Sunday, 8 April 2012

KEMELUT ATAU TAKUT BAYANG SENDIRI FAM


Assalammualaikum.

Sedih, geram, hampa, sakit hati,  meluat, menyampah dan kecewa. Itulah yang melanda 'persada hati' peminat serta penyokong 'gila', dan ' fanatik' di serata pelusuk negeri berhubung ' puting beliung' yang ditiup melalui hembusan nafas dari manusia yang bernama  Annuar Musa yang ditujukan kepada 'tukang karut'
 pasukan  bolasepak di negera kita yang gagal kebelakangan ini didalam memertabatkan 'status' kehebatan Skuad Bolasepak negara dipersada antarabangsa dan juga tempatan.

Kegagalan skuad kebangsaan yang diutarakan oleh Annuar Musa secara 'outspoken' yang dibuat secara terbuka, maka implikasi ini mengundang 'keresahan' dan 'ketidak puasan hati' oleh anggota tertinggi FAM. Melalui  mesyuarat' ahli Lembaga Displin , maka Annuar Musa didapati 'melanggar' peraturan dan beliau dijatuhi hukuman 'pengantungan' semua aktiviti  didalam 'jajahan FAM' selama 30 bulan.

Secara rawak disini ,saya mengutarakan pandangan peribadi saya berhubung 'perkembangan' ini.
Kalau disorot sejarah yang lalu, perkembangan prestasi bolasepak negara serta keterujaan penonton untuk mengikuti perkembangan sukan bolaksepak amat mendukacitakan. Peminat dan pengikut setia kelompok-kelompok yang sayangkan sukan ini seakan-akan kecewa dan putus harap. Kebanyakan perlawananan yang disertai oleh pasukan negara kebanyakanya keputusan yang diharap selalunya  mengecewakan dan menghampakan. Ketika prestasi skuad negara merudum ibarat 'nangka jatuh ketanah' serta dilanda berbagai kepincangan, ada usaha dilakukan , namun perancangan yang  dibuat tidak menjadi, kenapa ? Sebabnya 'bukan kumpulan pakar yang menerajui persatuan' .

 Dibawah 'pemerintahan' oleh manusia yang diberi gelaran oleh manusia sebagai "Raja" serta  keterujaan manusia untuk melantik 'Raja' untuk menerajui Persatuan ini, maka, keterbatasan mengkritik atau 'percubaan' untuk melakukan perubahan' selalunya tergendala dan terbatas.  Sifat  ingin  'menjaga' intregiti dan maruah 'manusia yang dipanggil 'Raja' olih golongan berkepentingan, selalunya akan terbuku dihati. dan tidak dapat diluahkan sepenuhnya.. Perkataan 'tidak' atau 'tidak mahu' atau membantah secara terang-terangan  seakan tiada didalam kamus pertuturan mereka. Inilah yang menjadi pemisah diantara 'dua darjat'  ini.

 Sudah terlalu lama manusia yang dipanggil "Raja' ini menerajui organisasi ini  sekiranya persatuan ingin juga meletakan  'Raja' ini untuk bersama-sama didalam sukan ini,  seeloknya mereka ini  diletakan sebagai "Penaung" saja dan tidak selayaknya  diberi jawatan   paling tinggi yang melibatkan 'organisasi" atau persatuan.. Sekiranya mereka berada didalam organisasi ini maka banyak isu yang ingin didebatkan olih 'pencetus-pencetus idea'  untuk diterjemahkan didalam pembangunan sukan akan terbantut.Sifat terlampau 'yes sir'  dan golongan 'yes man' inilah yang akan merusakan seluruh organisasi ini. .Sifat ' ampu bodek' serta kepentingan 'peribadi' inilah yang akan merusakan keseluruhan sukan ini.

Bukan saya nak memuji Annuar Musa, tetapi kalau dilihatkan  prestasi beliau didalam menaikkan keghaairahan peminat bolasepak di Kelantan dan kini melanda seluruh Malaysia,  amatlah dipuji. Dari sebuah pasukan yang tercorot didalam Liga  Malaysia , kini telah berubah menjadi "pengempur' yang di geruni oleh pasukan lain. Dengan gelombang merah putih yang disebarkan oleh Annuar Musa telah mencetuskan satu fenomena 'gempar' diarena bolasepak diserata stadium  yang dilawati mereka dan ini memberi impak yang besar kepada peminat tegar bolasepak dan penonton tempatan.. Wabak virus yang disuntik oleh Annuar Musa mula menular dan . adakah 'gelombang ini berlaku sebelum kehadiran Annuar Musa? Lu fikirlah sendiri.

Penjenamaan yang dilakukan oleh Annuar Musa terhadap  pasukan Kelantan kini sudah menghasilkan pulangan . Penaja sudah mula membuka mata dan sanggup melabur jutaan ringgit hanya untuk pasukan Negeri, dan pemain menjadi ikon serta mendapat 'tajaan' persendirian  oleh 'konglomerat' dan ada diantara mereka kini  ibarat 'selebriti dan polular di kalangan masyarakat tua dan muda, lelaki dan perempuan dan digilai oleh peminat. Adakah ini berlaku sebelum ini? Kini pasukan kelantan dijenama  sebagai "Red Worrior" dan bermacam-macam promosi serta pembaharuan dibuat, inilah kualiti seorang "Peneraju Sukan" yang kita cari, bukan untuk kita 'BUNUH",

 Senario bolasepak yang Malaysia lalui ketika ini samalah semangatnya seperti kegemilangan bolasepak diwaktu Allahyarham Mokhtar Dahari (Al Fatihah kita sedekah kan kepada Rohnya) .Keterujaan peminat dan penyokong bolasepak berada ditahap yang tinggi serta semangat cintakan pasukan sendiri sudah mula berbunga dan berkembang mekar dihati peminat . Adakah ini   ingin kita  'MATIKAN' .Atau adakah FAM ingin 'talkinkan' arus perubahan  kemeriahan ini.? Janganlah disebabkan 'tertonjol' nya watak Annuar Musa maka  ini menjadi 'iguan ngeri' kepada mereka yang 'tidur layu' di persada .

Kehebatan FAM bukanlah terletak ditangan atau difikiran Peneraju serta "ahli-ahli" majlis persatuan, tetapi,
KEHEBATAN BERMULA APABILA PENYOKONG DAN PEMINAT BOLASEPAK MEMENUHI STADIUM DENGAN KEBINGITAN RIBUAN PENONTON .SERTA  DARI TANGAN  'PERANCANG' YANG ADA OTAK'.


Wasallam.

No comments:

Post a Comment