Monday, 1 October 2018

THE PROMISED LAND: ADAKAH KEBENARAN ATAU KEBHATILAN YANG BAKAL DIANGKAT.

Bismillahhirrahmannirrahim.

DEMI KUASA APA PUN BOLIH???

Semalam merupakan hari pertama dan yang paling hactic dan sibuk buat semua calon serta macai mahupun pengampu yang berbondong bondong bagi memeriahkan rombongan calon yang bertanding.

Antara yang paling ketara adalah dari kelompok  Anwar Ibrahim sendiri.

Walaupun yang mengekori beliau kebanyaknya adalah dari Ahli dan kelompok PKR , namun yang datang mengiringi beliau kebanyakkanya dari luar Port Dickson,  namun sambutan dari masyarakat Melayu  setempat tidak lah sehebatmana.

Yang paling ketara dan dilihat tampak meriahnya hanyalah ditempat atau kawasan kawasan bukan Melayu saja.

Benar telahan sesetengah pihak bahawa Anwar Ibrahim dan kelompoknya sememangnya mencari lalauan mudah untuk ke Parlimen dan sekaligus mahu diangkat sebagai  Pengganti Mahathir untuk kepersada jawatan Perdana Menteri melalui parlimen yang majoritynya adalah dari bukan Melayu.

Walaupun tentangan yang 'terkesan' dan dihadapinya adalah dari Isa Samad dan calon dari PAS, tetapi apa yang pasti " blog undi" Melayu pada perkiraan manusia, ia pasti terpecah.

Bagi calon BEBAS , tiada sengatan
langsung , ianya sekadar mempopularkan diri serta tiada hala tuju.

Pergerakkan Saiful Bukhari pula dilihat "amat" berhati hati dan mungkin beliau mengharapkan "simpati" .
Walaupun team saya telah menghubungi beliau, namun , tiada reaksi langsung sehingga kesaat ini.

Kepada Saiful!!! walauapapun , "kebenaran" akan "sumpah laknat' yang anda lakukan itu, samasekali tidak saya ragui .

(Contoh : Apabila seseorang menjatuhkan 'thalak' terhadap isterinya dengan niat mahupun diluahkan dengan kata kata tanpa niat, maka, 'thalak' tetap jatuh disisi Tuhan. Begitu juga dengan 'sumpah' atau 'niat" mahupun nazar, yang diucapkan atas nama Allah SWT,penyaksian Allah SWT terhadap kamu adalah benar dan pasti)

Inshaallah berbekalkan  "kebenaran" kamu itu, kami akan berdoa serta memohon dan memanjatkan kehadrat Allah SWT semoga 'kesahihan' itu dapat  dibuktikan di Port Dickson dengan izin Allah SWT..Semoga tanda tanda kebesaran Nya dapat disaksikan olih manusia.

Team Anwar Ibrahim pula secara rakus menggunakan "lesen Kerajaan Harapan" untuk menembusi kawasan Mesjid atau Madrasah .Walaupun kawasan Mesjid mahupun Madrasah atau pun Surau telah dilarang akan penggunaanya untuk tujuan politik namun Anwar dan gerombolannya berjaya menembusinya atas nama 'tazkirah Maal Hijrah".
                                   

Tetapi apa yang pasti pertembungan ini bukanlah antara Pakatan Harapan atau seteru politiknya iaitu PAS mahupun UMNO tetapi lebih terarah kepada batang tubuh Anwar sendiri.

Tetapi bagi saya, sebenarnya pertembungan ini adalah antara ujian Allah  SWT  bagi menguji kepercayaan dan keimanan umat Islam dalam menentukan" pilihan" mereka terhadap kesalahan yang dituduh serta salah laku Anuar Ibrahim yang mana, kesalahan itu terpaksa diampunkan olih YDP Agong bilamana blok parti mereka iaitu Pakatan Harapan menjuarai PRU14.

Samaada sedar atau tidak ini adalah ujian besar buat umat Melayu dan
Islam di Port Dickson dan juga umat Islam dinegara ini. Pilihan samaada mahu mencari laba dunia ataupun mengangkat kebhatilan mahupun menafikan kebenaran semuanya pilihan mereka.

Walaupun "kemenangan" pada dasar pecahan undi 53% memihak kepada bukan Melayu atau bukan Islam yang dilihat amat disenangi olih Anwar, namun, itu tidak bererti kemenangan Anwar tidak bolih dinafikan.

                                      

Saya tidak melihat pertembungan yang "dicatur" ini sebagai pertembungan "mencari kuasa" tetapi sebaliknya lebih kepada pertembungan diantara siapa benci" kebenaran" dan siapa mencintai  "kebhatilan".

Apa yang dahulunya telah dihidangkan kepada masyarakat yang bertahun lamanya mengenai tuduhan olih "sang penuduh" kepada yang "dituduh" sehingga "sumpah laknat'" dilakukan atas nama Allah SWT yang dipertaruhkan sebagai "saksi", maka, kini pilihan kepada tangan manusia '
yang 'bersangka sangka' atau 'terlibat dalam kancah fitnah' dapat dijadikan kayu pengukur.

Adakah pilihan  nikmat dunia yang dijanjikan serta yang bakal dilimpahkan olih Ahli Parlimen nya Anwar Ibrahim sekiranya beliau diangkat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri menjadi pilihan atau mencari kebenaran mahupun redha Allah SWT diutamakan, semuanya terserah

                                                               Cahaya Al Majid.


7 comments:

  1. Kekanda Al-Majid,

    Mohon berkongsi satu kisah lawak yang tak kelakar:-

    PRK PD | Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyokongnya di Permatang Pauh menangis apabila mengetahui beliau akan bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

    "Mereka kata kepada saya, kami sudah bersama kamu susah dan senang, dan kini kamu bakal jadi perdana menteri, tapi kamu bertanding di Port Dickson?" kata Anwar kepada kira-kira 200 hadirin di Thistle Resort, Port Dickson hari ini.

    Tambah Anwar, beliau sudah menjelaskan kepada mereka bahawa meskipun kini perlu mengutamakan Port Dickson, Permatang Pauh tidak pernah jauh dari hatinya.

    Malah, katanya, apabila menjadi perdana menteri kelak, bukan saja beliau perlu menjaga Port Dickson, tapi juga semua negeri.

    Parlimen Permatang Pauh mempunyai sejarah yang intim dan panjang dengan Anwar dan keluarganya. 

    Ia merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi. Beliau menjadi wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sehingga 1995.

    Pada pilihan raya umum (PRU) 1999, ketika Anwar dalam penjara, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kawasan itu dan berjaya mengalahkan lawannya dari Umno, Datuk Dr Ibrahim Daad.

    Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi itu selama tiga penggal.

    Beliau kemudian meletakkan jawatan pada Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK di kawasan itu.

    PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 menyaksikan Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar.

    Anwar kekal Ahli Parlimen selepas menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail pada PRU ke-13.

    Bagaimanapun, pada 2015, Anwar hilang kelayakan sebagai penyandang kerusi itu selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

    Pada 7 Mei 2015, Wan Azizah bertanding dalam pertembungan empat penjuru PRK Permatang Pauh dan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

    Pada PRU-14 baru-baru ini, Anwar yang sekali lagi tidak dapat bertanding kerana masih berada di dalam penjara.

    Anak Anwar, yang sebelum itu merupakan anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bertanding di Permatang Pauh dan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

    Kini bebas selepas mendapat pengampunan diraja, Anwar akan bertanding di Port Dickson selepas penyandang kerusi itu Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan.

    Seperti Wan Azizah di Permatang Pauh sebelum ini, Danyal mengosongkan kerusinya di Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen.

    Komen saya:-

    Anwar kelentong besar bila dia kata pengundi Permatang Pauh sedih kerana dia bertanding di PD. Permatang Pauh memiliki 68% pengundi Melayu dan saya percaya Invoke telah membuat kajian dan hasilnya mendapati sekiranya Anwar bertanding di Pmtg Pauh, maka dia mempunyai peluang besar untuk tewas. Ia mungkin betul atau mungkin juga tidak tetapi yang pastinya ialah Anwar benar-benar telah 'lari' dari Permatang Pauh.

    Daripada cara ia berkempen sendiri sudah kelihatan ia sudah 'give up' untuk mendapat undi kaum Melayu sedang ia 'all out' untuk mendapat undi bukan Melayu. Di kalangan Tamil ia menjadi MGR dan di kalangan Sikh ia menjadi wira Singh.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      Saya kira Anwar tetap mempunyai peluang besar untuk menang tetapi ia adalah 'kemenangan dalam kekalahan'.

      Sekiranya dulu sebelum penamaan calon saya menjangkakan ia akan menang di atas undi bukan Melayu sedang ditolak oleh majoriti pengundi Melayu, tetapi selepas melihat senarai calon yang bertanding saya kira ia ibarat 'pucuk dicita ulam mendatang' bagi orang-orang yang tidak bersetuju Anwar menjadi PM-8.

      Saya menjangka Anwar akan mendapat undi tertinggi di kalangan semua calon, tetapi jumlah undinya tidak akan mencecah separuh pun, sedang undi kesemua calon lain apabila dikumpulkan akan melebihi undi yang diperolehinya.

      Ia akan menimbulkan persoalan undang-undang sama ada dia benar-benar telah mendapat undi 'majoriti' kerana definisi majoriti ialah 51% ke atas dan bukan di bawah 49%, sedangkan sistem pilihanraya di Malaysia tiada peruntukan untuk 'pusingan kedua'.

      Anwar akan masuk ke Parlimen sebagai wakil rakyat PD tetapi legitimasinya akan dipersoalkan oleh seluruh rakyat Malaysia terutama para pengamal undang-undang.

      Saiful Bukhari akan 'tewas' dan barangkali akan hilang deposit tetapi akan memperolehi kemanisan berentap dengan Anwar apabila mendapati penyertaannya di dalam PRK ini telah menafikan 'majoriti' Anwar. Sekalipun ia tewas, ia sebenarnya 'menang di dalam kekalahan'.

      Ketika Anwar berduka dengan keputusan pemilihan yang kelihatan tidak memberikan majoriti kepadanya, Saiful Bukhari pula bergembira kerana berjaya menafikan 'majoriti' tersebut.

      Pada akhirnya legitimasi Anwar sebagai wakil rakyat memang akan menjadi pertikaian.

      Nota : saya tidak mengatakan telahan saya di atas tersebut adalah betul. Ia dibuat di atas bacaan saya bahawa 'Anwar akan menjadi wakil rakyat tetapi legitimasinya sebagai bakal PM akan dipertikaikan'. Ia barangkali meleset. Ia berlainan dengan telahan saya bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam kerana untuk perkara ini segala klu telah tally.

      Apa pun masa akan memberikan jawapan yang paling tepat.

      Wallahu a'lam

      Delete
  2. Tak Kira dari parti mana orang Melayu akan undi calon PAS.. undi tentera jg harap nak dpt..undi Cina dan India akan banyak kepada calon bebas.. Anwar akan kalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akhirnya hanya ada satu pasukan yang akan muncul pemenang mutlak yang melenyapkan pihak lawannya sama sekali.

      Ia adalah pasukan Panji Hitam. Apabila Panji-panji Hitam telah muncul maka itu bererti pasukan ini telah pun memperolehi kemenangan mutlak.

      Ia adalah khabar nubuwwah maka ia pasti berlaku.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. ������

      Delete
  3. Salam. Inshaallah. Faktor cuaca bakal merencatkan perancangan' mereka.

    ReplyDelete
  4. aaaa... Abah Turon1 October 2018 at 07:40

    Tak Kira dari parti mana orang Melayu akan undi calon PAS..
    undi tentera jg harap nak dpt.. undi Cina dan India akan
    banyak kepada calon bebas..

    Anwar akan kalah..??


    ...... 010101010101010101010101010101010101010 ......

    GAMBAR KE2: KEH3... LIHATLAH ANWAR ALJUBORI TERSENGEH2 LEBAR..
    HINGGA BUNYI TERKENTUT KECIL TANDA JUBOQ ANWAR HE3.. ADA DARA.
    PENGUNDI2 INDIA {DARI BENGGALI SIKH} GERENTI 100% UNDI ANWAR
    ALJUBOQRI YG SEUMMAT SATU KEGEMARAN KEMOQ KELILING DGN MEREKA...

    SIAP KAMU ANWAR JAGA2 LOBANG JUBOQ DARA KAMU.. GENG2 BENGGALI
    SIKH AKAN TUNTUT HAK DGN KAMU BERPESTA MANDI MINYAK SAPI DULU...

    ReplyDelete