Monday, 22 October 2018

THE PROMISED LAND :KERAJAAN PAKATAN BERFAHAMAN LIBERAL DAN SOSIALIS???

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH FIKIRAN MAHATHIR DAH MULA KELAUT???



Kenapa statement Dr Mahathir akhir akhir ini dah  mula celaru. Ada yang 'bongak', ada yang tipu, ada  yang tak betul malahan banyak yang tersasar.
Kenapa ??

Kes nyata dibawah ini :-

Sekejap kata ahli gabungan Pakatan Harapan ada yang sosialisme, ada liberalisme.
Sekejap tuduh ada golongan masyarakat Melayu melabel Pakatan Harapan sebagai Anti Islam serta pendokong libral, alih alih tuduh pula dakwaan dibuat olih  musuh Kerajaan.

Adakah Pembangkang atau orang Melayu sudah jadi musuh Kerajaan Mahathir??

Cuba baca dan hadam apa yang disampaikan olih Mahathir.

Sumber berita :- ASTRO AWANI

Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad 

Dr Mahathir mengakui kerajaan kini berdepan kesukaran untuk membuat keputusan kerana perlu mengambil kira pandangan keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan (PH).

 Beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin PH

Sekarang saya sedar idea terpaksa sesuaikan dengan pemikiran mereka.

"Ada mirip pemikiran sosialisme, ada liberalisme. Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada," katanya.

Dr Mahathir menyifatkan dakwaan masyarakat Melayu bahawa PH anti islam serta pendokong liberal adalah tuduhan yang dibuat oleh musuh kerajaan.

Jadi memang benarlah bahawa majoriti dalam pakatan Harapan itu sebenarnya berfikiran sosalis dan liberal ..tak gitu????

Jadi bukanlah musuh Kerajaan Pakatan  yang melabel mereka melainkan semuanya adalah kebenaran bahawa kelompok pakatan harapan ini berfahaman sosialisme dan liberalisme.

Satu demi satu kejanggalan 'mencurat' dari mulut Mahathir. 
Adakah ini  tandanya 'pengakhiran' yang bakal 'memalukan' buat diri beliau atau adakah beliau akan 'menelan' segala kata kata beliau sendiri atau tetap mahu menafi??

Atau Dr Mahathir sudah hilang 'cengkeman' terhadap ahli gabungan dalam Pakatan Harapan dan menyalahkan fahaman  liberalisme dan sosialisme???

Pemahaman terhadap liberalisme dan sisialisme.
                                           LIBERALISME
                                Image result for liberalisme images

Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya. Lebih membimbangkan, ia adalah benih kepada fahaman tidak beragama. Sedangkan Islam adalah agama yang mengatur akidah, syariat dan akhlak bagi setiap Muslim sesuai dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah kerana Islam bermaksud ketaatan, kepatuhan dan penyerahan kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Islam merujuk kepada cara hidup yang telah diatur oleh Allah SWT melalui syariat yang dibawa oleh rasul-Nya SAW.
Fahaman liberalisme membawa kepada fahaman semua agama adalah sama.
                                  

                                               Image result for sosialisme images

Pengertian Sosialisme
Sosialisme adalah suatu paham yang menghendaki segala sesuatu harus diatur bersama dan hasilnya dinikmati bersama-sama. Dengan kata lain, sosialisme adalah paham yang menghendaki kemakmuran bersama.

Perkembangan Sosialisme
Paham sosialis kemudian diterapkan oleh banyak negara di dunia, terutama di negara-negara yang kemudian dikenal dengan blok Barat dan blok Timur. Sosialisme di blok Barat dikenal dengan nama sosialisme barat atau sosialisme demokrat, sedangkan sosialisme di blok Timur dikenal dengan nama aososialisme yang merupakan tahap awal dari komunisme, suatu tahap yang pada masa mendatang/kemudian akan menjadi komunisme penuh (full communism). Komunisme inilah yang bertumpu pada ajaran Marxisme-Leninisme.

Nampaknya satu demi satu 'kegelinciran' mula 'membaluti perjalanan akhir ini, samaada sempat atau tidak untuk beliau membetulkan apa yang telah terpesong, hanya pada Allah SWT kita berserah.



Cahaya Al Majid.


1 comment:

  1. Fiqh aulawiyyat; memahami keutamaan.

    Taqdiimul-aham-minal-muhim; mendahulukan yang lebih utama daripada yang utama.

    Tun M telah selamatkan Malaysia daripada terus menjadi sekutu Yahudi Zionist, Nasrani Zionist dan China Komunis di bawah Najib BN. Itu yang lebih utama. Selain selamatkan rakyat Malaysia daripada terus diratah oleh singa, serigala dan anjing-anjing kleptokrasi.

    Ia juga kekal berjaya mengawal unsur-unsur lain yang ada di dalam Pakatan kekal menjadi ribut di dalam cawan yang tidak bertukar menjadi taufan.

    Calang-calang manusia, sekiranya tiada kemampuan berunsur 'divine intervention' tidak akan mampu menganalisa apatah lagi melakukan apa yang ia telah lakukan.

    Setakat mengkiritik dan menyalahkan sesiapa pun mampu tetapi untuk mencapai walau separuh pun apa yang ia lakukan adalah mustahil melainkan dengan adanya 'divine intervention' juga. Mampukah orang yang tidak 'dipilih' memperolehi nikmat 'divine intervention' tersebut? Jawapannya sudah tentu tidak, hanya seorang sahaja yang telah dipilih dan orang itu tiada lain adalah Tun M sendiri.

    Ĝ°َٰلِكَ فَĜĥْلُ Ĝ§Ù„Ù„َّهِ يُĜ¤ْĜŞِيهِ مَن يَĜ´َĜ§ĜĦُ ۚ وَĜ§Ù„Ù„َّهُ وَĜ§Ĝ³ِĜıٌ Ĝıَلِيمٌ

    "Yang demikian itu adalah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa yang ia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (PemberianNya) Lagi Maha Mengetahui" (Al-Maidah : 54).

    Ia telah memilih melakukan perkara yang betul apabila bersekutu dengan berbagai-bagai fikrah yang boleh dikawal di dalam negara yang masih tertakluk kepada undang-undang dan perlembagaan negara ini, untuk menyelamatkan negara ini daripada dijadikan vessel state apatah lagi menjadi sebahagian hegemoni oleh kuasa luar yang tidak boleh dikawal oleh undang-undang dan perlembagaan negara ini apatah lagi kalau ia adalah kuasa-kuasa jahat seperti Zionist Yahudi Israel, Zionist Nasrani USA dan Komunis China.

    Sebagaimana ia memilih bersekutu dengan sebuah parti yang diketuai oleh seorang pesalah LGBT yang merupakan satu lesser evil berbanding dengan sebuah parti yang sedang berkuasa dan sedang menindas rakyatnya melalui kleptokrasi.

    Di dalam persekutuan itu ia malah telah bersetuju membahagikan tempoh menjadi PM dengan pemimpin parti tersebut, masing-masing dua tahun. Itu juga adalah pilihan yang betul di dalam keadaan berkenaan. Sebagai doktor ia telah mengutamakan penyakit yang sedang dideritai lebih daripada penyakit yang bakal dideritai sebagai kesan sampingan rawatan kepada penyakit yang sedang dideritai.

    Segala cabaran yang ia lalui, ia kekal berjaya memelihara negara ini daripada kebinasaan.

    Kelak ia akan ditolak ke penghujungnya apabila Yang Dipertuan Agong mengisytiharkan darurat dan menyebabkannya ditarik daripada kekuasaannya sebagai Perdana Menteri.

    Apabila ia berlaku bermakna ia sudah menghampiri klimaks di dalam perjuangannya. Dengan izin dan kehendak Allah, dia dan pasukannya akan kekal menang.

    وَكَĜ°َٰلِكَ نُنĜĴِي Ĝ§Ù„ْمُĜ¤ْمِنِينَ

    "Demikianlah Kami memenangkan orang-orang yang beriman" (Al-Anbiya : 88)

    كَĜ°َٰلِكَ Ĝ­َقًّĜ§ ĜıَلَيْنَĜ§ نُنĜĴِ Ĝ§Ù„ْمُĜ¤ْمِنِينَ

    "Demikianlah adalah menjadi hak Kami untuk memenangkan orang-orang yang beriman" (Yunus : 99)

    وَكَĜ§Ù†َ Ĝ­َقًّĜ§ ĜıَلَيْنَĜ§ نَĜµْĜħُ Ĝ§Ù„ْمُĜ¤ْمِنِينَ 

    "Demikianlah adalah menjadi hak Kami untuk menolong orang-orang yang beriman" (Ar-Ruum : 47)

    Karamah akan mengatasi daulat dan apabila ia berlaku YDPA tidak akan mempunyai pilihan melainkan mengekalkannya sebagai Perdana Menteri walaupun selepas darurat telah diisytiharkan.

    Golongan yang benar itu akan diberi kemenangan pada hari PEMBUKAAN tersebut, in shaa Allah.

    Sama-sama kita nantikan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete