Tuesday, 10 April 2012

SIMON,JOHN & ANDREW SEBELUM ISLAM

                                                              BAHAGIAN PERTAMA


                               Simon, John Paul dan Andrew James sebelum memeluk Islam


Bismillahhirrahmannirrahim,
Kisah ini adalah benar  dan hanya ALLAH SWT menjadi saksi diantara kami


Pada pertengahan tahun 1998, aku tinggal di BAM Villa, Taman Maluri. Ketika itu senario ekonomi Malaysia sedang tenat akibat kegawatan ekonomi. Kebanyakan rakyat Malaysia yang mencari rezeki melalui perniagaan kebanyakannya mengalami kemelesetan dan aku salah seorang yang terpalit dengan krisis ini. Walaupun tidak sebanyak jutawan-jutawan yang 'kaya raya' tetapi angka yang aku alami hampir mencecah RM 1 juta. Mungkin bukan rezeki aku. Tetapi didalam menongkah arus kegawatan, aku ada juga mencuba perniagaan kecil-kecilan namun pendapatan yang diperolehi hanya sekadar cukup makan .

Kedatangan 'krisis ekonomi' ini telah aku ketahui akan berlaku tetapi disebabkan sifat ego dan tidak mahu percaya akan perkabaran 'ghaib'  maka 'amaran sangkala' ini tidak aku hiraukan.Mungkin juga Allah tutupkan  pintu hati aku ketika itu. Apabila kegawatan itu benar-benar terjadi maka aku menyesali diri kerena tidak mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. Itulah nasib aku. Segala harta yang ada seperti rumah, kereta dan harta syarikat  terpaksa dijual bagi mengurangkan pinjaman bank. Walaupun jumlah yang banyak terpaksa dibuat untuk melepaskan belenggu hutang namun itu semua harus dihadapi dengan perasaan 'terpaksa'. Didalam kekusutan kewangan itu aku cuba mencari ikhtiar-ikhtiar untuk bangun semula tetapi ranjau dan onak yang ditempuhi bukanlah sesuatu yang mudah untuk diharungi.

Didalam kegelapan mencari tangga untuk naik  keatas aku disinggahi dengan sahabat-sahabat yang mencari 'bekalan'  jalan pulang. Walaupun sebelum ini aku tidak banyak masa untuk tujuan ini tetapi disebabkan kegawatan dan kelapangan masa menyebelahi aku, maka aku terima jemputan sahabat untuk 'mencari' bekal pulang. Tetapi semua itu aku lakukan bukanlah diatas kerelaan  tetapi  demi untuk memenuhi masa kelapangan  serta ajakan  sahabat-sahabat,  aku lalui juga.

Kembali semula kisah aku di Bam Villa, dengan ilmu dan pelajaran yang aku dapat ketika mengikuti sahabat-sahabat maka dapatlah aku menimba sedikit-sebanyak ilmu untuk bekalan diri sendiri.

Pada satu hari selepas solat Jumaat aku terus berjalan kaki pulang. Jarak diantara Mesjid Taman Maluri dengan apartment aku agak berhampiran, lebih kurang lima ratus meter. Pada hari itu pula , isteri dan anak-anak aku  ke Shah Alam untuk menziarahi sepupu beliau. Setibanya aku dirumah, yang terletak diaras 4, aku terus duduk melapangkan diri diatas sofa. Tetapi perasaan aku ketika itu agak berlainan sekali tidak seperti biasa. Aku merasakan mata aku agak berat seolah-olah tidak cukup tidur. Lalu aku membaringkan diri disofa sambil melelapkan mata. Diantara spara sedar aku merasakan seperti sesuatu 'keluar' dari tubuh aku dan ketika itu seluruh tubuh aku tidak dapat bergerak kaku seakan-akan hilang kudrat untuk mengerakan tubuh badan. Didalam keadaan ke 'kaku 'an tubuhbadan , aku melihat ' diri aku' melayang keatas.

Aku tidak tahu berapa lama kejadian itu, apabila mata aku terbuka, aku terlihat sesuatu, bentuknya seperti huruf 'alif' dalam bentuk kaligrafi. Ada dua pasang , satu besar dan satu lagi bersaiz setengah dari yang besar. Aku lihat 'benda, itu terapung-apung' didepan aku. Didalam sekelipmata tiba-tiba rumah aku ditiup angin dengan kuat yang datangnya dari arah dapur. Surat khabar berterbangan, gambar yang disangkut didinding bergoyang., alas meja berterbangan. Aku panik tidak terkata-kata , seluruh tubuh aku kesejukan dan perasaan takut menyelubungi diri aku. Kejadian itu berlaku amat pantas sekali , lebih kurang dua ke tiga minit. Apabila suasana mulai reda, aku terus mencapai handphone lalu aku menalipon isteri aku. Aku ceritakan serba sedikit kepada beliau dan aku meminta agar beliau cepat-cepat balik.Selepas kejadian itu kehidupan peribadi aku mulai 'bertukar'.Namun segala pengalaman yang aku lalui itu tidak aku ceritakan kepada sesiapa  kecuali isteri aku saja .Melalui prasa yang aku lalui ini maka hijab 'alam ghaib' sudah mula terbuka kepada diri aku. Kisah bagaimana aku melalui prasa ini akan aku ceritakan dilambaran yang lain.

Memandangkan aku merasai kelebihan yang aku miliki harus dimenafaat kejalan yang baik demi membantu mereka-mereka yang memerlukan, aku memulakan perjalanan sebagai 'pemburu kejahatan alam ghaib'. Kelebihan ini aku gunakan untuk membantu sesiapa saja. Bermula dengan rakan isteri aku sehinggalah ke peniaga-peniaga yang memerlukan pertolongan. Alhamdullilah misi ini diizinkan Tuhan dan mereka-mereka yang datang dan ada juga yang aku lawati semuanya berjaya dan dirahmati Allah. Kelebihan yang aku miliki ini aku menafaatkan sebaik-baiknya sehinggalah pada satu hati aku diperkenalkan kepada Simon oleh sahabat aku Hamzah dan Bobby. Berita kelebihan yang aku miliki ini tersebar luas dan aku pernah dibawa sejauh Kelantan dan Terengganu untuk membantu mereka yang teraniya dan terkena.

Simon adalah seorang pakar perunding kewangan persendirian dan beliau mempunyai pelanggan diserata dunia. Pelanggan beliau sejauh  Jepun , New Zealand dan sekitar Asia Tenggara.  Sememangnya beliau sudahpun  berumah tangga dan mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama John Paul dan Andrew James. Kedua-duanya masih lagi disekolah rendah.Memandangkan pekerjaan beliau yang selalu keluar negara maka jurang masa untuk bersama-sama keluarga amat terhad sekali. Olih itu, kelompongan ini yang membuatkan kehidupan rumahtangga beliau agak longgar , ditambah pula isteri beliau merupakan seorang yang berkerjaya dan berkedudukan tinggi diorganisasinya. Disebabkan kelompongan ini maka kehidupan rumahtangga beliau menghadapi masaalah. Kata Simon, permasaalahan ini berpunca dari keinginan isteri beliau untuk mencari 'power' tambahan untuk kerjayanya dengan  menggunakan khidmat  'bomoh'.

Hamzah dan Bobby meminta aku agar dapat menolong Simon didalam menyelesaikan kekusutan ikatan rumahtangga beliau. Pada satu hari aku dipertemukan dengannya. Alhamdullilah, pertemuan itu berjalan dengan baik dan Simon telah menceritakan segala-galanya kepada aku. Aku tidak menjanjikan apa-apa kepada beliau hanya ikhtiar dan doa aku saja , yang aku mampu aku lakukan ketika itu. Perasaan dan emosi  beliau  agak tertekan kerana beliau ditinggalkan bersama-sama kedua-dua anaknya yang masih lagi bersekolah. Semua kerja kerja beliau,  terpaksa ditangguhkan demi memberi tumpuan kepada anaknya. Pertemuan pada hari itu merupakan  perkenalan  dengan beliau sambil mendengar penjelasan . Alhamdullilah dengan segala pengetahuan dan pengalaman yang aku miliki , dengan sedaya upaya aku cuba mambantu beliau. Dari keadaan beliau yang tidak terurus dan beserabut itu,  aku berjaya memulihkan semangat dan emosi  beliau .Kini keadaan beliau sudah nampak tenang dan berkeyakinan dan hampir pada setiap hari aku akan menghabiskan masa bersama-samanya. Sekiranya aku pergi membuat 'operasi' adakalanya beliau akan menemani aku. Disitulah letaknya keyakinan beliau terhadap kemampuan dan kebolihan yang aku miliki, Beliau amat teruja sekali.

Lebih kurang dua bulan berlalu  bersama Simon dan anak-anaknya , maka aku  memberitahu beliau bahawa aku akan ke Langkawi untuk bercuti untuk bersama-sama dengan isteri aku.. Memandangkan pada waktu itu, isteri aku sudah  mengikat kontrak dengan Awana Porto Malai maka pada kesempatan cuti sekolah ini aku akan menyusuri beliau .Berita yang aku sampaikan ini amat mengusarkan Simon. Memandangkan perhubungan kami sudah semakin rapat ditambahan pula dengan aku yang 'berusaha' dan membantu beliau didalam mengharungi kemelut yang melanda,maka  pemergian aku ini  memberi impak yang mendalam dan amat dirasai olih mereka bertiga. Tetapi sebelum pemergian aku ke Langkawi segala persiapan ,'pertahanan diri' dan 'pertahanan kubu  kediaman'  telah aku persiapkan untuk mereka. Olih itu aku merasakan 'serangan ghaib' yang mungkin menyerang dapat ditepis. Hanya pesan aku kepada beliau, agar beliau sentiasa berdoa dan memohon perlindungan dari tuhan agar kemelut yang melanda keluarganya akan berakhir dengan kegembiraan.Aku menyuruh beliau melakukan doa tersebut mengikut ajaran agama beliau serta aku 'menghendaki beliau agar 'berdoa'  menggunakan taksiran bahasa Inggeris dari  surah "Al Fatihah".

Sewaktu percutian aku di Langkawi kami anak beranak amat seronok dan bergembira. Kami menghabiskan keseluruhan cuti sekolah di pulau lagenda itu.Namun dikala percutian itu juga kewajipan aku membantu kemelut Simon tidak pernah terhenti, segala doa dan 'bantuan ghaib' akan aku lakukan pada setiap malam.Pada  pada setiap hari  Simon akan menghubungi aku. Dua hari sebelum hari Krismas, seperti biasa beliau akan menghubungi aku, tetapi kali ini permintaan beliau amat berlainan .Beliau meminta kepada aku agar aku bermohon kepada Tuhan aku supaya menunaikan permohonan beliau supaya isteri beliau pulang kerumah untuk sama-sama menyambut Krismas Eve. Mendengarkan kata-kata beliau itu, aku tersentuh hati dan perasaan lalu aku menyuruh beliau agar membeli pakaian baru untuk kedua-dua anaknya serta diri beliau sendiri serta menghias rumah. Aku katakan kepada beliau bahawa pada malam tersebut beliau akan , mendapat 'hadiah istemewa' yang beliau tidak jangka. Aku tidak menerangkan apakah 'hadiah' istemewa tersebut. Mendengarkan kata-kata aku itu beliau berjanji akan pergi membeli belah untuk persiapan menyambut hari Krismas.

Dua hari selepas Hari Krismas aku menerima panggilan daripada Simon. Beliau memberitahu aku bahawa hadiah 'istemewa' yang beliau terima pada malam Krismas itu ialah kepulangan isterinya  kepangkuan beliau dan keluarga. Beliau amat bergembira dan berterimakasih kepada aku diatas segalanya dan beliau memberitahu aku bahawa mereka sekeluarga akan datang ke Langkawi untuk menyambut Malam Tahu Baru di Awana Porto Malai. Sehari sebelum malam tahun baru, Simon sekeluarga bercuti di Langkawi dan beliau menginap dihotel yang sama dengan aku, iaitu Awana Porto Malai. Alhamdullilah, itulah kali pertama aku melihat isteri Simon. Aku memberitahu Simon agar aku tidak diperkenalkan kepada isteri beliau. Hanya aku melihat kemesraan mereka sekeluarga dari jauh saja. Sehari selepas tahun baru Simon memberitahu aku bahawa percutian beliau sudah berakhir dan akan pulang ke Kuala Lumpur keesokkannya. Aku berpesan lagi kepada beliau agar 'permohonan dan pembacaan' doa yang aku ajarkan  agar segera disiapkan dan beliau berjanji akan menyiapkan 'janji' tersebut dengan kadar segera.











No comments:

Post a Comment