aku bahawa beliau pernah berjumpa aku tetapi bukan didalam keadaan begini, katanya lagi, janggut aku panjang dan keadaan aku berupa orang tua yang berjubah putih.Kata beliau lagi wajah aku tidak berubah dengan wajah 'manusia' yang beliau temui. Lalu aku tanya beliau lagi dimana beliau menemui aku. Kata beliau lagi dua tahun sebelum beliau menemui 'rahsia' bagaimana untuk menghasilkan 'produk' yang beliau dicipta, beliau telah dibawa kesatu dunia lain dimana beliau telah diberi 'contoh produk' dan cara untuk membuat berserta 'formula'.'Manusia yang memberi itu adalah aku', kata Ken Peddler. Aku terkejut dengan kata-kata itu. Kata Ken lagi, disebabkan orang yang ditemui adalah aku dan masih muda maka beliau tidak dapat menerima hakikat itu. Aku bertanya kepada beliau, kenapa beliau bersifat sombong dan angkuh pada kali pertama kami berjumpa.Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menerima aku . Aku bertanya kepada beliau , apa benarkan peristiwa yang dilalui semasa di Switzerland itu benar seperti apa yang aku ungkapkan kepada beliau. Beliau mengakui bahawa semua yang terjadi adalah benar belaka. Lalu aku ceritakan sebenar-benarnya situasi yang beliau lalui dan alami sewaktu beliau menerima 'anugerah' itu dan aku katakan kepada beliau akan 'formula' penciptaan produk tersebut. Mendengarkan penjelasan terperinci aku berhubung produk ciptaan beliau, maka beliau mula menangis .Dalam nada sedu sedan beliau mengakui bahawa apa yang aku ceritakan itu semuanya benar dan itulah yang dilaluinya sewaktu mendapati 'formula' tersebut. Beliau memohon maaf diatas kebiadapan beliau . Bermula dari keadaan itu maka perhubungan kami telah diangkat kesatu tingkat yang lain. Ken dan isteri menghabiskan lebih kurang 14 hari di Langkawi dan bermacam-macam perkara terjadi keatas beliau dan isternya.
Nota : Kisah terperinci perjalanan beliau ke Langkawi dan kisah misteri Ken Peddler , bagaimana beliau menemui 'formula' ada terkandung didalam buku yang aku tullis.
Apabila Simon mengetahui cerita sebenar, apa yang dilalui oleh Ken Peddler serta bagaimana Ken Peddler menemui 'formula' tersebut serta watak 'aku' didalam penemuan itu, maka, Simon tidak lagi menyimpan keraguan terhadap aku .Perjalan aku dan juga keluarga Simon berpanjangan terutama kepada anak beliau John Paul dan Andrew James . Didalam perjalanan yang tidak dirancang ini aku bertemu pula dengan Peter Carlos. Beliau merupakan seorang DJ di Radio Langkawi dan sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau berketurunan Serani dan berugama Kristian aliran Catholic. Untuk perjalanan bersama Peter Carlos akan aku tuliskan dibab yang lain. Disini hanya sekadar memperkenalkan watak berliau saja didalam kisah Simon ini.Didalam perjalanan dan persahabatan dengan mereka maka banyak kisah 'miracle' yang Allah tunjukkan kepada mereka. Persahabatan aku dengan mereka tiada batasan, banyak kisah keugamaan kami bincangkan bersama. Walaupun kami berlainan kepercayaan namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk kami duduk semeja berbincang. Memandangkan Simon terlebih dahulu mengenali aku dan diri beliau sendiri telah mengalami bermacam-macam pertunjuk dan kebesaran maka tiada satu yang mungkin membuka hati beliau.
Nota : Kisah bagaimana Peter memperolehi hadayah Allah akan aku coretkan dilembaran yang lain dan kisah terperinci 'miracle' Peter hanya aku tuliskan didalam buku aku.
Pada satu petang aku bertemu Simon dan anak-anaknya di Restoran biasa Setibanya aku dikedai tersebut aku disambut oleh Simon dan anak-anak. Kami bersembang seperti biasa. Tanpa dirancang Peter Carlos datang menyertai kami di restoran itu. Pada waktu yang sama, Simon menerima panggilan daripada ibu saudara isterinya dari Kuala Lumpur iaitu Aunt Lili. Beliau merupakan satu-satunya sumber maklumat mengenai perkembangan' isteri' beliau yang menghilang. Didalam kerancakan beliau berbual, aku terpandang sesuatu didalam 'hatiku', namun perkara itu aku diamkan dahulu sehingga Simon habis berbual. Setelah beliau meletakan hand phone, lalu aku memberitahu beliau sesuatu. Aku mengatakan bahawa wanita yang baru saja bercakap dengan beliau 'mempunyai tanda kelahiran yang nyata dipayudara"nya. Simon dan Petar terkejut dengan kata-kata aku itu. Simon seakan-akan ragu dan beliau juga agak keberatan untuk menanyakan 'perihal peribadi' kepada Aunt Lili .Simon memberitahu aku bahawa Aunt Lili merupakan seorang perawan dan tidak pernah berkahwin serta telah melakukan ritual 'ziarah' di Jurusalem dan beliau merupakan seorang yang taatkan akan agamanya. Mungkin disebabkan keinginan untuk mengetahui kebenaran yang aku lafaskan berhubung Aunt Lily, Simon menghubunginya dan dengan jelas aku mendengar apa yang dikatakan oleh Simon terhadap perkara yang 'sensitif' itu.Apa yang dapat aku dengar hanyalah kata kata Simon, 'Yes Aunt' berulang-ulang. Setelah perbualan selesai, Simon memberitahu aku, bahawa apa yang aku katakan terhadap Aunt Lily adalah benar dan Aunt Lily akan segera ke Langkawi untuk bertemu dengan aku.
Pertemuan aku dengan Simon, John Paul, Andrew James, Peter dan Alice, serta Aunt Lily telah membuka satu lembaran 'penghijrahan' baru kepada mereka.
No comments:
Post a Comment