Sunday, 5 August 2018

THE PROMISED LAND : MASIH RAMAI YANG KELIRU!!!!

Bismillahhirahmannirrahim.

DAH DIRACIK TAPI MASIH 'BENGONG'.

Masih ramai yang keliru dan terkhilaf tentang apa yang saya tuliskan berhubung 'watak' Dr Mahathir dalam perjalanan bumi Melayu ini.

Banyak kali telah saya tekankan bahawa watak Dr Mahathir hanyalah sebagai 'pembuka jalan'. Itu saja dan tak lebih dari itu.

Banyak kali telah saya tekankan bahawa 'jangan diusik' atau dihina batang tubuh tersebut, semuanya bersebab..

Banyak "kekhilafan" telah beliau lakukan dari dahulu mahupun sekarang, tetapi sebenarnya, 'itulah yang terbaik sebenarnya buat orang Melayu' sekiranya bangsa Melayu mahu ketingkatan yang lebih tinggi berbanding sekarang, itupun sekiranya Melayu  mahu memikirkannya .

Tetapi kerana sifatnya orang Melayu itu amat berdendam  ibarat 'kerana nyamuk sekor kelambu dibakar' atau ibarat 'alang alang menyolok pekasam' ditambah rencahkan pula kerana suka mengata atau mengungkit perkara yang tidak disukai dibelakang tanpa berani bersemuka @ 'face to face' sebagai anak jantan, maka, sifat hipokrasi atau sikap talam dua muka dijadikan 'amalan' seharian, bukan saja masyarakat merhean malahan pemimpin politik terlebih buruk lagi sikapnya.

Merungkai sesuatu permasaalahan tanpa bermushawarah dijadikan 'titian' untuk 'membidas sesama mereka. Seakan akan lupa atau sengaja memperlekehkan seruan Rasulullah agar semua umat Islam 'bersatu', namun, pertikaian dan perselisihan pandangan dan pegangan dijadikan dendam peribadi dan berantaian dan menjangkiti pula kepada kaum keluarga mahupun kelompok sendiri.
Lama kelamaan 'perpecahan' adalah 'jawapan' kepada semua permasaalahan tersebut.

Kerana sifat taksub serta sifat  'membuta tuli' pengikut yang 'dibakar hati' olih pemimpin mereka , maka, perselisihan pegangan dan kepercayaan' mula', menular dan memakan 'batang tubuh' masyarakat.

Kerana kealpaan dan tidak berlapang dada masyarakat Melayu, maka, kekuatan Majoriti 60% kini terpecah dan dikacip kecil mungkin ibarat 'mengecip buah pinang', agar senang untuk dikunyah. Ibaratnya kini Melayu dah pun "kena makan" .
Masihkah kita mahu menyalahkan Pemimpin UMNO dan sebagainya!!!

Salahnya adalah diri kita sendiri kerana tidak berani 'menegur' atau 'menghambat' pemimpin yang tidak amanah dalam pentadbiran. Itu yang mencacatkan orang Melayu.

Kini Dr Mahathir telah membuka ruang yang seluas luasnya bagi orang Melayu untuk bertindak dalam hal hal dibawah ini , tetapi adakah orang Melayu bertindak?

Perhatikan "-

Isu bangsa Melayu
Isu bahasa
Isu Agama
Isu hak dan status Melayu
Isu Penyebaran agama lain
Isu Murtad
Isu LGBT

Samaada masih mahu berpuak puak atau berpecah pecah, semuanya, terbentang luas, buatlah pilihan. Itu saya katakan 2 tahun saja!!!
Perkara terlebih buruk bakal menginjak hati Bangsa Melayu apabila Dr Mahathir dah tiada.

Cahaya Al Majid.




10 comments:

  1. Sdr Al-Majid,

    Saya memahami apa yang cuba saudara sampaikan tetapi saya tidak boleh memberikan ulasan yang lebih terperinci daripada apa yang telah saya kongsikan disebabkan segalanya masih berstatus rahsia. Setiap orang yang ditetapkan akan menyahut seruan Tun M akan diberikan firasat berdasarkan peranan yang akan mereka mainkan di dalam proses tersebut.

    Tun M sememangnya adalah pembuka jalan dan dirinya sendiri bukanlah mujaddid yang ditunggu. Beliau adalah pembuka jalan kepada sang mujadid terakhir umat. Apabila saya berkata daripada bacaan saya peristiwa besar berkenaan adalah bertujuan untuk membolehkan Tun M masuk ke Seri Perdana dan menjalankan tugas-tugasnya sebagai PM yang diberi mandat, ia bukanlah sesuatu yang bersifat eksklusif.

    Di dalam proses tersebut akan ada perkara-perkara lain yang akan berlaku yang benar-benar akan menggemparkan seluruh dunia, hatta Tun M sendiri pun tidak mengetahuinya dan dia sendiri akan merasa gempar dan terkejut dengan apa yang berlaku.

    Walaubagaimanapun saya tidak boleh memberikan butiran segalanya dengan terperinci di sini.

    Rahsianya ada pada hadith Nabi saw yang menyebut bahawa para ahli pasukan panji hitam ini adalah orang-orang yang memiliki hati-hati yang cekal dan apabila mereka mahu mengubah gunung, mereka akan berjaya mengubahnya. Hadith ini bukanlah perumpamaan kosong melainkan ia datang dalam bentuk majazi.

    Memadailah untuk saya mengatakan perkara yang pernah saya kongsikan di dua blog lain sebelum PRU dahulu iaitu kemenangan pasukan Tun M akan disambut dan diraikan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia dan terutamanya di bandar-bandar utama nubuwwah dan khilafah iaitu Mekkah, Madinah, Kufah, Damsyik, Basrah, Baghdad, Kaherah dan Istanbul. Putrajaya adalah kesinambungan kepada bandaraya- bandaraya berkenaan.

    Putrajaya menepati ciri geografi di dalam hadith yang menyebut 'min qibalil masyriq' yang bermaksud 'dari arah timur' dan menepati juga ciri geografi yang menyebut 'qabli khurasan' yang bermaksud 'sebelum khurasan'. Putrajaya bukan saja wujud di Timur Madinah malahan juga timurnya berada sebelum daripada Khurasan.

    Pada tahun 2020 umat Melayu tidak lagi akan merasai keresahan yang sedang membuak-buak pada hari ini disebabkan klimaksnya sudah pun berlaku, dan keadaannya telah kembali tenang. Ketenangan itu akan kekal sehinggalah kaum Muslimin dimatikan semuanya untuk memberi laluan kepada kiamat.

    Tun M telah menamakan wawasannya sebagai Wawasan 2020 Malaysia (kodnya ialah : W 2020 M) untuk menjadikan negara ini negara maju tanpa ia sedari bahawa W 2020 M juga boleh membawa maksud 'Wawasan 2020 Mahathir', 'Wawasan 2020 Melayu' dan 'Wawasan 2020 Muslimin' iaitu untuk umat ini benar-benar meninggalkan zaman fitnah, dengan permulaannya bermula di Putrajaya sebagai Pusat Pemerintahan dan Pentadbiran Melayu, di tangan bani Tanah Melayu dan melalui usaha cekal Tun Mahathir yang klimaks kepada usaha ini akan berlaku di tangan 313/314 anak bani Tanah Melayu.

    Saya melihat bahawasanya ketika Tun M meninggal dunia, zaman fitnah dan zaman resah itu telah pun berlalu. Umat ini telah pun mencapai ketenangan yang dicari selama sebelum itu.

    Memandangkan Tun M telah tidak menghadiri pertabalan YDPA ke -15, maka ia sepatutnya akan berlaku di dalam tempoh YDPA ke -15 memegang jawatannya. YDPA - 15 akan tamat tempoh pemerintahannya pada 2022, sedangkan due date yang saya berikan ialah Februari 2019 (berdasarkan tarikh kemangkatan Sultan Abdul Hamid Uthmani).

    In shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Assalamialaikum Sdr John Doe

    Saya mohon bertanya adakah sdr meramal keadaan pemerintahan negara akan berubah? Atau mungkinkah negara berubah nama kepada Tanah Melayu dan pemerintahannnya di bawah Kerajaan Raja Segala Raja? Iaitu Raja yang menguasai semua raja alam nyata dan alam ghaib?

    Allah juga yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sdr Haldeli,

      Daripada pertanyaan saudara tersebut jelaslah saudara mengetahui serba sedikit tentang khabar-khabar penting tentang peristiwa besar akhir zaman. Tidak seperti si anon yang menjadikannya bahan lawak disebabkan bodoh sombong.

      Seperti yang saya sebut di atas sana, tidak semua perkara yang saya boleh kongsikan di sini kerana ada perkara yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. Maka saya tidak akan menjawab soalan saudara itu. Hanya dengan tidak memberikan jawapan, maka saudara akan mendapat jawapan itu sendiri.

      Walaubagaimanapun saya berani katakan bahawa selepas 17 tahun saya bertemu dengan beberapa rahsia hikmah di dalam AlQuran dan hadith, pada tahun 2018, pertanyaan saya telah terjawab dan segala dalil-dalil hikmah di dalam AlQuran, Hadith2 dan khabar Nabi Daniel a.s telah tally kesemuanya dan kesemuanya menunjukkan kepada Tun Mahathir, Putrajaya dan Malaya.

      Menurut khabar Nabi Danial a.s dan juga mimpi Raja Nebuchadnezzar peristiwa besar akhir zaman akan berlaku melibatkan 10 orang Raja dan 10 Mahkota Raja. Di dalam bible juga diceritakan bahawa peristiwa besar akhir zaman akan berlaku di sebuah Kingdom yang memiliki ramai raja-raja kecil yang akan mengambil giliran menjadi Raja Terulung.

      Perkara ini hanya wujud di Malaysia sahaja dan tidak di negara lain. Dan bagi sesiapa yang mengetahui hukum dan rukun Monarki, dengan pertabalan YDPA ke-15, Malaysia kini memiliki 10 orang Raja yang memakai 10 Mahkota berlainan.

      Selama 60 tahun sebelumnya, Malaysia hanya memiliki 9 orang Raja dengan salah seorangnya akan memakai dua mahkota serentak.

      Seperti yang saya selalu sebutkan Tun Mahathir adalah satu-satunya individu yang menepati kesemua ciri-pembawa panji hitam. Ini bermakna ia memiliki karamah tersembunyi yang disimpan dan hanya akan terbongkar apabila masanya tiba.

      Di dalam sejarah dan hukum alam ghaib, daulat seorang raja tidak boleh mengatasi karamah seorang wali. Bagaimana pula sekiranya sekiranya seseorang raja itu tidak memiliki daulat? Ia langsung tidak punya peluang apabila bertembung dengan karamah seorang wali.

      Dan ingatlah juga hanya raja monarki sahaja yang memiliki daulat.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  3. haaa tepukkk tepukkk... mabuk ketum ke mabuk ketumbar nih...


    alahaiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sekurang kurangnya Yang membincangkan, semua menggunakan Nama sendiri atau samaran tapi awak NI..takut Dan berselindung atas Nama anons.

      Delete
  4. Assalamualaikum sdr John Doe

    Menarik sungguh coretan saudara untuk direnung secara mendalam.

    Adakah sdr merujuk kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir serta kisah Raja Panglima Zulkarnain dalam Quran Surah Al-Kahfi?

    Sewajarnya Raja Panglima Zulkarnain adalah Raja Segala Raja. Allah anugerahkan KekuasaanNya kepada Zulkarnain untuk memerintah dunia2? berganding dengan Nabi Khidir sebagai penasihatnya. Pemerintahan Zulkarnain berlandaskan IMAN - Lillahi Ta'ala.

    Raja-Raja sekarang memerintah mengikut nafsu diri yang hidup penuh dengan tamak haloba. Mereka dipimpin oleh Iblis yang bersifat tamak. Mereka menyuburkan Sifat Tamak di kalangan pemimpin.

    Oleh kerana itu maka Raja-Raja sekarang sudah hilang Daulat. Daulat sudah ditarik balik.

    Bagi mengganti raja raja yang tamak haloba ini maka marilah kita tunggu Raja Segala Raja yang Allah janjikan akan muncul menghadirkan diri untuk melaksanakan amanah yang diterimanya bagi membetulkan pemerintahan kepada LILLAHI TA'ALA

    ALAHU'ALAM




    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sdr Hadeli,

      Nampaknya sdr sendiri mempunyai ilmu yang memadai tentang beberapa perkara. Ini komen balas saya:-

      1. Saya tidak merujuk apa-apa kisah di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s. Kisah mereka tiada kaitan dengan 'raja' disebabkan kedua-duanya bukanlah raja di kalangan manusia.

      2. Betul, kisah saya ada kaitan dengan Raja Zulqarnain yang disebut di dalam surah Al-Kahfi disebabkan baginda adalah benar seorang Raja. Kehebatan dirinya bukanlah disebabkan daulat tetapi disebabkan karamah. Raja Zulqarnain adalah raja yang memiliki karamah.

      3. Raja Zulqarnain adalah Cyrus the Great yang dipanggil AGA oleh rakyatnya. 'AGA' adalah panggilan yang menggabungkan elemen 'hormat' dan 'kasih' serentak. Rakyat Raja Zulqarnain aka Cyrus The Great memanggil dan menyebutnya sebagai 'my beloved king' ataupun 'our beloved king'.

      4. Ia berbeza dengan cara orang Melayu memanggil raja-raja mereka 'Tuanku' yang menunjukkan sifat hubungan di antara 'tuan dan hamba'. Tidak ada mana-mana raja Melayu yang akan memanggil rakyatnya sebagai tuanku. Ini berbeza dengan panggilan AGA di mana pada zaman kesultanan Turki Uthmaniyyah, Sultan-sultan dan putera-putera mereka turut memanggil komander-komander tentera mereka dengan panggilan AGA. Maka berbeza dengan 'Tuanku dan Beta' yang arahnya sehala, AGA adalah panggilan dua hala, atas ke bawah dan bawah ke atas.

      5. Saya tidak merujuk kisah Nabi Khidir mahupun Nabi Musa a.s, tetapi kisah Nabi Daniel a.s. Nabi Daniel adalah seorang Nabi yang benar, disebut di dalam hadith Nabi saw dan malahan jasadnya dikuburkan oleh khalifah Umar al-khattab. Nabi Daniel tidak disebut di dalam AlQuran dan sebab itulah nama baginda tidak termasuk di kalangan 25 Rasul. Walaubagaimanapun saya melihat Nabi Daniel sebagai faktor yang akan menyatukan kaum Muslimin dengan kaum Nasrani dan kaum Yahudi. Malah ramai di antara mereka yang akan memeluk Islam apabila mendapati khabar Nabi Daniel a.s tentang peristiwa besar akhir zaman berlaku di kalangan kaum Muslimin. Kisah paling besar ialah kisah mimpi Raja Nebuchadnezzar yang telah ditafsirkan oleh Nabi Daniel a.s. Carilah kisah ini dan renungilah.

      6. Karamah adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada para wali yang akrab hubungan dengan Allah. Ia tiada kaitan dengan makhluk lain selain hamba tersebut dengan Tuhannya.

      7. Daulat pula diberikan oleh Allah kepada para Raja yang sah berdasarkan doa, permintaan dan baiah di antara Raja tersebut dengan rakyatnya. Apabila berlakunya khianat di pihak Raja tersebut ke atas perkara-perkara yang dibaiahkan, maka daulat itu akan hilang.

      Adakah Raja-raja Melayu hari ini kesemuanya masih berdaulat? Rahsia ini hanya akan terbongkar apabila Tun M bertembung dengan YDPA demi bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Seperti yang telah saya sebutkan, daulat tidak pernah mengatasi karamah dan apabila berlakunya pertembungan di antara seorang wali yang memiliki karamah dengan seorang raja yang tidak memiliki daulat, maka si raja tersebut langsung tidak mempunyai peluang.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Salam John Doe, saya komen no.3 (Raja Zulqarnain aka Cyrus)
      Diantara kata-kunci untuk mengenali siapa dia Raja Zulqarnain ialah seorang pemuda sezaman dgn Nabi Ibrahim serta tembok Yakjuk dan Makjuk. Alexander the Great dan Cyrus the Great langsung tidak menepati piawaian tersebut. - Alang.

      Delete
    3. Saudara alang.

      Sekiranya saudara membuat perbandingan di antara al-quran, kitab-kitab Yahudi dan sejarah maka kesimpulannya ialah Zulqarnain adalah Cyrus The Great. Segala-galanya adalah tally.

      Di dalam sejarah Bani Israel, apabila mereka ditawan oleh raja Nebuchadnezzar dan dibawa ke Babylon, Nabi Daniel a.s telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa mereka akan dibebaskan oleh Zulqarnain iaitu Raja Yang Memiliki Dua Tanduk.

      Siapakah yang akhirnya membebaskan mereka dari tawanan Babylon? Ia adalah Raja Parsi Cyrus The Great, yang mahkotanya adalah 'dua tanduk'.

      Sebab itu di dalam surah Al-Kahfi kisah tentang Zulqarnain dimulakan dengan ayat 'wayasalunaka a'n zulqarnain' yang bermaksud 'dan mereka (kaum Yahudi) bertanya kepada engkau (Nabi Muhammad) tentang Zulqarnain'.

      Salah satu cara kaum Yahudi mahu 'mencabar' kenabian Nabi Muhammad saw adalah dengan bertanyakan baginda tentang sejarah kaum Yahudi sendiri. Mereka berharap apabila Nabi Muhammad saw tidak dapat menjawabnya dan mereka boleh berkata 'dia bukan Nabi tetapi adalah seorang pendusta', tetapi apabila turun wahyu yang menceritakan tentang Zulqarnain yang sama dengan kisah 'Zukqarnain' di dalam kitab-kitab Yahudi (yang semuanya merujuk kepada Cyrus The Great), maka tahulah mereka bahawa Nabi Muhammad memang Nabi yang benar.

      Selepas beberapa kali mencabar Nabi Muhammad sebegini akhirnya turun ayat Allah menceritakan tentang Bani Israel yang ditukar bentuk menjadi kera dan babi. Ini mengejutkan Yahudi disebabkan kisah ini mereka rahsiakan dengan ketat dan tiba-tiba kisah keturunan mereka yang mengaibkan ini, dibongkar oleh Nabi Muhammad saw melalui 'wahyu'.

      Surah al-kahfi juga menceritakan tentang Zulqarnain yang tidak sama dengan raja-raja lain apabila mereka menawan sesebuah negeri. Raja-raja lain akan menghancurkan negeri itu sedang Zulqarnain akan berbuat baik kepadanya. Ini adalah ciri Cyrus The Great.

      Cyrus juga beragama Majusi. Majusi adalah agama samawi. Ciri-ciri agama ini adalah monitheism iaitu menyembah satu Tuhan. Tuhan mereka bernama 'Ahura Mazda' yang jika diterjemah ke dalam bahasa Arab ialah 'Allah Taala'.

      Api di dalam agama ini berfungsi sebagai 'kiblat' semata-mata dan bukan Tuhan. Fungsinya sama dengan kaabah di kalangan orang Muslimin. Sekiranya ada orang Muslim yang mengatakan 'majusi adalah penyembah api', maka ia adalah sama dengan orang-orang bukan Muslim berkata 'Muslim adalah penyembah kaabah'.

      Nabi Daniel a.s juga telah bermimpi makhluk syaitan yang timbul 3 tanduk dan tanduk ketiga mempunyai 3 anak tanduk dan mengucapkan 'blasphemy'. Ini adalah tanduk yang mewakili 'Yahudi, Majusi dan Nasrani' di mana tanduk ketiga itu menggambarkan trinity dan fitnah blasphemy 'Isa adalah anak Tuhan'. Ini juga bertepatan dengan hadith Nabi yang menunjuk ke arah Timur dan berkata 'fitnah itu datangnya dari sana dari tempat timbulnya dua tanduk syaitan'.

      Dua tanduk syaitan itu adalah perbuatan Najib yang mengambil Zionist Yahudi APCO menjadi penasihat dan kemudian berwala kepada Zionist Nasrani Trump. Perbuatan yang ditegah di dalam surah Al-Maidah. Dan 'Timur' di dalam hadith juga sesuai dengan Malaya. Akibat dari perbuatan ini ialah 'amrin min in'dih' iaitu perintah dari sisiNya (sisi Allah) yang sekiranya diterjemahkan ke Bhs Inggeris adalah 'act of God'.

      Saya boleh berikan details yang lebih terperinci sebagai hujah bahawasanya Zulqarnain adalah Cyrus The Great tetapi memadailah fakta-fakta pokok di atas.

      Bersambung...

      Delete
    4. Sambungan..

      Tembok Yakjuj Makjuj juga ada dalam sejarah Cyrus apabila sekumpulan orang dari Asia Tengah meminta bantuan baginda untuk. Selamatkan neekea daripada tentera-tentera berkuda yang ganas daei utara. Srangan mereka adalah secara 'berkuda' dan serangan ini pula selalu melalui satu ruang yang kecil di antara dua gunung yang lembahnya tegak ke atas (sesuai dengan ciri tembok metal yang diciptakan di dalam surah al-kahfi).

      Yakjuj dan Makjuj adalah dari kata akar yang sama di dalam BA iaitu 'jauj' di mana Yakjuj adalah di dalam bentuk fiil sedang makjuj pula di dalam bentuk isim.

      Ia boleh membawa maksud bergerak dengan pantas (bergerak dengan berkuda menepati ciri ini) dan juga membawa maksud 'bekas air' iaitu bekas air yang dibawa oleh tentera-tentera berkuda yang bergerak pantas ketika membuat serangan (juga menepati ciri tentera berkuda ini).

      Pemuda zaman Nabi Ibrahim? Ia menyalahi sejarah monarki sendiri iaitu orang yang pertama memerintah dan mencipta hukum monarki ialah Raja Namrud yang hidup di zaman Nabi Ibrahim.

      Surah Al-kahfi menceritakan bahawa Zulqarnain adalah seorang Raja, sedang pada zaman Nabi ibrahim sistem beraja baru sahaja dicipta dan hanya ada seorang Raja iaitu Raja Namrud. Kaum Bani Israel juga belum dibentuk, cucu Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ishak (atau dipanggil juga sbg Nabi Israel) ini masih belum memiliki anak.

      Yang demikian itu adalah mustahil kaum Bani Israel yang bertanya Nabi Muhammad saw tentang 'Zulqarnain' mahu merujuk kepada satu sejarah di mana Bani Israel masih pun belum dibentuk, dan sistem monarki pula baru sahaja dicipta dan baru mempunyai seorang waris yang merupakan anak kepada Raja Namrud sendiri.

      Sesuatu teori yang menyalahi maksud jelas sesuatu dalil dan menyalahi sejarah, pasti ada kesilapan pada teori itu.

      Wallahu a'lam.

      Delete