Bismillahhirrahmannirrahim.
"Bismillahhirrahmannirrahim. Sesungguhnya apa yang saya tulis adalah kebenaran hanya Allah SWT menjadi saksi'.
Alhamdulillah. Seperti yang telah saya janji semalam, saya bersiaran secara langsung tepat pada jam 11 malam. Alhamdulillah .
Walaupun akaun FB Saya iaitu Cahaya Almajid Baru semalam dibukakan, alhamdulillah, ramai juga yang mengikuti siaran tersebut.
Walaupun isu yang diperkata atau yang dibangkitkan adalah berhubung penyertaan saya diPRK Port Dickson namun terdapat juga beberapa isu lain yang disentuh.
Kenapa PRK Port Dickson
Apabila Parlimen Port Dickson dkosongkan olih penyandangnya Danial bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8, Dan pada mulanya tiada apa perasaan pun terhadap kekosongan itu tetapi apabila direnung kembali akan "kisah kisah" lama Anwar Ibrahim yang tidak terjawap Dan merasakan sesuatu perlu dilakukan demi menghalang beliau kepersada kuasa maka saya bermunajat kehadrat Allah SWT untuk memohon petunjuk.
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim", sekiranya Engkau , Ya Allah , memberkati usaha aku dan mengizinkan hambamu ini untuk bertanding Di Parlimen Port Dickson atau Teluk Kemang ini Ya Allah, berilah Aku petunjuk Mu Ya Allah.
Berikan Aku petanda Mu Ya Allah dengan
menurunkan hujan selama 2 hari dibumi Malaysia dalam tempoh 9 hari.
Dan
berikan juga tanda gempa bumi samaada ditimur mahupun dibarat Semenanjug TANAH MELAYU INI.
Alhamdulillah selepas sehari permintaan ini saya panajatkan kehadrat Allah SWT, hujan tidak berhenti henti turun berselang hari sepanjang 9 Hari.
Hujan yang dipohon sebagai "tanda" itupun tidak dapat meyakini hati ini lagi sehinggalah terjadinya gempa bumi ditimur tanah Melayu iaitu 3.9 skala Richter di Kinabatangan dan selang beberapa Hari gempa lagi mengegarkan kepulauan Solomon.
Itu yang menyakinkan hati ini.
Itulah yang membuatkan saya yakin untuk menyertai PRK ini, kerana, kebenaran untuk saya sertai pemilihan ini telah saya perolehi melalui tanda tanda tersebut.
Dan pada hari pagi Rabu jam 5.30 pagi satu lagi gempa bumi dibarat Tanah Melayu iaitu diAcheh bergegar lagi.
Allahhuakbar. Allahhuakbar.
Tiada daya dan upaya aku untuk tidak menyertai PRK ini melainkan terpaksa juga meneruskan niat ini.
Tetapi rezeki tidak menyebelahi diri saya dalam memenuhkan dana . Tabung yang telah saya gerakkan hanya berjaya mengumpul sebanyak :
Akaun Bank Simpanan Nasional RM1,500.00
Akaun Maybank : RM250.00
Itulah Dana terkumpul setakat jam.8.40 pagi ini.
Saya hanya ada masa sehingga jam 2.00 petang ini (Jumaat) untuk meneruskan niat ini.
Sekiranya tiada kemasukkan lagi, inshaallah,dana yang tuan tuan sumbangan itu akan saya kembalikan.
Hanya pada Mu Ya Allah Aku memohon perlindungan.
Inshaallah nantikan sehingga malam ini.
Cahaya Al Majid.
Salam kekanda Al-Majid
ReplyDeleteSupaya dana mencukupi .
Kepada para sahabat. Semoga dapat sama-sama menyumbang . In shaa Allah .
#supaya - semoga
DeleteHebat kou ni....jika doamu mudah diperkenalkan Allah...mita hujan, hujan turun berhari-hari, minta gempa bumi, bergegar Sulawesi...maka minta olehmu beberapa juta mencurah-curah masuk ke dalam tabung dermamu....dan jangan lupa berdoa minta Al Hadi menjadi Perdana Menteri
ReplyDeleteSalam. Itu sebab Saya minta taubat kehadrat Allah swt Tuhan Yang Pengasih Dan Penyayang. Mungkin Kerana kebetulan perkara itu hendak terjadi.
Delete