INGATKAN GUNUNG BERAPI MELETUS RUPA RUPANYA
MAHATHIR YANG MELEDAKKAN BOM BUAT RAKYAT PORT DICKSON
MENIMBANG TARA UNDI UNTUK SIAPA.
Nampaknya pada hari terakhir kampen PRK Port Dickson, kem Anwar Ibrahim dan Geng Pakatan telah 'dibom' sendiri olih Mahathir dari Bali, Indonesia.
Samaada ianya secara kebetulan atau sememangnya 'perancangan" tiada siapa yang tahu.
Disaat saat kelompok IDE amat yakin dengan kemenangan akan berpihak kepada Anwar kerana keyakinan bahawa bukan Melayu adalah majoriti di Port Dickson namun pada hakikatnya majoriti masyarakat Melayu sebenarnya 'tidak menerima Anwar" disini. Untuk itu peluang kemenangan Anwar Ibrahim dirasakan datangnya dari kaum Cina dan India tetapi peratusan pengundi Cina dan India yang berada diluar Negeri Sembilan atau diluar Port Dickson amat tinggi sekali, dan ini mengusarkan kem Anwar.
Kini dengan 'meletop'nya bom yang dihantar dari Bali Indonesia olih Dr Mahathir , dan pada saat kem Anwar amat memerlukan keajaipan...cerita tentang 'pembohongan' atau ' janji palsu' kem Pakatan Harapan tentang penghapusan tol seperti yang dijanjikan dalam 'Manifesto"mereka, dikhawatir isu ini bakal menjadi 'penimbang tara' buat rakyat Port Dickson, samada memilih atau menolak Pakatan Harapan.
Cuaca bakal menjadi musuh utama Kem Anwar dan Pakatan Harapan,
Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto Untuk Raih Populariti Semata-Mata
BALI - Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
"Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan).
Cahaya Al Majid.
Que sera sera
ReplyDeleteKekanda Al-Majid,
ReplyDeleteSeperti yang telah saya katakan. Jangan sesekali berduka.
Barangkali kamu membenci sesuatu sedang ia baik bagi kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk bagi kamu.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
USAHLAH ATOK NORRIZAN BERSODEH BERDUKA NESTAPE LAGI..
DeleteKITA MANUSIA CUMA MERENCANA TIDAK TAHU APA AKAN JADI.
APA YG TERSURAT YG TERSIRAT ALLAH JUA MAHA MENGETAHUI.
WALO ALJUBORI MENANG DIA TAK SEMPAT JADI PERDANA MENTERI.
DIHUJONG JALAN LOBANG2 DLM KALI INI TERJATOH KOJOL MATI....
Terkini.
ReplyDeleteOrang2 Cina sudah mula memanggil Tun Mahathir sebagai Kuda Tua..pabila mereka ketahui tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Tun Mahathir, apatah lagi Anwar Ibrahim kini seudah bergelar Ahli Parlimen Port Dickson. Bila bila masa Anwar akan take over drp Tun Mahathir.
Begitulah nasib KUDA TUA...suatu waktu dulu dipaksa pecut..bila pecut dah habih kuasa..dok melepek melukut di tepi gantang...Orang Cina masih belom puas..sekarang Anwar mula ditagih, dipuji dan dipuja.
Kuda Tua Tun Mahathir...Berambus lah Kau..
Kesian aku tengok Atok 93 tahun Kuda Tua mula dikeji dan dicaci oleh netizen orang2 cina.
macai macai melayu geng kPop, Tomato, bila dah habis tanam Nenas, Rambutan... TOLONGLAH..back up Atok Kuda Tua yea..kesian Kuda Tua...nyawa pon dah nyawa2 ikan
KUDA TUA = TUN MAHATHIR = MAHAZALIM \ MAHAFIRAUN
PERTANDINGAN ANTARA KUDA TUA [MAHATHIR]
ReplyDeleteVS "BABIK TUHAK" [ANWAR].. SIAPA YG MENANG..??
MARIK3... KEH3 KITAK TENGOK DULUK SIAPA YG KENAK..??
..."Begitulah nasib KUDA TUA... suatu waktu dulu dipaksa pecut..
bila pecut dah habih kuasa.. dok melepek melukut di tepi gantang...
Orang Cina masih belom puas.. sekarang Anwar mula ditagih,
dipuji dan dipuja"...
HUUUWEEKK.... BAHUK BUSUK.. AWAT MASUK SAJA PAGE INIK SUDAH
BERBAHUK TAHIK. RUPAKNYA STORE KUNYIT HIKAM DAH PECAH... KEH3...
BERMAKNA PUNGKOK HIKAM DAH KENAK TIBAI DULUK.. HIKAMLAH KEH3...
PENAGIH BATANG PALIR ANWAR...
... 0I0... =_* ...
Dengan izin tuan blog,
ReplyDeletePER : PEMBEBASAN 11 TAHANAN UIGHUR OLEH TUN M PETUNJUK TERKINI BAHAWA TUN M ADALAH PEMUDA TAMIM @ PEMBAWA PANJI HITAM (siri 1/4)
-------------------------
Saya telah menulis beberapa siri untuk menyokong telahan saya bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim. Semakin hari petunjuk bahawa Tun M adalah orangnya semakin jelas. Terkini ialah tindakan Tun M yang membenarkan 11 tahanan Uighur warga China berlepas ke Turki, dan memekakkan telinga kepada tuntutan China supaya mereka ini "dihantar pulang" ke China adalah satu lagi buktinya.
Bagi yang tidak mengetahui Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim ialah salah seorang di antara tiga pembela umat di akhir zaman yang dikhabarkan di dalam hadith2 Nabi saw. Dua lagi ialah Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.
Kesimpulan daripada hadith-hadith yang banyak tentang lelaki ini ialah dia adalah seorang pemimpin sebuah negeri Islam di Timur, ketua kepada satu pasukan yang menyertai banyak pertempuran pada zaman fitnah dan di bawah pimpinannya, pasukannya menang di dalam kesemua pertempuran itu. Munculnya PPH di tengah umat adalah mengikut hierarki masyarakat dari bawah sehinggalah ia menjadi pemimpin bertaraf dunia.
Tun M adalah calon tunggal yang memiliki kesemua ciri-ciri ini dan demikian dia adalah orangnya. Tindakan terkininya yang membebaskan 11 tahanan Uighur adalah bukti terkini bahawa Tun M adalah orangnya.
Di dalam Al-Maidah : 54 telah diceritakan bahawa "kaum yang didatangkan" iaitu kaum yang berada di atas petunjuk, mereka memiliki dua ciri iaitulah :-
1. Mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman dan mereka tegas terhadap orang-orang yang kafir.
2. Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca.
Pada bab ciri yang kedua iaitu; 'tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca' ciri ini telah pun terbukti apabila baru-baru ini Tun M sendiri telah meminta agar orang-orang yang mencerca dirinya tidak ditahan dan diambil tindakan, menandakan segala cercaan ini langsung tidak menjadi kudis baginya.
Ada pula disebabkan namanya ialah Mahathir, Tun M telah menjadi orang yang paling dahsyat menerima cercaan di akhir zaman ini seperti mahafiraun, mahakutty, mahababi dsbgnya sedang pendokongnya pula digelar mahacai. Ini menjadikan nama Mahathir bin Mohamad sebagai nama yang tepat bagi kod 'Shuaib bin Soleh'. Bagi yang tidak mengetahui 'Shuaib bin Soleh adalah kod nama yang disebut di dalam hadith tentang lelaki bergelar PPH ini.
Sekarang mari kita analisa pula ciri yang pertama di dalam Al-Maidah : 54 iaitu :-
أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ
"Mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman, sedang mereka tegas terhadap orang-orang yang kafir."
Apabila disebut "tegas terhadap orang-orang yang kafir", maka kita perlu rujuk pula nas AlQuran yang membahagikan di antara kafir harbi dan kafir yang bukan harbi.
PER : PEMBEBASAN 11 TAHANAN UIGHUR OLEH TUN M PETUNJUK TERKINI BAHAWA TUN M ADALAH PEMUDA TAMIM @ PEMBAWA PANJI HITAM (siri 2/4)
ReplyDelete-------------------------------------------
Mari kita lihat terus kepada sumbernya iaitu Al-Quran sendiri.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi wali, dan kamu melihat kepada mereka dengan pandangan mesra, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu; mereka MENGUSIR Rasul dan kamu, disebabkan kamu beriman kepada Allah sebagai Tuhanmu, sekiranya benar kamu berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keridhaanKu. Kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka ia telah sesat dari jalan yang lurus" (Al-Mumtahinah : 1).
لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)
"Allah tidak menghalang kamu daripada berbuat baik kepada orang-orang (kafir) yang tidak MEMERANGI / MEMBUNUH kamu disebabkan agama kamu dan tidak pula MENGUSIR kamu dari negeri kamu, untuk kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka" (Al-Mumtahinah :8).
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (٩)
"Sesungguhnya Allah menegah kamu (daripada berbuat baik, berkasih mesra apalagi bersekutu ) dengan orang-orang (kafir) yang MEMERANGI / MEMBUNUH kamu disebabkan agama kamu dan yang MENGUSIR kamu dari negeri kamu, sedang amat jelas mereka mahu MENGUSIR kamu, daripada kamu mengambil mereka menjadi wali (penasihat, sekutu dan pemimpin), barangsiapa yang mengambil mereka (yang demikian sifatnya) menjadi wali maka sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang aniaya. " (Al-Mumtahinah : 9).
Keywords kepada ciri kafir harbi ialah kalimah "yuqotiluuna" dan "yukhrijuuna".
"Yuqotiluuna" adalah kalimah fiil mudhori' jamak yang berasal dari kalimah 'qatala' (قتل) yang bermaksud 'membunuh' atau boleh juga bermaksud 'memerangi'.
Kalimah "yukhrijuuna" pula adalah fiil mudhori' jamak yang berasal dari kalimah khoroja (خرج) yang maksud asalnya ialah 'keluar'. "Yukhrijuuna" bermaksud 'orang-orang yang mengeluarkan' atau 'orang-orang yang mengusir'
Berdasarkan ayat di atas, dua ciri kafir harbi yang jelas disebut di dalam AlQuran ialah :-
(1) mereka membunuh dan memerangi umat Islam disebabkan agama mereka;
(2) mereka mengusir umat Islam dari negeri mereka.
Kalimah "yukhrijuuna" yang bermaksud mengusir apabila dirujuk silang dengan terma di dalam Al-Maidah : 33 ( أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ) yang bermaksud "dibuang dari bumi" akan membawa dua maksud iaitu :-
1. Diusir keluar dari sesuatu negeri ;
2. Dikurung si satu tempat khusus dan dihalang dari keluar (misalnya hukum penjara).
PER : PEMBEBASAN 11 TAHANAN UIGHUR OLEH TUN M PETUNJUK TERKINI BAHAWA TUN M ADALAH PEMUDA TAMIM @ PEMBAWA PANJI HITAM (siri 3/4)
ReplyDelete-------------------------
Selepas kita mengetahui 2 ciri-ciri jelas bagi kafir harbi, sekarang mari kita lihat pula kepada DAP yang kini adalah sekutu kepada PPBM di dalam PH.
DAP telah melengkapkan 2 penggal pentadbiran di negeri Pulau Pinang tetapi di dalam tempoh ini dan kini masuk penggal ketiga, tidak ada seorang pun orang Melayu Muslim yang dibunuh atau diperangi oleh DAP disebabkan agamanya dan tidak ada seorang pun Melayu Muslim yang diusir keluar oleh DAP dari negeri ini mahupun yang ditahan di dalam penjara semata-mata disebabkan agama mereka. Di mana pula letaknya sifat harbi DAP yang digembar-gemburkan oleh UmNo? Jelaslah UmNo adalah parti para pendusta.
Sekarang mari kita lihat pula fakta berikut tentang 3 kumpulan yang dengan jelas memiliki sifat-sifat kafir harbi dan telah diambil sebagai wali (penasihat, sekutu dan pemimpin) oleh UmNo di bawah Najib dan lihat pula bagaimana Tun M menangani puak-puak ini.
1. Yahudi Zionist Israel.
Mereka ini adalah kafir harbi kerana membunuh, mengusir dan memenjarakan kaum Muslimin Palestin disebabkan agama mereka.
UmNo di bawah Najib telah mengambil APCO sebuah syarikat Yahudi Zionist Israel sebagai penasihat mereka dengan bayaran yang lumayan. UmNolah yang sebenarnya bermesraan dengan kafir harbi.
Tun M pula terkenal sebagai dengan ketegasannya membela kaum Palestin daripada penindasan oleh Israel. Terkini, ia membela lagi Palestin di dalam Hard Talk BBC selepas menjadi PM-7.
2. Kristian Zionist USA
Mereka ini adalah kafir harbi kerana membunuh, menindas dan memenjarakan kaum Muslimin Iraq dan Afghanistan.
UmNo di bawah Najib telah mengangkat mereka menjadi pemimpin apabila memberi wala mutlak kepada Donald Trump dengan berkata 'your enemy is my enemy'.
Tun M pula telah membela kaum Muslimin Iraq dan Afghanistan yang ditindas oleh mereka hatta ke peringkat membicarakan dan mendapati pemimpin terdahulu mereka George Bush Jr sebagai bersalah melakukan jenayah perang ke atas Iraq melalui Yayasan yang diasaskan dan dipimpinnya iaitu Yayasan Keamanan Sejagat (Global Peace Foundation).
3. China Komunis
Mereka ini adalah kafir harbi kerana membunuh, mengusir dan memenjarakan kaum Muslimin Uighur, pemilik asal negeri Turkistan Timur yang dijajah oleh China secara kekerasan dan dijadikan wilayah Xinjiang.
UmNo di bawah Najib telah menyerahkan satu demi satu wilayah dan kedaulatan negara Malaysia ini kepada China.
Tun M pula sebaik mengambil alih sebagai PM-7 telah membatalkan apa saja projek yang menjurus kepada penyerahan kedaulatan negara ini kepada China.
Di bawah Najib, 11 orang Muslimin Uighur telah ditahan oleh Malaysia. China Komunis yang tekenal membunuh, mengusir dan memenjarakan kaum Uighur telah menuntut 11 orang ini 'dihantar pulang' ke China untuk 'menjalani hukuman'.
Mujurlah Allah telah mengizinkan PH pimpinan Tun-M mengambil alih kerajaan negara ini sebelum Najib sempat 'menghantar pulang' mereka ini ke China.
Sebagai PM-7 Tun M bukan sahaja telah membebaskan mereka, bahkan telah membenarkan mereka pergi ke Turki, negara yang sebangsa dan seagama dengan para tahanan Uighur tersebut.
PER : PEMBEBASAN 11 TAHANAN UIGHUR OLEH TUN M PETUNJUK TERKINI BAHAWA TUN M ADALAH PEMUDA TAMIM @ PEMBAWA PANJI HITAM (siri 4/4)
ReplyDelete-------------------------
Nah, lihatlah sendiri bagaimana Najib membawa UmNo menjadi kaum yang berpaling dengan mengasihi, bersekutu dan bahkan berwala kepada kaum kafir harbi, dan lihatlah pula bagaimana Tun M menunjukkan keprihatinan kepada kaum Muslimin ini dan menunjukkan ketegasannya kepada 3 negara kuasa besar ini tanpa sebarang rasa takut.
Tun M adalah pembela kaum Muslimin yang menepati ciri pertama kaum yang didatangkan iaitu "mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman sedang mereka tegas terhadap kaum yang kafir".
Tun M adalah calon tunggal yang ada pada dirinya segala ciri-ciri Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim dan demikian dia adalah orangnya.
Tidak seperti Imam Mahdi yang merupakan rahsia tertutup Allah yang hanya akan terbuka pada hari dia benar-benar muncul di tengah umat dan menunjukkan karamah-karamah yang menggemparkan dunia, Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim pula adalah rahsia yang terbuka. Ciri-cirinya telah diceritakan secara tersurat mahupun tersirat di dalam AlQuran dan Al-hadith dan kita hanya perlu mengkaji dan merenungi untuk mendapat jawapan siapakah orangnya.
Selama 17 tahun saya tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki yang disebut sebagai Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim ini dan pada tahun 2018 saya telah mendapat jawapan yang jelas dan saya kongsikan dengan semua pembaca tanpa sebarang upah. Mudah-mudahan bermanfaat.
Bagi para pembenci Tun M, teruskan membenci dan mencercanya dengan cacian super dahsyat seperti 'Mahafiraun, Mahababi' dsbgnya. Kalian hanya membuktikan Tun M memiliki ciri kedua 'kaum yang didatangkan' di dalam Al-Maidah : 44, sedang kalian tidak akan mampu menang ke atasnya disebabkan hadith-hadith Nabi saw sendiri telah mengkhabarkan bahawa pada zaman fitnah, lelaki ini telah memimpin pasukannya di dalam banyak pertempuran dan mereka MENANG DI DALAM KESEMUANYA.
Hadith juga telah memberi pesan awal "عليكم بالفتى التميم" yang bermaksud 'ke atas kamu untuk bersama-sama Pemuda Tamim' yang bukan saja jelas telah memberi kredit bahawa Pemuda Tamim ini adalah orang yang berjuang pada jalan yang benar, malah juga memberi satu petunjuk (kinayah) bahawa Pemuda Tamim ini bukan rahsia yang tertutup, sebaliknya dia adalah rahsia yang terbuka. Sekiranya dia dicari dengan hati yang tulus dan ikhlas, nescaya orangnya akan ditemui. Saya telah menemui orangnya dan berkongsi penemuan saya dengan semua di sini tanpa meminta sebarang balasan.
Bagi yang tidak mahu percaya atau masih ragu-ragu bahawa Tun M adalah orangnya, itu tidak mengapa. Memadailah untuk bersaksi bahawa saya telah pun menyatakannya.
Tunggu saja apabila kebenaran itu benar-benar muncul pada hari berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS di antara Pasukan Panji Hitam yang padanya ada lelaki Pembawa Panji Hitam ini dengan pasukan-pasukan lawannya yang bersekutu mahu menjatuhkannya.
Sama ada segala telahan saya ini betul atau meleset, masa akan memberikan jawapan yang tepat.
Apapun hakikat yang akan diakui oleh kesemua manusia pada hari tersebut termasuklah golongan pendusta ialah 'menyesal kemudian tiada gunanya'.
Wallahu a'lam.