Bismillahhirrahmannirrahim.
KITA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH SWT JUGA YANG TERBAIK UNTUK KITA.
Walaupun setakat jam 2 petang kedudukan dana yang dikumpul masih berada diparas yang sama dan tidak bergerak namun usaha untuk 'menafikan" kemenangan Anwar Ibrahim Di PRU Port Dickson tetap diusahakan dan diteruskan.
Tiada erti kekalahan melainkan kebenaran jua yang perlu ditegakkan melalui tangan manusia samaada melalui doa doa yang berpanjangan kepada Allah SWT, juga melalui tangan tangan yang digunakan olih manusia yang digerakkan olih Yang Maha Esa untuk memilih diantaranya dan juga melalui tulisan tulisan yang ditulis mahupun yang dipaparkan olih sesiapa jua.
Penggunaan medium terkini yang mudah dan cepat telah tersedia, berbagai bagai jalan alternatif melalui alatan mudah alih bolih digunakan sebagai alat penyambung bagi menyatakan kebenaran pada yang ramai bolih diakses olih sesiapa jua.
Semoga apa yang didoakan dan diusahakan dimakbulkan Allah SWT.
Sifatnya manusia itu semangnya "berkehendak" tetapi "kehendak" Allah SWT mengatasi segalanya. Tiada daya dan upaya manusia melawan Nya.
Berikhtiar dan berserah pada yang Esa.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke 2 berturut turut saya berulang alik dari Seremban ke Teluk Kemang atau Port Dickson bagi ' mengintai' suasana dan "menjenguk kawasan Tuan Tanah' diTeluk Kemang.
Bagi mereka yang pernah bersama saya ketika Kem PLKN " Pasir Panjang Panjang Port Dickson " diserang" akan faham akan maksud " menjenguk Tuan Tanah' Teluk Kemang terutama Hi Kamarudin yang turut serta.
Allahhuakbar. Allahhuakbar.
Sewaktu artikel ini mula ditulis, Hj Kamarudin memaklumkan bahawa satu gempa bumi berskala 7.7 mengegarkan Sulawesi Tengah.
Allahhuakbar Allahhuakbar.
Semuanya adalah diatas ketentuan dan ketetapan Mu jua Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kepada sahabat yang menderma atau yang menyumbang dana yang mahu dikembalikan semula sila emailkan nombor akaun sahabat di : puteramariam @ gmail.com
Inshaallah untuk beberapa hari mendatang saya akan menghabiskan banyak waktu untuk bersama sama sahabat lain di Teluk Kemang dan akan mengkongsikan dapatan apa bila masa terluang.
Semoga Allah SWT mencurahkan kerahmatanNya dan merahmati perjuangan meneggakkan kebenaran ini.
Dan semoga kita serta keluarga kita dilindungi Allah SWT setiap waktu.
Amin Amin..Amin.
Cahaya Al Majid.
Salam Dik. Alhamdulillah. Sama tujuan Kita. Inshaallah, Allah dah gerakkan kita dijalan Yang satu.
ReplyDelete