Monday, 22 October 2018

THE PROMISED LAND : MAHATHIR KENA 'SEMBUR'!!! SAMPAI NAK BERHENTI KERJA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Salam. Maaf lama tak update blog semenjak Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson. Walaupun kemenangan berpihak kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan, bukan bererti kita menyerah kalah dalam perjuangan untuk meneggakkan kebenaran.

Kini kita akan menyaksikan bermacam macam perkara yang tidak dijangka. Dari ekonomi sehinggalah kemaslahatan umat Melayu Islam dibumi Malaysia ini.

Walaupun semua rakyat tahu bahawa hutang sebenar negara hanya sekadar lebihkurang RM680Billion mengikut tata cara Bank Dunia namun Pakatan Harapan tetap 'menjulang' RM1 Trillion sebagai sandaran bagi 'menyerlahkan' kesalahan dan salah urus kerajaan terdahulu.

Salah tetap salah dan wajib dibawa kemuka pengadilan atau Mahkamah. Apa yang terjadi kepada Najib dan Zahid wajiblah dijadikan iktibar buat ahli ahli politik terutama kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Jangan ditutup sebelah mata sekira kelompok sendiri yan melakukan kesalahan malahan wajib disiasat tanpa sekatan.

Seperkara yang terusik dihati saya adalah berhubung perjumpaan Dr Mahathir dengan Pemandu Pemandu Teksi di Langkawi.
Kenapa Mahathir terpaksa meluahkan kata kata 'Kalau tak suka saya bolih letak Jawatan Perdana Menteri" gara gara kata kata kesat dan kasar dari beberapa kerat Pemandu Teksi.
Kenapa Dr Mahathir begitu 'terkesan' dengan kata kata Pak Driver tu?
Kenapa begitu 'terusik' hatinya??? kenapa begitu 'sensitif'?

Sebelum ini Dr Mahathir juga pernah dicaci, dihina dan dicerca dialam maya, mahupun diceramah ceramah politik, tetapi tidak pula Dr Mahathir 'melenting' sehingga mahu meletak jawatan.
Tetapi amat berbeza pulak kali ini.
Atau adakah  Dr Mahathir sebenarnya 'takut dihina' mahupun ' dikeji' secara depan depan?
Tak sangka pulak dah semakin 'menginjak' umur ini beliau menjadi amat 'sensitif' pulak.

    TETAPI BAGI TUKANG KIPAS YANG TAKUT KENA SIASAT TETAP MACAM NI

                               

Lagi veteran politik selar pemandu teksi 'biadab'


Walauapapun semenjak menerajui Pakatan Harapan yang bergantung harap akan jutaan rakyat negara ini terhadap kepimpinan beliau, tetapi, pada realitinya, keadaan sebenarnya 'amat malang' pula buat rakyat.  Segala apa yang dijanjikan hanya tinggal janji. Begitulah hebatnya janji janji..

Seperkara yang perlu diambil perhatian situasi ekonomi kita tidak lah seberapa cantik. Yang paling ketara adalah nilai ringgit kita semakin 'susut nilai' dan bursa saham semakin menjunam. Adakah ketidaktentuan ini kita masih nak menyalahkan Kerajaan lama atau kurangnya keyakinan pelabur mahupun ketidakyakinan negara luar terhadap Kerajaan Pakatan?
Scenario ini amat membimbangkan..bila bila masa bolih meletup.

Kalau Kerajaan pimpinan Mahathir masih lagi nak bersandiwara tentang 'Islam' dan memperlekehkannya.
Manusia yang tidak tahu tentang agama Islam cuba 'merombak' Perlembagaan mengikut fahamannya.
 
Image result for P Kasthuriraani  anak P Patoo
P Kasthuriraani mendesak Kerajaan menghentikan tangkapan keatas individu yang menganut fahaman Syiah Imamiyyah dan ajaran sesat yang lain dengan dengan alasan fahaman fahaman itu adalah agama yang berbeza daripada agama Islam.

Kalau Dr Mahathir dan kepimpinannya  merestui serta  membiarkan kelompoknya berhujah mengikut apa yang dia faham,  maka 'bala' besar menanti didepan.

 Antara sanggup atau akur... bila 'bala' terjadi..jangan salahkan orang lain..

Bila Islam yang menjadi 'tiang' dalam negara ini yang cuba disoodok..takut nanti ' mantra kuno"' pula yang bakal 'melumpuhkan' diri diri mereka.

Ingatlah....banyak yang telah kita saksikan depan mata.. ramai yang ketawa dan menperlekehkannya..tetapi...itulah realiitinya...

Cahaya Al Majid.







2 comments:

  1. Kekanda Al-Majid,

    Hutang 688 billion itu adalah pinjaman kerajaan sahaja. Perangkaan hutang dalam kategori 'pinjaman kerajaan' memang hanya memasukkan hutang jenis ini sahaja. Ini adalah berdasarkan prinsip accountacy sendiri yang membahagikan setiap jenis accruals, liabilities dsbgnya di bawah bahagian masing-masing.

    Jumlah 1 trillion itu adalah apabila dicampur dengan jaminan oleh kerajaan ke atas entiti yang berhutang dan tak mampu jelaskan hutangnya dan juga Private Partnership yang juga dijamin oleh kerajaan. Walaupun dua kategori ini bukanlah pinjaman yang dibuat oleh kerajaan tetapi sebagai penjamin, kerajaan tetap wajib membayar hutangnya apabila prinsipal gagal membayarnya.

    Sebab itu akauntansi perbankan ada bahagian NPL (non-perfomance loan) yang diasingkan daripada accruals, dan apabila terdapat bayaran daripada bahagian ini, ia dimasukkan di bawah total profit. NPL juga adalah hutang yang terakru tetapi ia tidak dimasukkan di bawah hutang, sedangkan hutang yang dibayar pula sepatutnya bukanlah 'profit'.

    Tun Mahathir tidak merajuk dengan Pemandu Teksi sebaliknya menggunakan pendekatan bertindak mengikut audiens. Masakan seorang yang dengan lantang berhadapan dengan Amerika, Israel dan China tanpa sebarang ketakutan, dan 2 kali meminda perlembagaan berkaitan kuasa dan kekebalan raja-raja akan terjentik dengan perbuatan 10 orang pemandu teksi yang tidak dikenali. Tun Mahathir secara berlapik berkata kepada mereka 'saya di sini adalah untuk membantu kalian sedang kalian di sini adalah kerana mengharapkan bantuan saya'. Bukankah Tun M akan menggunakan pendekatan bebeza apabila dibandingkan ia berucap di UNGA dengan ucapannya di hadapan orang kampung? Kerana ia benar-benar mengenali audiensnya dan bertindak mengikut keadaan yang boleh mengetuk pintu hati mereka.

    Ketidaktentuan bursa itu perkara biasa apabila berlaku satu wave besar dan pertukaran kerajaan adalah di antara wave besar yang memberi kesan. Apa yang penting ialah keyakinan yang datang apabila keadaan stabil. Speculators will run away but real investors will come in. Let the speculators run away, we do not need them in the long run. They are here for quick profit and thereby they wouldn't care about our progress. They will not sink with us if we sink. Unlike real investors, they will do their best to ensure that we will not sink as they wouldn't want to sink along.

    Berkenaan dengan kenyataan dari seorang YB DAP, ia tidak akan membawa apa-apa ribut. Semasa Tun M menjadi PM-4 memimpin BN adakalanya kenyataan-kenyataan yang keluar daripada parti komponen pun tidak menyenangkan. Malah ada di antara mereka yang bertaraf pemimpin besar parti komponen pun tapi semuanya hanyalah ribut di dalam cawan dan semuanya di dalam kawalannya. Tun M telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam sekalipun tidak mendapat endorsement parti komponen BN bukan Islam. Tiada keributan besar yang berlaku pun.

    Semasa PH ditubuhkan Tun M telah mendapatkan persetujuan bertulis daripada DAP tentang kedudukan Islam dan Melayu di dalam negara dan mereka telah memberikan persetujuan bertulis. Perkara ini telah diseal rapat. Tiada apa yang nak dijadikan taufan daripada ribut dalam cawan.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      Perang besar akhir zaman adalah di antara orang-orang Islam yang berada di jalan yang benar dengan mereka yang berada pada jalan yang salah. Kekacauan bukan ditimbulkan oleh orang-orang bukan Islam sebaliknya oleh permainan orang-orang Islam yang menyalahgunakan slogan bangsa dan agama demi kepentingan diri.

      Dalilnya jelas pada kalimah فَيَقْتُلُونَكُمْ yang bermaksud "mereka akan membunuh kamu", "mereka" merujuk kepada pasukan Panji Hitam sedang "kamu" merujuk kepada 'orang-orang Islam. Ia adalah pertempuran di antara sesama Islam, di antara pasukan yang benar dengan pasukan-pasukan bathil yang bersekutu.

      Kemampuan manusia adalah berbeza-beza. Sekiranya para Nabi dahulu pun diberikan mukjizat berbeza mengikut keperluan masing-masing, maka samalah dengan kemampuan para wali Allah. Sesetengah mereka diberikan karamah masa yang sangat berkat, sesetengah lagi diberikan kemampuan mengenalpasti sumber penawar daripada alam, dan begitulah seterusnya. Tiada siapa diberikan kemampuan di dalam kesemua perkara. Tun M memiliki kemampuan yang memang diberikan kepadanya iaitu kemampuan untuk mentadbir dan menyelamatkan keadaan. Sekiranya kita hanya memikirkan isu penjagaan kesihatan, maka kita tak akan mendapat jawapan yang betul bagaimana Tun M pada umur 93 tahun memiliki kesihatan dan ketajaman akal yang luar biasa selain ia hanya memerlukan rehat dan tidur 2 jam sehari dan itupun dia kelihatan lebih cukup rehat daripada orang-orang yang jauh lebih muda darinya dan tidur lebih lama darinya.

      Nabi Allah Musa a.s telah diberikan mukjizat membelah lautan kerana dia ditugaskan menyelamatkan kaumnya daripada penganiayaan Firaun. Tetapi baginda tidak diberikan mukjizat untuk melihat khabar ghaib di masa hadapan dan tewas kepada kemampuan seseorang yang tidak pun dikenali oleh orang sekeliling seperti yang diceritakan di dalam surah al-kahfi.

      Innallaha a'liimun khabiir.

      Tun M sedang melakukan perkara yang betul dan yang bakal membawa pertempuran di antara haq dan bathil ke klimaks bukanlah orang-orang bukan Islam di dalam pasukan yang dipimpin oleh Tun M sebaliknya adalah orang-orang Islam di dalam pasukan-pasukan lawannya yang bakal bersekutu.

      Orang-orang yang menyangka mereka lebih baik, lebih mulia dan lebih warak daripada Tun M hanya disebabkan beberapa perkara yang merupakan sangkaan mereka semata-mata mestilah merenungi ayat berikut dan mengambil iktibar daripadanya sebelum terbabas :-

      الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

      "Iaitu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali perkara-perkara lamam, sungguh Tuhanmu amat luas pengampunannya. Dia mengetahui tentang kamu sejak dia menciptakan kamu daripada tanah dan sejak kamu masih menjanin di dalam perut ibu kamu. Maka janganlah kamu menyangka diri kamu itu suci, dia lebih mengetahui siapa di kalangan kamu yang bertaqwa" (An-Najm : 32).

      Kebenaran itu pasti akan terbongkar juga, diberi kemenangan dan disempurnakan cahayanya ke atas kebathilan apabila masanya telah tiba, sedangkan sunnatullah telah menyebut apabila kebenaran itu benar-benar datang, kebathilan itu akan dilenyapkan.

      Saya hanya memberi pandangan dan menyampaikan apa yang telah diperlihatkan kepada saya. Selebihnya adalah pilihan masing-masing. Mudah2an bermanfaat.

      Wallahu a'lam.

      Delete